Cara Menghilangkan Perasaan Takut Ketika Belajar Menunggang Motosikal
Perasaan untuk takut semasa mula-mula belajar menunggang
motosikal adalah normal. Semua individu yang baru belajar mesti mempunyai
perasaan takut. Artikel ini cuba
membantu kepada individu cara menghilangkan perasaan takut ketika belajar
menunggang motorsikal.
Bagaimana cara anda belajar menunggang motosikal? Sebenarnya, faktor utama anda merasa takut adalah cara anda belajar yang tidak betul . Anda mesti memperolehi panduan-panduan yang benar semasa mula-mula belajar menunggang motor.
Bagaimana cara anda belajar menunggang motosikal? Sebenarnya, faktor utama anda merasa takut adalah cara anda belajar yang tidak betul . Anda mesti memperolehi panduan-panduan yang benar semasa mula-mula belajar menunggang motor.
Penyebab utama anda merasa takut semasa anda belajar
menunggang motorsikal kerana anda sebenarnya gagal menguasai asas menunggang
motorsikal seperti;
1. Menyeimbangkan badan untuk mengawal motorsikal
2. Penguasaan mengendalikan pergerakan gear kaki, klac, pedal
brek kaki, brek tangan dan handle minyak.
3. Keyakinan, keberanian untuk belajar
Menyeimbangkan badan
untuk mengawal motorsikal
Anda merasa takut kerana anda masih gagal untuk
menyimbangkan badan anda semasa menunggang motosikal. Ini menyebabkan anda merasa takut jatuh dari
motorsikal. Untuk belajar menyeimbangkan badan, anda sepatutnya belajar
menunggang basikal terlebih dahulu barulah mudah untuk belajar motorsikal. Jika
anda ingin belajar juga untuk menyeimbangkan badan dengan menunggang motorsikal,
minta rakan atau keluarga yang telah mahir menunggang motor untuk membawa anda
di kawasan lapang atau kawasan padang untuk belajar menunggang motorsikal.
Jangan belajar menunggang di kawasan jalan raya kerana cara ini amat merbahaya
dan berisiko untuk mengalami kecederaan yang serius.
Penguasaan mengendalikan pergerakan gear kaki, klac, pedal brek
kaki, brek tangan dan handle minyak.
Motorsikal mempunyai banyak jenis, terdapat motorsikal yang
mempunyai klac dan gear, motosikal tidak mempunyai klac tetapi memiliki gear serta
motorsikal yang tidak mempunyai gear dank klac yang dikenali sebagai Scooter.
Walau jenis apa pun yang anda ingin belajar untuk menunggangnya, anda mesti
menguasai pergerakan-pergerakan gear kaki, klac, pedal brek kaki, brek tangan
dan handle minyak. Jika anda belajar menunggang motosikal jenis scooter, anda
harus menguasai handle minyak, brek handle kiri dan brek handle kanan. Untuk
menguasai kemahiran ini, hanya latihan yang berterusan dan teknik imiganisi
kawalan pergerakan harus dilakukan.
Keyakinan, keberanian untuk belajar
Jika anda tidak memiliki keyakinan dan keberanian untuk
belajar, ketakutan untuk menunggang motosikal sentiasa mengatasi diri anda
menyebabkan anda gagal mengawal motosikal sepenuhnya semasa menunggang
motosikal. Hal ini amat merbahaya kerana anda berisiko untuk mengalami
kemalangan di jalan raya kerana kurangnya keyakinan anda untuk mengandalikan
motosikal. Pada hari ini, buang segala ketakutan anda dan belajar seperti yang
disyorkan dalam artikel ini.
Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.