Apakah Ramuan Mee Maggi Perencah Kari?
Anda mungkin peminat mee segera dan ingin mengetahui
kandungan ramuan-ramuan yang terdapat pada mee Maggi perencah kari.
Sebagai pengetahuan anda, mee Maggi perencah kari telah diformulasikan
dengan rasa kari yang sebenar khas untuk peminat kari.
Pihak pengeluar juga memberi saranan mengenai penyediaan
hidangan agar kelihatan lebih seimbang
dengan menambahkan sayuran segar serta daging
ayam, telur dan juga tauhu.
Dengan saranan penyediaan hanya menggunakan dua cawan air panas sebanyak 360 ml, anda
hanya perlu menunggu 2 minit sahaja dan mee Maggi perencah kari siap untuk dihidangkan.
Kandungan ramuan yang terdapat pada mee Maggi perencah kari.
Ramuan pada mee
Tepung gandum, minyak kelapa sawit, garam, mineral (kalium
klorida). Selain itu juga, mengandungi penstabil sebagai kondisioner makanan
yang dibenarkan. Aditif makanan pula adalah daripada sumber tumbuhan atau
sintetik.
Ramuan yang terkandung dalam perencah sup
Jintan putih, bawang, ketumbar, bawang putih, rempah,
mineral (kalium klorida), gula, cili, tepung gandum, kanji ubi kayu, garam,
lemak dan olein kelapa sawit.
Mengandungi mononatrium gultamat, ekstrak yis, natrium
inosinat serta natrium guanilat untuk penambah perisa yang dibenarkan.
Mengandungi pengawal asid, penstabil dan agen anti pergerakan sebagai
kondisioner makanan yang dibenarkan.
Mengandungi perisa (kandungan soya) dan juga pewarna yang
dibenarkan. Aditif makanan pula adalah daripada sumber tumbuhan atau sintetik.
- Cara Masak Maggi Goreng Paling Ump!
Selain itu juga kemungkinan mengandungi sisa krustasia,
ikan, saderi, biji sawi dan susu. Mee Maggi perencah kari dikilangkan di
Malaysia melalui ejen pengilang iaitu Nestle Product Sdn. Bhd.
Rujukan: Mee Maggi Perencah Kari
Kredit Photo: Shoppingplus.ph

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.