Top 05 Laman Web Shopping Online Paling Kerap Dikunjungi Tahun 2018
Mungkin anda ingin mengetahui apakah laman web shopping online
paling kerap sekali dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Web shopping ini tentunya
begitu hebat kan? Hinggakan mendapat berpuluh ribu pelawat setiap hari dan mereka
melakukan pembelian secara online sahaja.
Malaysia kini telah mencapai era digital. Ini dibuktikan
dengan kewujudan banyak web shopping online yang begitu popular sekali di negara
ini dan terdapat ramai masyarakat melakukan tempahan barangan secara online.
Tentu seronok bukan? Hanya membeli- belah di mana sahaja
anda berada, di rumah, di kedai makan, di pantai dan di mana sahaja anda berada
di negara ini yang mempunyai jangkauan rangkaian
internet, anda boleh bila-bila masa sahaja untuk bershopping online.
Senarai Web shopping online terkenal di Malaysia
1. Lazada.com.my
Menduduki tangga pertama setakat ini adalah dari laman web
Lazada.com.my. Web e-dagang ini merupakan sebahagian daripada Lazada Group dan
perintis laman e-dagang di Asia Tenggara.
![]() |
| Photo By, PixLoger, Licenced Via Creative Commons |
Web ini memberikan pengalaman membeli-belah online dengan
begitu mudah sekali kepada pelanggan dengan hanya melalui telefon pintar dan
juga melalui website. Website ini menduduki tangga ke 9 di negara ini.
Baca Juga: Persediaan Asas Sebelum Berniaga Di Lazada
2. Shopee.com.my
Web Shopee.com.my merupakan web yang kedua paling disukai
oleh orang ramai untuk membeli-belah kerana tag line web ini yang memberi
jaminan harga murah berbanding web shopping online yang line. Website ini menduduki
tangga ke 11 di negara ini.
3. Mudah.my
Web Mudah.my merupakan antara web shopping paling lama di
negara ini dan terdapat begitu ramai sekali peniaga tempatan yang mengiklankan
produk mereka melalui web ini.
Melalui web ini anda boleh mengiklankan apa produk seperti
kereta, motor, perlalatan rumah,
pakaian, kasut, tanah, rumah, peluang pekerjaan dan banyak lagi. Web ini menduduki tangga ke 14 di negara ini.
4. Taobao.com
Taobao.com adalah web shopping online daripada China dan
amat popular sekali di Malaysia terutamanya pengguna Cina kerana kerana begitu
banyak produk yang dijual serta harga produk yang begitu murah berbanding
dengan harga pasaran Malaysia. Web e-dagang ini menduduki tangga 22 di negara
ini.
5. 11street.my
Seperti Lazada dan juga Shopee, web 11street.my mempunyai
peminat yang tersendiri dan mampu menarik orang ramai di negara ini untuk
membeli belah secara online melalui web e-dagang mereka. Web ini menduduki
tangga ke 49 di negara ini setakat ini.
Rujukan: Alexa.com

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.