Kandungan Nutrien Di Dalam Telur Ayam
Apa yang pertama keluar, ayam atau telur? Pilihan saya
adalah telur, lebih-lebih lagi selepas artikel ini ditulis mengenainya.
Tahukah
anda, perdebatan terbaru dan paling popular sejak kebelakangan ini ialah, apa
yang lebih baik, kuning telur atau putih telur?
Telur merupakan sumber protein yang lengkap dengan beberapa kalori.
Sebiji telur keseluruhannya mempunyai 5.5
gram protein dan mengandungi 68 kalori.
Telur mengandungi choline, iaitu nutrient yang amat diperlukan oleh badan kita. Tanpa kandungan
choline yang mencukupi, anda boleh menjadi kekurangan nutrien penting yang lain
iaitu asid folik.
Mari kita lihat lebih dekat diantara putih telur dan juga
kuning telur.
Kandungan putih telur
Putih telur mengandungi kalori yang rendah dan tanpa lemak. Ia juga mengandungi kandungan
protin yang cukup banyak iaitu di dalam anggaran 4 gram protein, 55 mg natrium dan hanya 17
kalori.
Kandungan putih telur di dalam sebiji telur mempunyai 1.3 mg folat, 6.6
mcg selenium, 2.3 mg kalsium, 3.6 mg magnesium, 4.9 mg fosforus, dan 53.8 mg kalium.
Kandungan kuning telur
Ya, memang benar, kuning telur mengandungi kolesterol, lemak
dan lemak tepu. Walau bagaimanapun, apa yang sering diabaikan adalah mengenai
kandungan nutrient yang lain di dalam kandungan kuning telur yang amat bagus
seperti vitamin larut lemak, lemak asid, dan lain-lain lagi.
![]() |
| Photo By, Alexas_Fotos, Licenced Via Creative Commons |
Kuning telur di dalam sebiji telur mempunyai sekitar 55
kalori, 4.5 gram lemak dan 1.6 gram lemak tepu, 210 mg kolesterol, 8 mg
natrium, dan 2.7 gram protein.
Kuning telur mempunyai nutrien yang lebih banyak, tetapi
pada pendapat saya, keseluruhan telur
itu sendiri iaitu kuning telur dan putih telur memberikan nutrient pemakanan
yang paling lengkap.
Selama bertahun-tahun terdapat cadangan yang berbeza-beza mengenai bahagian telur manakah yang lebih baik.
Penyelidikan terbaru telah menunjukkan bahawa kepercayaan
sebelum ini adalah bertentangan dengan kepercayaan sebelumnya, iaitu
pengambilan telur yang sederhana tidak
mempunyai kesan negatif terhadap kolesterol.
Kajian terkini juga
telah menunjukkan bahawa pengambilan telur anggaran dua kali sehari tidak akan mempengaruhi
profil lipid seseorang malahan ia sebenarnya akan memberikan kesan yang lebih
baik.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa lemak jenuh yang
menimbulkan kolesterol dan bukannya diet kolesterol.
- Petua Merebus Telur Masak Sepenuhnya Atau Separuh Masak
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami penyakit arteri
koronari atau mempunyai masalah kesihatan jantung seperti kolesterol yang tinggi,
anda masih dicadangkan untuk mengehadkan pengambilan makanan kolesterol.
Biasanya makanan tinggi
lemak dan makanan tinggi lemak tepu juga
akan lebih tinggi dalam kolesterol.- Grace Derocha

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.