Rahsia Batu Geliga Landak
Rahsia Batu Geliga Landak. Semasa waktu kecil, saya sering mendengar mengenai batu
geliga Landak yang sering diceritakan oleh orang-orang di kampung saya di
daerah Tambunan.
Batu geliga landak ini sebenarnya diperolehi dari perut haiwan liar yang dikenali sebagai Landak dan dijadikan sebagai ubat herba yang amat popular dikalangan kaum Cina khususnya di Asia Tenggara. Sesiapa yang memperolehi batu geliga ini, kaum Cina sanggup membeli geliga ini dengan harga yang amat tinggi sekali.

Walau begitu, tidak semua Landak memiliki batu geliga, kerana
hanya Landak tertentu sahaja memiliki geliga ini.
Dikatakan, Landak yang akan mengalami sakit disebabkan penyakit-penyakit tertentu akan mencari herba dari rumput-rumput, daun, atau akar-akar kayu untuk mengubati penyakit yang dialaminya.
Semasa landak ini dalam proses mengubati dirinya, herba-herba ini akan terkumpul dalam perut Landak itu sendiri dan membentuk bebola kecil yang dikenali sebagai batu geliga Landak.

![]() |
| Batu Geliga Landak Sabah |
Menurut pakar-pakar herba tradisional cina, batu geliga
landak ini memiliki gred atau penjenisan tertentu berdasarkan herba yang
dimakan oleh Landak semasa tempoh dalam proses rawatan semasa sakit.
Herba ini amat popular kerana terdapat kitab rawatan tradisional Cina telah menulis tentang kehebatan herba ini dalam rawatan-rawatan mengenai penyakit tertentu misalnya, sebagai rawatan altenatif penyakit kanser, penyakit meningitis, mempercepatkan rawatan selepas pembedahan, hepatitis B, dan pelbagai lagi penyakit lain.

Melalui pemerhatian saya di Malaysia, batu geliga Landak
akan dicari oleh kebanyakan kaum tempatan Sabah di sekitar hutan-hutan yang
berada di negeri ini dan dijual kepada kedai herba Cina (Sin Sang) yang
tertentu di sekitar negeri ini dengan harga yang amat mahal.
Jika batu geliga Landak sebesar telur ayam kampung dan dijual di pasaran Asia Tenggara, harga tersebut hampir mencapai harga sehingga RM100K, walau begitu, jika dijual kepada ejen tempatan, harga tersebut hanya boleh diperolehi dalam RM30K tetapi ianya bergantung kepada ketegori gred tertentu.

Bayangkan , ejen akan memperolehi harga 2 hingga 3 kali
ganda keuntungan dengan menjual kepada harga di pasaran Asia Tenggara.
Sebenarnya, batu geliga Landak ini adalah ubat herba yang amat istemewa kerana,
hanya golongan orang kaya sahaja yang mampu membeli ubat ini terutama sekali
kaum cina dan mereka berusaha mendapatkan herba ini dengan sanggup membeli
harga yang amat mahal dari kedai rawatan herba Cina. Mereka mempercayai, herba
ini mampu merawat penyakit kanser dan mendapat jolokan sebagai raja herba.
Beberapa bulan yang lepas, kawan saya telah memperolehi wang
hampir mencecah RM 30 ribu kerana menjual herba batu geliga Landak di pusat
rawatan herba Cina di Kota Kinabalu. Walau begitu, untuk mendapatkan herba ini,
tidaklah semudah yang anda sangkakan kerana, haiwan liar ini sukar untuk
diperolehi.
Mendapatkan geliga ini umpama anda bermain judi kerana, mungkin anda mampu menangkap 100 ekor landak semasa memasuki hutan tetapi kebarangkalian anda mendapatkan geliga ini hampir kosong kerana ia sebenarnya sukar untuk ditemui. Hanya Landak tertentu sahaja yang mempunyai geliga ini.

Jika anda memperolehi geliga ini, anda diketegorikan sebagai
bertuah kerana anda akan bakal memperolehi wang yang banyak jika anda menjual
herba ini. Tahukah anda? Kedai rawatan herba
Cina akan memproses herba ini dan memasukkan ke dalam kapsul dan dijual dengan anggaran harga RM300 satu kapsul kecil. Mereka mencipta keuntungan berkali ganda lagi dengan menjual kepada golongan kaya dan sebenarnya herba ini amat laris dijual kepada masyarakat Cina.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.