Resepi Ayam Masak Kicap Sabah
Penulis ingin berkongsi satu resepi amat sedap dan ringkas
iaitu resepi ayam masak kicap Sabah. Resepi ini amat terkenal di negeri Sabah
terutamanya penduduk tempatan kerana keenakannya yang unik, simple dan lazat.
Penulis bukanlah pakar masakan tetapi penulis mengkaji semula melalui pertanyaan-pertanyaan melalui rakan-rakan yang pandai memasak dan menyediakan resipi ini.
Penulis bukanlah pakar masakan tetapi penulis mengkaji semula melalui pertanyaan-pertanyaan melalui rakan-rakan yang pandai memasak dan menyediakan resipi ini.
Jika anda datang di mana-mana majlis khawin di negeri ini,
resepi ini wajib dihidangkan kepada tetamu jemputan dan hidangan ayam masak
kicap ini akan cepat habis kerana terlalu ramai sangat orang mendapatkan hidangan resepi ini.
Bagi pandangan penulis sendiri, resipi ini memang terbaik walaupun penyediaan bahan-bahan adalah amat ringkas tetapi boleh menyebabkan anda akan menjilat jari.
Bagi pandangan penulis sendiri, resipi ini memang terbaik walaupun penyediaan bahan-bahan adalah amat ringkas tetapi boleh menyebabkan anda akan menjilat jari.
Baik tanpa membuang masa, berikut adalah cara penyediaan
resipi ini berdasarkan untuk hanya beberapa individu sahaja:
Bahan-bahan buat resipi ayam masak kicap Sabah
- 1/2 ekor ayam
- Kicap lemak manis@kicap manis
- Kicap soya cair
- Kicap lemak masin
- Kicap pekat
-Garam
- Minyak masak untuk menumis
Bahan yang dihiris halus
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas halia
- 2 biji cili merah (buang biji)
- 2 ulas bawang besar (belah menjadi 4 bahagian setiap biji)
Cara-cara penyediaan ayam masak kicap Sabah
1.Bersihkan ayam dengan air bersih dan potong menjadi
bahagian-bahagian yang kecil.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah ke dalam kuali dan
gaul sehingga mengeluarkan bau yang sebati.
4. Masukkan ayam, hirisan halia, bawang besar, dan hirisan cili merah yang
telah dipotong, kacau dan gaul dengan
menggunakan sudu bersaiz besar.
5. Masukkan hirisan halia, bawang besar, dan hirisan cili merah yang telah dipotong.
6. Tutup kuali dengan penutup.
Apabila ia telah mendidih, tuang sedikit kicap lemak manis, kicap soya cair,
kicap lemak manis, dan lebihkan menuang kicap pekat ke dalam kuali. Gaul sehingga
menjadi sebati.
7. Akhir sekali kecilkan api pada gas, masukkan setengah
gelas air bersih ke dalam kuali dan
tutup dengan penutup. Biarkan sehingga mendidih semula dan masukkan sedikit
garam sesedap rasa anda dan bersedia untuk dihidangkan. Untuk makluman anda, pastikan bawang besar telah lembut sepenuhnya sebelum resipi ini dihidangkan dan juga kuah mestilah tidak terlalu banyak bagi menjamin kelazatan resipi ini.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.