Cara Mudah Buka Akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera)
Bagaimana cara buka akaun ASB? Baik, sebelum itu, mari kita ketahui apa itu maksud ASB dahulu, ASB adalah singkatan bagi Amanah Saham Bumiputera yang dikendalikan oleh sebuah syarikat pengurusan unit amanah iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) anak syarikat kepada PNB atau Permodalan Nasional Berhad. Membuka akaun ASB tidaklah sesukar mana, tetapi apa yang penting anda mesti tahu status kelayakan anda, penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan, dimana harus buka akaun, apakah jenis borang yang perlu diisi, dan juga minima wang perlu untuk membuka akaun. Panduan Mudah Buka Akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera). Baik, ini adalah step by step untuk anda perlu ketahui sebelum membuka akaun ASB dan juga layak atau tidak untuk anda membuka akaun ASB. 1. Syarat Kelayakan Permohon ASB. Sebagai pengetahuan anda, yang layak untuk membuka akaun ASB adalah kaum Bumiputera Melayu, Orang Asli, dan juga penduduk Peribumi Sarawak serta Sabah. Selain itu, kaum minoriti wargane...