Cara Belajar Sambil Bekerja
Bagaimana caranya belajar sambil bekerja? Tentunya ini
adalah impian bagi kebanyakan pelajar selepas menamatkan pelajaran mereka
di peringkat sekolah menengah, kolej
atau peringkat universiti bagi menampung kos pembelajaran yang agak mahal.
Bekerja adalah altenatif yang baik bagi mengumpulkan wang sebelum memulakan pengajian. Kadang-kadang amat sukar untuk memilih kolej yang flexible dan menepati masa bagi golongan yang bekerja hinggakan ramai yang tidak dapat melanjutkan pengajian mereka walaupun sebenarnya mereka memiliki kelayakan yang sesuai bagi meneruskan pelajaran mereka.
Bekerja adalah altenatif yang baik bagi mengumpulkan wang sebelum memulakan pengajian. Kadang-kadang amat sukar untuk memilih kolej yang flexible dan menepati masa bagi golongan yang bekerja hinggakan ramai yang tidak dapat melanjutkan pengajian mereka walaupun sebenarnya mereka memiliki kelayakan yang sesuai bagi meneruskan pelajaran mereka.
Sebenarnya di Negara ini terdapat banyak kolej atau universiti
yang menawarkan pembelajaran dan krusus kepada golongan pekerja tetapi tidak ramai
yang mengetahuinya. Menurut kajian, kebanyakannya golongan lelaki di Negara ini
terpaksa menanguhkan hasrat mereka untuk menyambung semula pelajaran kerana
mungkin masalah kewangan yang dihadapi atau keinginan untuk berdikari.
![]() |
| Gambar hiasan |
Walau begitu, apabila anda telah berada di alam pekerjaan, cabaran yang amat
terbesar bagi anda adalah kesuntukan masa untuk belajar dan kesukaran membahagikan
masa belajar kerana tekanan di alam pekerjaan. Untuk merealisasikan hasrat
untuk belajar, pengorbanan masa dan tenaga harus ada pada diri seseorang untuk
mencapai keinginan ini kerana ianya tidak sama seperti situasi di dalam
perekolahan yang tidak bekerja.
Kajian menunjukkan, university yang terbaik dan popular bagi
golongan pekerja di Negara ini adalah Universiti Terbuka Malaysia ( UNITEM) @ Open
University (OUM). Mengikut latar
belakang, universiti swasta ini dikatakan
gabungan bagi universiti-universiti tempatan di Malaysia dan telapun diiktiraf
oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Apa yang menariknya universiti ini menawarkan pelbagai
course di peringkat diploma dan peringkat ijazah kepada calon pelajarnya dan sistem
pembelajaran yang paling flexible yang mana menggunakan sistem ODL atau Open
Distance Learning. Ini bermakna anda belajar melalui sistem online sepenuhnya
dan hadir kuliah di pusat pembelajaran hanya dua kali seminggu pada hari sabtu
dan ahad. Jika anda tidak dapat hadir kelas anda boleh memohon melalui online
berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengurusan universiti.
Jika anda ingin
berhasrat untuk belajar dan pada masa yang sama anda sedang bekerja , anda
tidak mempunya sebarang masalah jika anda belajar di OUM. Untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai universiti ini, anda boleh melayari web mereka di
www.oum.edu.my.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.