4 Sebab Mengapa Memilih Lazada Untuk Berniaga Online
Adakah anda masih tercari-cari arah dimanakah tempat berniaga online untuk produk anda? Jangan risau, di
negara kita telah ada tapak yang begitu baik kepada anda untuk berniaga, iaitu
di Lazada.com.my.
Mengapa pula Lazada? Baik, penulis akan mengupas secara agak
panjang lebar mengapa anda harus berniaga melalui laman e-dagang Lazada dan
jangan tunggu terlalu lama untuk membuat keputusan kerana peluang untuk anda
kini terbuka luas.
Berniaga secara online tidak sama seperti berniaga off line
kerana berniaga online memerlukan anda berinteraksi dengan pembeli melalui
internet. Perniagaan offline pula memerlukan anda mempunyai kedai untuk
menjual produk anda.
1) Lazada merupakan perintis web shopping online terbesar di Asia Tenggara.
Lazada.com.my adalah milik Lazada Group dan merupakan web
shopping online pertama yang begitu
popular sekali di Asia Tenggara pada masa ini.
Dianggarkan pada masa ini sekurang-kurangnya terdapat 35,000
ribu atau lebih penjual aktif dan berdaftar di Lazada menjadikan Lazada memiliki
kepelbagaian produk yang dijual begitu
banyak sekali.
Tahukah anda, penjual daripada negara-negara lain misalnya seperti China tidak melepaskan peluang untuk berniaga di Lazada Malaysia kerana mereka tahu, mereka mampu bersaing dengan peniaga tempatan?
Syarikat-syarikat jenama terkenal seperti Dr. Martens, Converse, Puma, Levis, dan syarikat terkenal yang lain juga tidak terkecuali untuk mengiklankan produk mereka melalui laman web Lazada kerana mereka tahu potensi produk mereka terjual adalah begitu tinggi sekali.
2) Sistem Lazada boleh dicapai melalui talian mudah alih dan juga web.
Melayari web Lazada amat mudah sekali hanya melalui aplikasi
Android dan juga iOS menjadikan pengalaman pengguna yang lebih baik selain
boleh dicapai menerusi web biasa.
Dianggarkan pada masa ini jumlah pengguna yang melakukkan
muat turun aplikasi Lazada mencapai 10 juta orang dan akan dijangka akan bertambah
tahun demi tahun.
Pihak Lazada Malaysia juga telah menjadikan aplikasi Lazada melalui telefon pintar amat mudah untuk melakukan pembayaran semasa membeli-belah di Lazada dengan menggunakan e-Wallet yang mana pembayaran boleh dilakukan hanya melalui hujung jari sahaja.
3) Lalu lintas traffic begitu sesak dengan pembeli.
Cuba anda teka berapakah jumlah pengunjung ke web Lazada
setiap hari? Jangan terkejut jika pengunjung yang melayari web Lazada setiap
hari mampu mencapai 10 juta pengunjung. Ianya amat hebat bukan?
Menurut Alexa.com, web shopping yang paling kerap sekali
dikunjungi oleh rakyat di negara ini adalah web Lazada.com.my. Web ini menduduki tangga ke 9 daripada web
ranking di Malaysia dan telah mengatasi web shopping online yang lain.
Baca Juga: Top 5 Laman Web Shopping Online Paling Kerap Dikunjungi Tahun 2018
Tahukah anda, Lazada Malaysia telah mengumumkan jualan
mereka telah mencapai pertumbuhan 100% pada tahun 2016, begitu juga pada tahun
2017 telah mencapai pertumbuhan 100%.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hans- Peter Ressel, jualan kasar yang diperolehi dalam kempen “11.11
Single’s Day Online Revolution” pada tahun 2017 mencapai jualan RM 100 juta
dalam sehari dan berharap mampu mencapai sasaran yang lebih baik pada tahun
2018.
4) Barang terjual baru lakukan bayaran.
Apa yang menarik di Lazada, anda tidak perlu melakukan
apa-apa bayaran untuk pendaftaran, segalanya percuma, malahan anda diajar step
demi step untuk berniaga di Lazada. Hebat bukan?
Selain itu juga produk yang diiklankan di Lazada juga 100%
tanpa apa-apa bayaran. Anda bebas untuk menjual apa sahaja selagi mengikuti
terma dan syarat dari pihak Lazada.
Baca Juga: Persediaan Asas Sebelum Berniaga Di Lazada
Jadi bagaimana pihak Lazada memperolehi keuntungan sekiranya
segalanya percuma? Sebenarnya, jika produk anda telah terjual barulah pihak
Lazada akan mengenakan sedikit bayaran kepada anda bergantung kepada jenis produk
yang anda ingin jual.
Baca Juga: Perlu Atau Tidak Beli Flayer Di Lazada
Ini bermakna, anda dan Lazada berada di situasi
menang-menang bukan? Produk anda terjual, baru anda melakukan sedikit bayaran
kepada pihak Lazada. Pihak Lazada pula membawa produk anda kepada lalu-lintas
pembeli yang begitu sesak sekali.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.