Posts

Showing posts from July, 2018

Bolehkah Bawa Pisau Semasa Menaiki Kapal Terbang?

Image
Semasa melancong di dalam negara, ada di antara anda ingin membawa sesuatu sebagai buah tangan umpamanya seperti pisau, parang, keris dan pedang  untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. Tetapi perjalanan anda pula memerlukan harus menaiki kapal terbang untuk sampai ke destinasi anda. Ramai diantara anda tentunya akan tertanya-tanya boleh atau tidak membawa benda seperti ini ketika menaiki kapal terbang.  Baik, berikut adalah beberapa perjelasan agar  anda memahami peraturan-peraturan ini. Cara-cara membawa pisau yang dibeli semasa melancong semasa menaiki flight. Secara realitinya perlatan tajam seperti seperti pisau, parang, keris atau pedang memang tidak boleh dibawah dan amat dilarang sekali semasa menaiki flight terutamanya jika anda ingin membawa ke dalam kapal terbang. Pihak keselamatan kapal terbang di airport akan menahan anda dan akan merampas pisau yang anda bawa semasa pemeriksaan keselamatan dijalankan. Photo by, Mohamed Hassan , Licenced V...

Bank Paling Kerap Dikunjungi Secara Online Tahun 2018

Image
Mungkin anda ingin mengetahui apakah bank yang paling kerap dikunjungi secara online pada tahun 2018. Pengetahuan ini membolehkan anda mengetahui serba sedikit pengaruh bank tersebut terhadap masyarakat di negara ini. Maksudnya disini, bank yang tersenarai ini mempunyai berjuta pengunjung setiap hari untuk melakukan urusan transaksi kewangan secara online, semakan baki, atau lain-lain urusan. Tentu hebat kan? Bank yang sesak dengan pengunjung secara maya. Senarai bank paling sesak dikunjungi secara online tahun 2018 Maybank2u.com.my Sesiapa yang tidak kenal denan bank Maybank? Mungkin setiap orang di negara ini amat mengenali bank ini dan kebanyakan daripada mereka merupakan pengguna Maybank itu sendiri. Dari segi ranking web di negara ini, bank ini berada di tangga yang ke 7 dari carta. Ini bermakna setiap hari, terdapat berjuta pengguna melayari web site rasmi Maybank untuk berurusan secara online. Photo by, Coffee , Licenced Via Creative Commons Cimbclick.c...

Apakah Kandungan Bahan Dalam Nutella Ferrero Malaysia?

Image
Nutella Ferrero merupakan cokelat yang amat terkenal sekali di dunia kerana rasanya yang begitu sedap dan unik.  Cokelat ini selalunya dijadikan sebagai  sapuan pada roti untuk sarapan pagi.  Katakan  sesiapa sahaja, semua orang memang menyukai Nutella Ferrero. Produk Nutella Ferrero di Malaysia merupakan produk buatan dari negara Australia iaitu syarikat Ferrero Australia Pty.Ltd yang diimport oleh Ferrero Malaysia Sdn.Bhd yang beribu pejabat di Puchong Selangor serta syariakt Rajamas daripada negara Brunei. Nuttella merupakan bahasa Itali yang memberi gambaran mengenai gabungan resepi manisan diantara hazelnuts dan koko yang telah diperkenalkan sebuah syarikat dari Itali iaitu Ferrero pada tahun  1965 dan syarikat ini telah pun berkembang ke merata dunia. Maklumat serta kandungan bahan-bahan dalam Nutella Ferrero. Berikut merupakan kandungan bahan-bahan yang ada di dalam cokelat Nutella Ferrero.  Serbuk koko yang telah dikurangkan sebanya...

4 Sebab Mengapa Memilih Lazada Untuk Berniaga Online

Image
Adakah anda masih tercari-cari arah dimanakah tempat  berniaga  online untuk produk anda? Jangan risau, di negara kita telah ada tapak yang begitu baik kepada anda untuk berniaga, iaitu di Lazada.com.my. Mengapa pula Lazada? Baik, penulis akan mengupas secara agak panjang lebar mengapa anda harus berniaga melalui laman e-dagang Lazada dan jangan tunggu terlalu lama untuk membuat keputusan kerana peluang untuk anda kini  terbuka luas. Berniaga secara online tidak sama seperti berniaga off line kerana berniaga online memerlukan anda berinteraksi dengan pembeli melalui internet. Perniagaan offline pula memerlukan anda mempunyai kedai untuk menjual  produk anda. 1) Lazada merupakan perintis web shopping online terbesar di Asia Tenggara. Lazada.com.my adalah milik Lazada Group dan merupakan web shopping online  pertama yang begitu popular sekali di Asia Tenggara pada masa ini. Dianggarkan pada masa ini sekurang-kurangnya terdapat 35,000 ribu atau l...

Apa Kandungan Bahan Perisa Lada Hitam Aji-Shio?

Image
Adakah anda menyukai serbuk lada hitam (Balack pepper? Sesetengah dari anda, amat meminati makanan yang dicapuri perisa lada hitam terutamanya masakan sup kerana rasanya yang begitu sedap sekali. Antara pengeluar produk perisa lada hitam di negara ini yang begitu terkenal adalah daripada keluaran syarikat Ajinomoto Berhad yang beribu  pejabat di Kuala Lumpur. Produk keluaran syarikat ini begitu mudah diperolehi kerana terdapat banyak dijual di mana-mana pasaraya dan juga kedai-kedai runcit. Kandungan bahan perisa lada hitam Aji-Shio Baik, hasil penelitian penulis yang merupakan peminat lada hitam Aji-Shio, berikut merupakan kanduangan bahan perisa yang terdapat pada produk perisa lada hitam Aji-Shio. Photo Credit: Carrefouruae Ekstrak lada hitam, maltodekstrin, garam, serbuk lada hitam,  mengandungi  monosodium glutamate,disodium inosinat dan disodium guanilat iaitu sebagai penamba perisa yang dibenarkan, serta mengandungi makanan dari sumber tumbuhan....

Top 05 Laman Web Shopping Online Paling Kerap Dikunjungi Tahun 2018

Image
Mungkin anda ingin mengetahui apakah laman web shopping online paling kerap sekali dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Web shopping ini tentunya begitu hebat kan? Hinggakan mendapat berpuluh ribu pelawat setiap hari dan mereka melakukan pembelian secara online sahaja. Malaysia kini telah mencapai era digital. Ini dibuktikan dengan kewujudan banyak web shopping online yang begitu popular sekali di negara ini dan terdapat ramai masyarakat melakukan tempahan barangan secara online. Tentu seronok bukan? Hanya membeli- belah di mana sahaja anda berada, di rumah, di kedai makan, di pantai dan di mana sahaja anda berada di negara ini yang mempunyai  jangkauan rangkaian internet, anda boleh bila-bila masa sahaja untuk bershopping online. Senarai Web shopping online terkenal di Malaysia 1. Lazada.com.my Menduduki tangga pertama setakat ini adalah dari laman web Lazada.com.my. Web e-dagang ini merupakan sebahagian daripada Lazada Group dan perintis laman e-dagang di Asia Teng...

Apa Harus Dilakukan Jika Hilang MyKad?

Image
Kad Pengenalan Hilang / MyKad . Apa harus kita lakukan jika Mykad hilang? Sesetengah dari anda menganggap hal ini adalah perkara remeh dan akan berfikir boleh mendapatkan gantian semula di pejabat JPN. (Jabatan Pendaftaran Negara). Ya memang betul, anda boleh mendapatk MyKad gantian semula di jabatan berkenaan tetapi tahukah anda, kehilangan Mykad akan menyebabkan anda akan dikenakan denda oleh pihak JPN? Denda yang akan dikenakan bukannya murah. Walaubagaimanapun, sekiranya MyKad yang hilang atau tercicir disebabkan kecuaian anda,  perlunya melakukan tindakan segera bagi mendapatkan MyKad baru jika anda telah pun berusaha mencari MyKad anda tetapi tidak berjaya menjumpainya. Lapor Segera Kehilangan  MyKad   Di Balai Polis Sekiranya dompet atau MyKad anda tercicir sama ada atas kecuaian anda atau sebaliknya, lapor segera kehilangan dompet anda di balai polis berhampiran tempat tinggal anda. Hal ini penting untuk menafikan sekiranya orang tidak bertanggungjawab ...

Mengapa Perlu Mendaftar Perniagaan Di SSM Sebelum Berniaga Di Lazada?

Image
Pertanyaan ini mungkin telah dijelaskan sebelum ini mengenai artikel Persediaan Asas Sebelum Berniaga Di Lazada tetapi artikel kali ini akan memberikan sedikit perjelasan lebih lanjut mengenainya. Bagi peniaga yang telah memiliki kedai sendiri atau sebuah syarikat yang besar, sudah tentunya perniagaan telah pun didaftarkan menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan golongan ini tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengiklankan perniagaan mereka menerusi Lazada. Masalah sekarang adalah golongan individu persendirian yang berniaga secara online hanya melalui rumah mereka dan kerajaan sekarang mewajibkan setiap peniaga online harus mendaftarkan diri mereka melalui SSM tidak kira hanya berniaga online dari rumah sahaja. Sehubungan dengan arahan kerajaan, pihak Lazada juga telah mengamalkan dasar yang sama untuk mematuhi arahan kerajaan dan telah mewajibkan setiap peniaga yang ingin berniaga di Lazada harus mendaftarkan dengan SSM terlebih dahulu. Mendaftar perniagaa...

Tips Perolehi Stokis Beg Plastik Kurier Murah Secara Online

Image
Artikel kali ini, kita akan belajar bagaimana  mendapatkan  adhesive mailing bags courier ataupun disebut juga sebagai  courier plastic bags atau Lazada mengelarnya sebagai flyer  yang akan digunakan untuk produk anda dengan harga yang murah menerusi online sahaja. Mendapatkan beg plastik kurier yang murah adalah salah satu cara untuk meminimakan modal perniagaan anda dan seterusnya memaksimakan keuntungan. Beg plastik kurier amat sesuai digunakan apabila terdapat pesanan dari pelanggan dan anda hanya perlu memasukkan produk menerusi beg plastik kurier  tanpa bersusah payah melakukan packing keatas produk atau parcel dengan menggunakan kotak. Walau begitu, beg plastik kurier hanya sesuai untuk barangan atau produk yang ringan misalnya pakaian, akesori telefon, peralatan kecantikan dan lain-lain lagi. Perolehi stokis beg plastik kurier (Courier Plastic Bags) secara online melalui laman e-dagang. Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk m...

Perlu Atau Tidak Beli Flyer Lazada?

Image
Bagi anda yang masih baru dan ingin belajar mengenai Lazada serta  mahu mencuba berniaga menerusi laman e-dagang ini, tentunya anda mahu belajar banyak perkara mengenai laman web ini sebelum bermulanya dengan serius. Sebelum ini telah dijelaskan secara sepintas lalu mengenai  flyer Lazada melalui artikel Persedian AsasSebelum Berniaga Di Lazada , dan artikel ini pula akan menjelaskan agak terperinci mengenainya. Flyer merupakan plastic pembukus parcel  yang dijual di Lazada berukuran  A4 (Saiz M),  A3 (Saiz L) dan A5 (Saiz lebih kecil dari  saiz A4 dan A3). Wajib atau tidak seller beli flyer di Lazada? Sebelum ini Lazada membekalkan flyer kepada penjual secara percuma sahaja, tetapi kini ianya harus dibeli melalui web Lazada itu sendiri. Persolannya disini, perlukah membeli flyer di Lazada? Ya perlu jika Lazada mempunyai stok flyer yang tersedia  kerana flyer Lazada mengambarkan identiti Lazada itu sendiri mengenai  warna  ...

Perlukah Mendaftar Diri Di Web Lazada Sebelum Jual Barang?

Image
Tips Lazada pada hari ini adalah menjawab berapa pertanyaan mengenai perlukah mendaftar terlebih dahulu di web rasmi Lazada sebelum menjual barang? Baik, Lazada adalah sebuah laman web e-dagan yang  terkemuka di Asia Tenggara dan terdapat beribu-ribu penjual sama ada syarikat besar, kecil, syarikat persendirian, datang untuk berlumba-lumba menjual barangan  ataupun produk mereka melalui Lazada. Semasa artikel ini ditulis, Lazada masih sebuah laman web  e-dagang nombor satu di Malaysia dan tangga kedua adalah  web e-dagang Shopee menurut ranking yang diperolehi dari Alexa.com. Bayangkan, web Lazada merupakan web shopping online  nombor satu di negara ini dan anda dapat banyangkan sendiri begitu ramai sekali pembeli secara online pada masa ini. Apabila potensi untuk berniaga di Lazada begitu baik sekali, semakin hari penjual ataupun seller dari Lazada semakin bertambah.  Tahukah anda, penjual di Lazada pada masa ini di dalam anggaran 35,000 o...

Apakah Ramuan Mee Maggi Perencah Kari?

Image
Anda mungkin peminat mee segera dan ingin mengetahui kandungan ramuan-ramuan yang terdapat pada mee Maggi perencah kari. Sebagai pengetahuan anda, mee Maggi perencah kari telah diformulasikan dengan rasa kari yang sebenar khas untuk peminat kari. Pihak pengeluar juga memberi saranan mengenai penyediaan hidangan  agar kelihatan lebih seimbang dengan  menambahkan sayuran segar serta daging ayam, telur dan juga tauhu. Dengan saranan penyediaan hanya menggunakan  dua cawan air panas sebanyak 360 ml, anda hanya perlu menunggu 2 minit sahaja dan mee Maggi perencah kari siap untuk dihidangkan. Kandungan ramuan yang terdapat pada mee Maggi perencah kari. Ramuan pada mee Tepung gandum, minyak kelapa sawit, garam, mineral (kalium klorida). Selain itu juga, mengandungi penstabil sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. Aditif makanan pula adalah daripada sumber tumbuhan atau sintetik. Ramuan yang terkandung dalam perencah sup Jintan putih, bawang, ke...

Kandungan Nutrien Di Dalam Telur Ayam

Image
Apa yang pertama keluar, ayam atau telur? Pilihan saya adalah telur, lebih-lebih lagi selepas artikel ini ditulis mengenainya.  Tahukah anda, perdebatan terbaru dan paling popular sejak kebelakangan ini ialah, apa yang lebih baik, kuning telur atau putih telur? Telur merupakan sumber  protein yang lengkap dengan beberapa kalori. Sebiji telur keseluruhannya mempunyai  5.5 gram protein dan mengandungi 68 kalori.  Telur mengandungi choline,  iaitu nutrient yang  amat diperlukan oleh badan kita. Tanpa kandungan choline yang mencukupi, anda boleh menjadi kekurangan nutrien penting yang lain iaitu asid folik. Mari kita lihat lebih dekat diantara putih telur dan juga kuning telur. Kandungan putih telur Putih telur mengandungi kalori  yang rendah dan  tanpa lemak. Ia juga mengandungi kandungan protin yang cukup banyak iaitu di dalam anggaran  4 gram protein, 55 mg natrium dan hanya 17 kalori.  Kandungan putih telur di ...

Persedian Asas Sebelum Berniaga Di Lazada

Image
Tahukah anda, Lazada adalah laman e-dagang nombor satu di Malaysia setakat ini? Setiap hari terdapat beribu pengunjung datang untuk membeli-belah secara online melalui laman web ini. Amat hebat sekali laman e-dagang ini hingga bukan sahaja terkenal di negara kita tetapi amat terkenal di Asia Tenggara sebagai laman shopping online nombor satu. Tentunya anda telah memasang impian untuk berniaga disini, walau begitu, perlunya beberapa persediaan asas yang perlu anda ambil kira untuk disediakan. Beberapa persediaan perlu disediakan sebelum bermula berniaga di Lazada. Berniaga di Lazada adalah satu keputusan yang bijak dan tepat pada masanya untuk diri anda, walau begitu perlunya beberapa persediaan yang  perlu anda lakukan seperti beberapa persediaan barangan, produk dan juga mungkin sedikit pembelajaran kemahiran untuk berniaga di laman web e-dagang ini. Baik, tanpa membuang masa, berikut adalah persediaan asas yang perlu anda sediakan sebelum bermula berniaga di La...

Kegunaan Losyen Kuning - Ubat Kuning

Image
Ubat kuning atau yellow lotion merupakan ubat yang telah dikenali oleh orang ramai sejak dari dahulu lagi. Setiap rakyat di negara ini mesti mengenali ubat ini sebagai ubat untuk mengubati luka-luka yang kecil. Setiap kit perubatan pula, ubat kuning ini mesti wajib ada sebagai persedian untuk mengubati luka yang biasa akibat kecederaan. Di pasaran pula terutamanya di farmasi-farmasi, yellow lotion ini begitu mudah diperolehi dan mempunyai pelbagai jenama mengikut dari syarikat pengeluar ubat itu sendiri. Kegunaan ubat kuning untuk mengubati luka dan cara penggunaan. Ubat kuning  merupakan losyen antiseptic  yang amat sesuai untuk mengubati luka-luka yang kecil ataupun luka akibat terbakar. Ubat ini mampu menghalang luka-luka daripada terkena jangkitan bakteria kerana kandungan aktif antiseptic yang ada pada ubat ini. Credit: Shopee Ubat ini amat sesuai untuk digunakan untuk seisi keluarga dan harus disimpan di rumah sebagai persediaan sekiranya berlaku...

Kad Cimb Hilang Atau Dicuri – Apa Harus Dilakukan

Image
Adakah kad Cimb anda hilang atau telah dicuri oleh seseorang? CIMB Bank telah menetapkan beberapa saranan untuk pelangganya jika kad mereka hilang. Oleh itu jika berlaku keatas anda, perlunya anda mengambil langkah yang perlu dengan segera agar kad anda tidak disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Telah banyak kes berlaku mengenai kehilangan wang di dalam akaun persendirian di negara ini disebabkan mungkin salah satu puncanya kerana  individu tidak melaporkan dengan segera kehilangan kad mereka dan terdapat individu menyalahgunakan akaun tersebut. Tips jika kad CIMB Bank hilang atau dicuri Bagi pengguna CIMB Debit Masterkad, ATM Cards, kad kredit, anda disaran menghubungi dengan segera  talian Consumer Call Centre +603 6204 7788 (Panggilan tempatan dan Luar Negeri) untuk pembatalan kad anda atau  segera pergi ke mana-mana cawangan CIMB Bank yang berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk melaporkan mengenai kehilangan kad anda dan juga u...

3 Cara Berkesan Menghilangkan Bulu Di Baju

Image
Bulu-bulu halus yang melekat pada baju tentunya amat melecehkan anda kan? Yelah, pakaian yang sepatutnya kita patut pakai untuk ke tempat kerja, atau untuk dipakai ke majlis penting, penuh dengan bulu halus yang melekat di baju. Bagaimana cara untuk menghilangkan bulu di baju ini? Tentu pening kan? Bila bulu melekat pada baju, ianya kelihatan kotor terutamanya pada pakaian yang berwarna hitam atau biru gelap. Bulu-bulu halus yang melekat pada baju anda sebenarnya disebakan anda telah mencampurkan pakaian anda dengan pakaian yang memang mempunyai bulu yang mudah tertanggal semasa anda mencuci pakaian pada mesin basuh. Selain itu juga, sekiranya anda  membeli tuala yang baru, apa-apa pakaian baru yang berbulu, selimut berbulu baru, dan anda mencucinya bersama-sama dengan baju-baju anda yang lain dengan mesin basuh, memang sah, baju anda akan penuh dengan bulu yang melekat pada baju anda. Cara-cara menghilangkan bulu yang melekat pada baju Berikut adalah beberapa ca...

Google Mengubah Adwords Menjadi Google Ads

Image
Bermula pada tarikh 24 julai 2018, Google telah mengumumkan terdapat perubahan mengenai produknya iaitu Google AdWord bertukar kepada jenama yang baru iaitu Google Ads. Google Ads ini akan mewakili semua kempennya yang telah sedia ada pada masa ini seperti  video, search, dan display. Berita ini harus diketahui oleh semua pengguna AdWords agar tidak terkejut dengan perubahan yang dilaksanakan oleh Google kerana terdapat banyak perubahan yang akan dilaksanakan. Mengikut artikel yang disiarkan oleh Google perubahan-perubahan yang dilakukan adalah seperti logo baru dan jenama yang baru,  ini bermakna, logo dan jenama ini akan terlihat di kesemua bahagian Google Ads itu sendiri, seperti  di dalam bahagian produk, dokumen pengagihan, dan lain-lain. Amaran Kepada Pengguna Gmail Mengenai Bahaya Pelayar Shady Selain itu juga URL yang lama juga akan berubah mengikut jenama yang baru misalnya URL sebelum ini adalah adwords.google.com dan akan menjadi ads.google.c...

Cara Mengetahui Bil terkini Celcom Pospaid Secara Online

Image
Sebenarnya terdapat banyak  tips untuk mendapatkan bil terkini Celcom khususnya pengguna Postpaid misalnya berkunjung ke kiosk Celcom, ke pejabat Celcom, panggilan 1111, ataupun dengan hanya melalui SMS sahaja. Jika melalui SMS, anda hanya perlu menaip  *#118# dan tekan butang Dail, pilih My Akaun dan kemudian pilih My Bill. Celcom akan menghantar kepada anda butiran seperti, nombor akaun anda, bayaran terakhir dan tarikh, bayaran lewat dan tarikh, bil terkini berserta tarikh matang, bil yang belum di bilkan, had limit kredit, serta tarikh sah info. Cara ketahui Bil semasa Celcom melalui Aplikasi MyCelcom Postpaid Pada masa ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke kiosk Celcom, kaunter Celcom , bercakap dengan khidmat pelanggan Celcom, atau khidmat SMS untuk mengetahui bil terkini anda. Bagaimana caranya? Baik, caranya amat mudah, anda hanya perlu melakukkan muat turun aplikasi MyCelcom Postpaid di apkpure.com untuk Android atau App Store bagi pe...

Cara Bayar Bil Celcom Postpaid Secara Online

Image
Adakah anda adalah pengguna Celcom Postpaid? Mungkin anda akan tertanya-tanya bagaimana ingin melakukan pembayaran bil Celcom dengan mudah? Zaman sekarang adalah zaman yang serba canggih, hanya duduk di rumah sahaja pun boleh melakukkan pembayaran bil. Ya, kebanyakan bil apa pun seperti bil telefon, air, elektrik, astro, dan bil-bil lain boeh dibayar secara online sahaja. Jika beberapa tahun dahulu, system pembayaran bil kebanyakannya hanya dapat dilaksanakan melalui kaunter dan tentunya amat melecehkan apabila terpaksa menunggu terlalu lama hanya semata-mata untuk melakukan pembayaran bil. Step by step cara bayar bill Celcom postpaid secara online. Baik berikut adalah panduan untuk melakukan pembayaran bil Celcom Postpaid secara onlie. Ikuti step-step yang diajar ini. 1. Muat turun aplikasi MyCelcom Postpaid Muat turun aplikasi My Cecom Pospaid di Android melalui Playstore  atau jika anda pengguna Apple melalui App Store. Selepas proses  muat turun se...

Tips Penting Untuk Permohon UPU

Image
Adakah anda telah pun memohon UPU? Jika ya, beberapa tips mungkin berguna perlu anda ikuti agar anda mengetahui status permohonan anda dengan segera atau dapat mengetahui keputusannya pada bila-bila masa sahaja. Kadang-kadang apabila status permohonan UPU anda telah mendapat maklum balas sama ada ianya telah berjaya atau pun sebaliknya, terdapat calon permohon  tidak dapat menerima maklum balas keputusan permohonan tersebut kerana terlupa melakukan semakan melalui email ataupun, surat maklum balas dari UPU tidak diperolehi oleh calon. Tips Penting Untuk Permohon UPU, muat turun aplikasi UPU Pocket melalui Playstor & App Store. Agar anda tidak lagi terlupa melakukan semakan email anda ataupun terlupa melakukan semakan surat di peti surat anda, anda disaran untuk melakukan download aplikasi UPU Pocket melalui Playstore jika anda adalah pengguna Android atau,  jika anda adalah pengguna Apple melalui App Store. Selain dari anda boleh melakukan semakan mengenai ...

Tarikh Buka Pembelian Pin UPU Tahun 2018

Image
Setiap tahun ramai pelajar akan melakukkan pembelian Pin UPU melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) agar dapat melakukan permohonan ke university tempatan. Pin UPU ini perlu ada kerana anda harus memasukan nombor pin yang dibeli melalui BSN semasa anda melakukkan permohonan untuk memasuki  university tempatan melalui web rasmi UPU . Sebagai pengetahuan anda UPU adalah satu cabang dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menguruskan permohonan pelajar ke university awam di negara kita. Tarikh pembelian Pin UPU tahun 2018 di BSN Pada tahun 2018, pihak Bank Simpanan Nasional telah menetapkan tarikh buka pembelian Pin UPU adalah bermula pada tarikh 11 June 2018 sehingga 13 Julai 2018. Ini bermakna, selepas 13 Julai 2018, pembelian pin UPU akan ditutup dan tidak lagi dijual kepada pelajar ataupun permohon. Penjualan Pin UPU ini terbuka kepada permohon daripada program lepasan SPM ataupun setaraf serta, program lepasan STPM ataupun setarafnya. Harga bagi setiap...

Popular posts from this blog

The Highest Mountain In Malaysia