Bisnes Kecil-Kecilan Dengan Menjual Kereta Terpakai
Beberapa tahun yang lepas, semasa saya tinggal di Taman
perumahan Kempadang, Kuantan, Pahang, saya mempunyai jiran Melayu yang bekerja
sebagai technican di sebuah syarikat Modenas. Jiran saya ini pernah berkrusus
di kilang Kawasaki di Jepun.
Apa yang menariknya, jiran saya ini mempunyai satu bisnes sampingan selain pekerjaan yang sedia ada di Modenas, iaitu bisnes menjual kereta terpakai secara kecil-kecilan, setiap minggu, jiran saya ini sering bertukar-tukar pelbagai jenis kereta dan ini menyebabkan, saya bertanya dengan jiran saya ini bagaimana beliau menguruskan bisnes tersebut.

Setiap kenderaan yang dibelinya dari individu yang ingin menjual kereta, dibeli, dengan harga, RM10k kebawah walaubegitu ia bergantung dengan kondisi kenderaan dan harga market kereta yang dibelinya. Kadang-kadang, kereta yang dibelinya boleh mencapai harga melebihi RM10k tetapi kereta tersebut haruslah dalam kondisi baik dan memiliki permintaan yang tinggi atau dicari oleh ramai orang.
Kadang-kadang, beliau mengatakan, dia mendapatkan kenderaan
di lelongan awam di Kuantan Pahang tetapi pilihan yang ada hanyalah sedikit.
Kebanyakan kenderaan yang diperolehi melalui bidaan di pusat lelongan di Kuala
Lumpur.
Syarikat kereta terpakai/Use Car tidak dapat menandingi bidaan dari individu persendiriaan semasa lelongan diadakan kerana, harga bidaan dari syarikat kereta terpakai terlalu murah berbanding dengan bidaan individu persendiriaan kerana syarikat Use Car akan melakukan bidaan dengan banyak kenderaan.

Apabila, telah berjaya mendapatkan sebuah atau dua buah
kenderaan, dia akan memabawa kereta ini ke Kuantan, Pahang untuk urusan baik
pulih yang mana yang patut dibaiki misalnya, cat semula kereta jika perlu,
baiki bahagian enjin, tayar, brek, dan sebagainya. Anda perlu mengeluarkan wang
sendiri anda untuk urusan baik pulih ini.
Selain itu adalah penting untuk mengenali ramai orang untuk bisnes ini misalnya memiliki ramai kawan di bengkel kenderaan, bank-bank, syarikat Use Car, kedai cat kereta, kakitangan penguatkuasa, seperti JPJ, Puspakom dan Polis untuk memudahkan segala urusan anda.

Sekiranya anda telah melakukan urusan pembaikan kederaan
tersebut, anda perlu menjual kepada orang ramai. Jika di Kuantan Pahang,
kebanyakan individu persendirian akan meletakkan kenderaan yang mereka jual
berhampiran dengan kedai-kedai, simpang jalan, dan tepi jalan.
Untuk memberitahu orang ramai bahawa kereta tersebut untuk dijual, meraka akan meletakkan bekas tong / gelen minyak pelincir atau tong minyak hitam di bumbung kenderaan dan meletakkan nombor telefon yang perlu dihubungi sekiranya berminat dengan kenderaan yang dijual.

Semasa saya mencari kereta terpakai untuk kegunaan sendiri
di Kuantan, saya akan meronda seluruh bandar Kuantan untuk mencari kenderaan
yang dijual di tepi-tepi jalan dari individu persendirian kerana kenderaan
yang dijual oleh syarikat kereta terpakai amat mahal berbanding dengan penjual
kereta terpakai persendirian.
Untuk pengetahuan anda, semua kenderaan dijual adalah by cash ataupun bayaran melalui tunai dan tanpa loan bank.
Untuk pengetahuan anda, semua kenderaan dijual adalah by cash ataupun bayaran melalui tunai dan tanpa loan bank.
Sekiranya anda membeli sebuah kereta Wira Sedan 1.3 (M)
model Tahun 2007 dengan harga RM4,000 di pusat lelongan awam di KL, dan kos
untuk baik pulih misalnya sebanyak RM2,000, jika anda menjual kepada orang
ramai sebanyak RM11,000, anda memperolehi keuntungan mudah sebanyak RM4 ribu
lebih selepas tolak kos untuk, Puspakom dan tukar nama. Cara ini sebenarnya
bisnes yang paling menguntungkan kepada anda sekiranya anda melakukan
bersungguh-sungguh.
Kereta terpakai adalah kereta yang sering dicari oleh
golongan pertengahan, apabila anda mempamerkan kereta yang anda jual di tempat
awam dan kereta tersebut berfungsi dengan keadaan yang baik, kereta tersebut
akan cepat terjual.
Selain itu, anda juga boleh menjual kereta anda di web online shopping paling popular di Malaysia iaitu mudah.com.my. Jika anda menjual dengan cara yang betul, dan hanya menjual kereta yang dicari oleh orang ramai, anda boleh mencipta keuntungan beribu sebulan.

Walau begitu, menurut pemerhatian saya, kebanyakan individu yang menjalankan bisnes ini tidak memiliki permit yang sah kerana mereka merasakan bisnes ini dilakukan sebagai kerjaya sambilan mereka sahaja. Sekian artikel ini, moga bermanfaat dan untuk keterangan lanjut mengenai bisnes ini, bertanya lah dengan lebih arif kerana artikel ini hanyalah penerangan asas dan bukanya secara terperinci.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.