Google Mengubah Adwords Menjadi Google Ads
Bermula pada tarikh 24 julai 2018, Google telah mengumumkan
terdapat perubahan mengenai produknya iaitu Google AdWord bertukar kepada
jenama yang baru iaitu Google Ads.
Google Ads ini akan mewakili semua kempennya yang telah sedia
ada pada masa ini seperti video, search,
dan display.
Berita ini harus diketahui oleh semua pengguna AdWords agar
tidak terkejut dengan perubahan yang dilaksanakan oleh Google kerana terdapat
banyak perubahan yang akan dilaksanakan.
Mengikut artikel yang disiarkan oleh Google
perubahan-perubahan yang dilakukan adalah seperti logo baru dan jenama yang
baru, ini bermakna, logo dan jenama ini
akan terlihat di kesemua bahagian Google Ads itu sendiri, seperti di dalam bahagian produk, dokumen pengagihan,
dan lain-lain.
- Amaran Kepada Pengguna Gmail Mengenai Bahaya Pelayar Shady
Apa yang pasti, menurut Google segala perubahan ini tidak
akan mempengaruhi mengenai penampilan, navigasi, ataupun mengenai kempen anda.
Pihak Google juga telah memberi panduan kepada pengguna
untuk merujuk dengan lebih lanjut tentang perubahan yang akan dilaksanakan ini.
Anda boleh merujuknya melalui bantuan Google disini.
Bagi pengguna yang telah sekian lama menggunakan
perkhidmatan Google Adwords, anda harus menyesuaikan diri dengan segera
mengenai perubahan yag telah dilaksanakan oleh pihak Google mengenai penjenmaan
semula produk barunya ini.- Google.


Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.