Amaran Google Kepada Pengguna Gmail Mengenai Bahaya Pelayar Shady
Gmail adalah system email terhebat yang dicipta oleh google
untuk kegunaan kepada pelangganya dengan secara percuma. Walau begitu, ancaman
baru kepada pengguna gmail apabila
munculnya satu sambungan yang dikenali sebagai ‘Shady Connection’ yang berupaya
mencetuskan sambungan yang salah berupa malware yang mampu mencuri data peribadi kepada pengguna gmail.
Pada masa ini google telah berkerjasama dengan Universiti of
Illinois dan Universiti Michigan untuk mengenal pasti sambungan tersebut dan
cuba berusaha untuk mengawalnya.
Sebagai langkah berjaga-jaga, google pada masa ini memberikan amaran kepada pelangganya yang berisiko untuk mendapat serangan malware ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, google pada masa ini memberikan amaran kepada pelangganya yang berisiko untuk mendapat serangan malware ini.
![]() |
| Gmail |
Email yang telah mendapat gangguan dari ‘Shady Connection’
akan berupaya menguba email seseorang tanpa disedari dan mengumpul segala
maklumat pengguna email tersebut dan ini sudah tentunya amat membahayakan
kepada pengguna yang menyimpan segala data peribadi melalui email seperti maklumat mengenai bank, kad kredit, nombor
akaun peribadi dan sebagainya.
Selain itu, satu lagi virus yang dikenali sebagai ‘Shady DNS
servers’ dimana pelayan ini akan mengarahkan seseorang individu ke alamat IP
yang betul dan menyambungkan ke web atau perkhidmatan.
Apabila seseorang cuba untuk menggunakan gmail untuk berurusan dengan web atau perkhidmatan tersebut, pelayan ini amat merbahaya kerana akan memberikan data-data yang palsu kepada individu tersebut dan sekaligus mencuri maklumat dari pengguna gmail.
Apabila seseorang cuba untuk menggunakan gmail untuk berurusan dengan web atau perkhidmatan tersebut, pelayan ini amat merbahaya kerana akan memberikan data-data yang palsu kepada individu tersebut dan sekaligus mencuri maklumat dari pengguna gmail.
Walau begitu,kes ini masih dalam isu terpencil kerana ia
amat jarang berlaku tetapi ia berupaya memberikan impak yang negatif di masa
akan datang. Kes yang terhangat di United States dalam akhbar-akhbar dan media Negara
tersebut apabila gmail Pengarah CIA John Brennan telah di ‘hack’ atau digodam
oleh individu yang tidak dikenali hinggakan pengodam berjaya memasuki laman social
milik pengarah CIA dan menulis beberapa perkataan yang tidak sepatutnya.
Kebenaran cerita ini disangkal oleh
pembantunya dengan mengatakan jangan mempercayai berita-berita daripada akhbar
dan media. Hal ini menyebabkan, google sebagai pemilik gmail, bertindak segera
untuk memastikan system sekuriti gmail berfungsi dengan sebaiknya dengan
berupaya menghalang malware daripada mengodam gmail.-nbcnews.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.