Melihat Matahari Terbenam Yang Cantik Di Pulau Labuan
Melihat Matahari Terbenam Yang Cantik Di Pulau Labuan. Kadang-kadang tinggal di pulau Labuan ini agak memboringkan
jika anda tidak tahu aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan di pulau ini.
Anda harus mencari aktiviti yang mampu membuatkan anda sentiasa gembira ketika berada di pulau ini kerana tanpa aktiviti yang dilakukan, sudah tentulah anda merasakan tinggal di pulau ini boleh menjadikan otak anda menjadi beku, ya ramai individu yang datang bekerja disini mengatakan tinggal di pulau ini amat memboringkan lebih-lebih pada masa hujung minggu.
Anda harus mencari aktiviti yang mampu membuatkan anda sentiasa gembira ketika berada di pulau ini kerana tanpa aktiviti yang dilakukan, sudah tentulah anda merasakan tinggal di pulau ini boleh menjadikan otak anda menjadi beku, ya ramai individu yang datang bekerja disini mengatakan tinggal di pulau ini amat memboringkan lebih-lebih pada masa hujung minggu.
Mungkin salah satu idea untuk menghilangkan boring anda
adalah dengan melihat suasana pada waktu petang di sekitar pantai-pantai yang
indah di pulau ini dengan melihat matahari terbenam yang amat cantik dan
mendamaikan jiwa anda serta mungkin mengubat segala kerinduan kepada kampung
halaman.
![]() |
| Sunset Pulau Labuan |
Dimanakah tempat melihat sunset atau matahari terbenam di
kawasan pulau ini? Penulis beranggapan, mereka yang membaca artikel ini adalah
mereka yang tidak pernah datang ke pulau Labuan atau baru berpindah di sini
atas dasar kerja.
Baik, bagi pandangan penulis yang tinggal sendiri di pulau
ini, anda boleh menyusuri pantai-pantai di sekitar Tanjung Purun, Kompleks
Antarabangsa Sukan Laut kerana kawasan ini ramai dikunjungi oleh orang ramai
pada waktu petang untuk melihat sunset yang indah.
Selain itu anda juga boleh menyusuri jalan di sekitar pantai
Batu Manikar sehinggalah ke Pancur
Hitam, pantai di sekitar Sungai Lada, dan, pantai sekitar Sungai Pagar dan
paling mendamaikan bagi pandangan penulis adalah pantai di jalan Sungai Pagar
berhampiran dengan Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKL).
Setiap petang penulis akan datang di sekitar pantai UMSKL untuk
melihat sunset yang cantik di kawasan ini. Orang ramai akan datang di sekitar
pantai ini pada waktu petang dan pelajar UMSKL juga tidak ketinggalan untuk
memenuhi kawasan ini bagi melihat keindahan matahari terbenam.
Jika anda datang di kawasan-kawasan pantai ini, dinasihatkan
anda tidak melupakan kamera untuk mengabadikan kenangan anda semasa berada di
tempat ini. Sekian perkongsian ringkas ini, semoga bermanfaat!

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.