Bolehkah Bawa Pisau Semasa Menaiki Kapal Terbang?
Semasa melancong di dalam negara, ada di antara anda ingin membawa sesuatu
sebagai buah tangan umpamanya seperti pisau, parang, keris dan pedang untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Tetapi perjalanan anda pula memerlukan harus menaiki kapal terbang untuk sampai
ke destinasi anda.
Ramai diantara anda tentunya akan tertanya-tanya boleh atau
tidak membawa benda seperti ini ketika menaiki kapal terbang. Baik, berikut adalah beberapa perjelasan agar anda memahami peraturan-peraturan ini.
Cara-cara membawa pisau yang dibeli semasa melancong semasa menaiki flight.
Secara realitinya perlatan tajam seperti seperti pisau,
parang, keris atau pedang memang tidak boleh dibawah dan amat dilarang sekali semasa
menaiki flight terutamanya jika anda ingin membawa ke dalam kapal terbang.
Pihak keselamatan kapal terbang di airport akan menahan anda
dan akan merampas pisau yang anda bawa semasa pemeriksaan keselamatan
dijalankan.
![]() |
| Photo by, Mohamed Hassan, Licenced Via Creative Commons |
1) Apa yang anda harus lakukan adalah, bungkus dengan kemas pisau
yang anda bawa tersebut dengan surat khabar dan jangan lupa lekatkan sekali
dengan pita pelekat agar pembungkus tidak mudah tertanggal.
2) Beritahu terlebih dahulu pihak keselamatan airport semasa
proses imbasan beg bagasi dan juga staff kaunter check in bagasi bahawa anda membawa pisau yang dibeli semasa anda
melancong dan membawanya untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
3) Beg menempatkan pisau yang anda ingin bawa itu tidak boleh
dibawa memasuki ke ruang penumpang kapal terbang tetapi hanya boleh dibawa dan
disimpan ke dalam kargo kapal terbang.
Sekiranya anda ingin membawanya juga, risikonya anda akan
ditahan semasa pemeriksaan keselamatan ketika memasuki ruang ke dalam kapal terbang.
4) Sekiranya boleh, adalah lebih baik jika sebelum berlepas
menaiki flight anda, pergi ke mana-mana balai polis terdekat dan buat satu
laporan khas sebagai rujukan pihak airport bahawa anda membawa pisau untuk dijadikan sebagai kenangan-kenangan semasa
melancong.
Artikel ini ditulis berpandukan pengalaman penulis dan juga
pengalaman rakan-rakan yang membawa parang, pisau, keris, dan pedang semasa
melancong di sekitar negara ini dan harus menaiki flight untuk balik ke destinasi
asal.
Walau begitu, anda mesti harus merujuk sepenuhnya kepada pihak
airport untuk mengetahui prosedur terkini mengenai aturan membawa peralatan ini
kerana prosedur boleh berubah mengikut masa
dan ketentuan dari pihak lapangan kapal terbang.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.