Cara Atasi Tanaman Halia Tidak Hidup Subur Akibat Kemarau
Artikel ini adalah memberi panduan kepada usahawan tanaman
halia bagi mengatasi tanaman halia yang tidak hidup subur yang menyebabkan benih
halia hanya berukuran kecil walau pun
tanaman halia tersebut telah pun matang berumur diantara lapan hingga sembilan
bulan.
Panduan ini bagi mereka yang tidak menggunakan baja untuk menjadikan benih halia hidup subur kerana penggunaan baja terhadap tanaman halia menjadikan benih halia cepat untuk matang, cepat rosak dan menurut orang ramai, halia yang menggunakan baja mempunyai rasa yang tawar apabila digunakan dalam masakan.
Panduan ini bagi mereka yang tidak menggunakan baja untuk menjadikan benih halia hidup subur kerana penggunaan baja terhadap tanaman halia menjadikan benih halia cepat untuk matang, cepat rosak dan menurut orang ramai, halia yang menggunakan baja mempunyai rasa yang tawar apabila digunakan dalam masakan.
Seorang kenalan di negeri Sabah telah mengimport dua kontena
halia dari Negara China untuk dijual di Malaysia tetapi telah mengalami
kerugian kerana banyak benih halia telah rosak. Ini disebabkan penggunaan baja
keatas tanaman halia menjadikan daya tahan halia China tidak bertahan lama.
Jika halia Sabah, kebanyakan usahawan di negeri ini tidak menggunakan baja sebagai penyubur kepada tanaman ini kerana mereka mengetahui penggunaan baja menberikan kesan yang kurang baik terhadap hasil tanaman mereka.
Jika halia Sabah, kebanyakan usahawan di negeri ini tidak menggunakan baja sebagai penyubur kepada tanaman ini kerana mereka mengetahui penggunaan baja menberikan kesan yang kurang baik terhadap hasil tanaman mereka.
Ramai peniaga-peniaga terutamanya dari Kuala Lumpur sanggup
datang di negeri Sabah semata-mata untuk mendapatkan halia Sabah yang
berkualiti tinggi kerana ditanam tanpa menggunakan baja. Baik, tips ini
sebenarnya diperolehi dari pengusaha halia dari daerah Tambunan Sabah yang mana
beliau telah mengusahkan tanaman halia telah bertahun-tahun lamanya dan
memperolehi keuntungan berpuluh-puluh ribu hanya dari mengusahkan tanaman
halia.
Menurut usahawan halia yang berpengalaman di daerah
Tambunan, kadang-kadang tanaman halia tidak menjadi disebabkan oleh kemarau
yang panjang menyebabkan tanaman halia ini tidak akan hidup subur dan benih
halia juga tidak akan berkembang. Apabila hal ini berlaku, ia susuatu bencana
kepada pengusaha-pengusaha halia kerana hasil yang diharapkan tidak menjadi dan
inilah yang menyebabkan ramai pengusaha halia yang baru berputus asa dan
membiarkan ladang halia mereka tanpa penjagaan yang sepatutnya.
Kemarau tidak selalunya panjang, ini lah tips yang diberikan
oleh pengusaha halia dari Tambunan. Jika hal ladang halia tidak menjadi, jangan
berputus asa, fokus kepada tanaman halia anda walaupun tempoh matang halia
telah pun mencapai Sembilan bulan dan tidak mengeluarkan hasil yang baik. Apa
yang perlu dilakukan, bersihkan semula tanaman halia setelah kemarau berlalu dengan menghapuskan
rumput-rumput liar atau tanaman penggangu di sekitar tanaman halia dan tunggu
sehingga beberapa bulan lagi dengan memastikan tanaman halia tidak diganggu oleh
rumput-rumput liar.
![]() |
| Halia Tambunan Tanpa Menggunakan Baja |
Tekniknya adalah mudah, benih halia yang ditanam sebelum ini
akan mengeluarkan tunas-tunas yang baru
disebabkan penjagaan yang betul dengan membersihkan tanaman halia dari gangguan
rumput-rumput liar, penjagaan yang konsisten akan menjadikan tanaman ini akan
hidup subur semula apabila cuaca kembali seperti sedia kala.
Daerah Tambunan adakalanya akan mengalami kemarau yang
panjang dan cuaca ini menyebabkan para pengusaha tanaman halia terpaksa
melakukan altenatif tips ini kerana kesukaran untuk mendapatkan sumber air di
kawasan tanah yang berbukit apabila kemarau berlaku.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.