Cara Mengetahui Bil terkini Celcom Pospaid Secara Online
Sebenarnya terdapat banyak
tips untuk mendapatkan bil terkini Celcom khususnya pengguna Postpaid
misalnya berkunjung ke kiosk Celcom, ke pejabat Celcom, panggilan 1111, ataupun
dengan hanya melalui SMS sahaja.
Jika melalui SMS, anda hanya perlu menaip *#118# dan tekan butang Dail, pilih My Akaun
dan kemudian pilih My Bill.
Celcom akan menghantar kepada anda butiran seperti, nombor akaun anda, bayaran terakhir dan
tarikh, bayaran lewat dan tarikh, bil terkini berserta tarikh matang, bil yang
belum di bilkan, had limit kredit, serta tarikh sah info.
Cara ketahui Bil semasa Celcom melalui Aplikasi MyCelcom Postpaid
Pada masa ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke
kiosk Celcom, kaunter Celcom , bercakap dengan khidmat pelanggan Celcom, atau khidmat
SMS untuk mengetahui bil terkini anda.
Bagaimana caranya? Baik, caranya amat mudah, anda hanya
perlu melakukkan muat turun aplikasi MyCelcom Postpaid di apkpure.com untuk Android atau App
Store bagi pengguna Apple.
Bagi pengguna Android, muat turun aplikasi ini disini > MyCelcom Postpaid < jika anda mengadapi masalah muat turun.
Melalui aplikasi ini anda akan terus mengetahui bil semasa
anda bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja anda berada, apa yang penting,
telefon pintar anda mempunyai internet.
- Cara Bayar Bil Celcom Postpaid Secara Online
- Tips Jimatkan Kuota Data Telefon Pintar Anda
- Tips Dapat Nombor Telefon VVIP di Celcom

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.