Cara-Cara Penjagaan Tayar Kereta Anda
Penjagaan tayar kereta amat penting bagi menjamin
keselamatan anda semasa berada di jalan raya. Tanpa penjagaan tayar dengan
teliti, bukan sahaja merugikan wang anda tetapi membahayakan nyawa anda sendiri dan nyawa orang lain semasa berada di atas jalan raya.
Penulis bukanlah seorang pakar mengenai kenderaan tetapi perkongsian artikel ini, cara-cara mengenai penjagaan tayar kereta adalah berdasarkan pengalaman sendiri untuk kebaikan bersama untuk panduan bagi mereka yang mempunyai kereta.
Penulis bukanlah seorang pakar mengenai kenderaan tetapi perkongsian artikel ini, cara-cara mengenai penjagaan tayar kereta adalah berdasarkan pengalaman sendiri untuk kebaikan bersama untuk panduan bagi mereka yang mempunyai kereta.
Sentiasa memantau tayar kereta anda
Untuk menjamin tayar kereta anda sentiasa dalam keadaan yang
baik, lakukan pemantauan keatas tekanan angina tayar kereta anda sekurang-kurangnya
seminggu sekali, hal yang lebih baik lakukan pemantauan setiap hari semasa anda
menghidupkan enjin kereta.
Pemantauan yang berkala dan dengan menggunakan alat penyukat tekanan angina tayar akan menjamin jangka hayat tayar anda. Selain itu, semasa melakukan pemantauan, pastikan tiada tanda-tanda kerosakan pada tayar kereta anda misalnya tayar mengalami tanda-tanda haus atau mengalami kebotakan pada tepi tayar akibat sistem aligment atau penjajaran pada tayar bermasalah.
Pemantauan yang berkala dan dengan menggunakan alat penyukat tekanan angina tayar akan menjamin jangka hayat tayar anda. Selain itu, semasa melakukan pemantauan, pastikan tiada tanda-tanda kerosakan pada tayar kereta anda misalnya tayar mengalami tanda-tanda haus atau mengalami kebotakan pada tepi tayar akibat sistem aligment atau penjajaran pada tayar bermasalah.
Lakukan rotation tayar setiap 5000km
Jika anda telah menukar tayar keret yang baru, lakukan rotation
tayar anda sekurang-kurangnya setiap 5000km. Rotation tayar melibatkan tayar
hadapan dialihkan ke bahagian belakang manakala tayar belakang dialihkan ke
bahagian hadapan. Rotation tayar ini mempunyai banyak jenis, anda harus meminta
nasihat pada mekanik yang berpengalaman untuk menentukan rotation tayar anda
dilakukan dengan kedudukan yang terbaik.
Lakukan alignment, balancing tayar, adjust chamber
Bila masanya anda melakukan alignment, balancing tayar atau
adjust chamber keatas tayar kereta anda? Baik, sebenarnya jika anda telah
melakukan penjajaran tayar anda sebelum ini, anda tidak perlu melakukannya
secara berulang-ulang kali, anda hanya perlu memantau tayar kenderaan anda dan
jika terjadinya gegaran pada stering kereta anda semasa melakukan pemanduan di
jalan yang lurus dan bertar, ini menandakan anda perlu melakukan penjajaran
keatas kenderaan anda dengan segera untuk mengelakkan kerosakkan keatas tayar
kereta. Bengkel tayar yang baik akan melakukan penjajaran keatas tayar kereta
anda supaya pemanduan anda dalam keadaan terbaik.
Guna tayar jenama yang sama
Jika anda tidak melakukan penjajaran tayar dan rotation
tayar keatas kenderaan anda, dalam beberapa ribu kilometer pemanduan, tayar
akan mengalami tanda-tanda kehausan pada tepi tayar di bahagian hadapan dan
jika tidak bertindak dengan cepat, tayar akan rosak dan hal yang lebih teruk,
kemungkinan tayar anda boleh meletup. Jika terjadi tanda-tanda kerosakan pada
tayar, lakukan penukanran tayar yang baru dengan segera dan pastikan
menggunakan jenama tayar yang sama dan bunga tayar yang sama kerana menggunakan
tayar yang berbeza mengurangkan system cengkaman tayar semasa di atas jalan
raya kerana setiap bunga tayar dan jenama tayar memiliki fungsi yang berbeza.
Cara pemanduan mempengaruhi hayat tayar
Cara pemanduan juga mempengaruhi jangka hayat kereta anda.
Semasa memandu di jalan raya pastikan anda sentiasa memantau jalan di laluan
anda dan elakkan melalui jalan yang berlubang atau jalan yang tidak rata kerana
ia akan memendekkan usia tayar kereta anda kerana jalan yang berlubang dan
tidak rata amat berisiko merosakkan tayar kereta. Kerap melakukan aksi drift
keatas kenderaan juga mempercepatkan kerosakkan tayar.
Sentiasa ingat aspek penjagaan tayar
Sebelum ini juga penulis sering melupakan aspek penjagaan
tayar dengan betul menyebabkan telah mengalami kerugian dengan terpaksa menukar
tayar kenderaan lebih awal dari jangka hayat sebenar tayar kereta. Pada masa
kini, harga tayar kereta yang baru semakin mahal dan amat membebankan
terutamanya kepada rakyat yang berpendapatan yang sederhana. Cara untuk menyelamatkan
poket anda dari membeli tayar baru akibat tayar yang rosak adalah dengan
melakukan penjagaan yang teliti keatas tayar kereta anda. Tayar kereta akan
lambat laun akan mengalami kehausan tetapi dengan penjagaan tayar yang teliti
mampu menyelamatkan wang anda dari membeli tayar kereta yang baru akibat
kerosakkan tayar disebabkan kurangnya penjagaan keatas tayar. Jika anda mempunyai tips lain penjagaan tayar, sila berkongsi dengan kami disini.
Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.