Cara Memulakan Perniagaan Kedai Cuci Kereta
Bagaimana cara memulakan perniagaan kedai cuci kereta milik anda
sendiri? Penulis cuba memberikan beberapa idea berguna kepada mereka yang
berminat untuk membuka kedai cuci kereta berdasarkan kajian yang dijalankan
oleh penulis sendiri.
Perniagaan ini amat berpotensi untuk memperolehi keuntungan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul, walau begitu jika anda mengatur perniagaan ini dengan cara yang salah, anda akan mengalami kerugiaan disebabkan persaingan dari perkhidmatan kedai cuci kereta yang lain.
Perniagaan ini amat berpotensi untuk memperolehi keuntungan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul, walau begitu jika anda mengatur perniagaan ini dengan cara yang salah, anda akan mengalami kerugiaan disebabkan persaingan dari perkhidmatan kedai cuci kereta yang lain.
Pemilihan kawasan untuk perkhidmatan cuci kereta
Jika anda benar-benar untuk memulakan perniagaan ini, anda
harus menentukan dimana lokasi atau kawasan tempat anda memulakan kedai
perkhidmatan cuci kereta . Pemilihan lokasi adalah penting bagi strategi
pertama permulaan bisnes ini. Selalunya kawasan tumpuan orang ramai seperti
berhampiran dengan pusat membeli belah, kawasan perumahan, laluan utama
kenderan adalah lokasi yang betul bagi memulakan perniagaan ini.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Anda harus peka terhadap kawasan-kawasan tanah yang terbiar
berhampiran dengan jalan utama, berhampiran dengan perumahan, kawasan bandar
atau berhampiran dengan pusat membeli belah dan cuba mencari pemilik sebenar tanah atau kawasan
tersebut dan anda mungkin boleh berbincang
dengan pemilik mengenai hasrat anda, sekiranya persetujuan tercapai, adalah
wajib anda membuat surat perjanjian sewa tapak mengenai perniagaan ini untuk mengelakkan
masalah atau perkara berbangkit di kemudian hari.
Bajet memulakan perniagaan kedai cuci kereta
Sudah tentunya apabila anda ingin memulakan perniagaan ini,
anda telah memiliki modal atau wang untuk memulakan bisnes. Untuk menentukan
bajet sebenar bagi memulakan perniagaan ini, anda harus memikirkan kos membuat pondok kecil untuk peralatan mencuci
kereta, pondok dan kerusi untuk pelanggan menunggu, sambungan paip air, peralatan-peralatan
mencuci kereta seperti mesin dan penyembur
cuci kereta, kain mengelap, sabun-sabun khas untuk mencuci kereta, peralatan
vacuum, peralatan wax dan polish, wiring sambungan elektrik, kos gaji pekerja
dan lain-lain lagi.
Daftar perniagaan anda di SSM (Suruhan Jaya Syarikat
Malaysia) dan lessen dari PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)
Sekiranya ada telah memiliki sebuah kedai perkhidmatan cuci
kereta atau ‘car wash’, adalah wajib anda untuk mendaftarkan perniagaan anda di mana-mana cawangan SSM berhampiran dengan
tempat tinggal anda dan juga lesen dari pihak berkuasa tempatan.
Selalunya prosuder bagi memohon lesen atau permit dari PBT berbeza-berbeza
mengikut negeri atau daerah. Anda wajib untuk mendapatkan lesen untuk
mengelakkan tindakan yang dikenakan keatas perniagaan anda.
Pemilihan pekerja
Bagi menjadikan perniagaan anda berjalan lancar, anda harus
memilih pekerja yang sesuai dengan memilih kreteria seperti, badan yang sihat,
bebas dengan penyalahgunaan dadah, bebas dengan jenayah dan yang paling
penting, individu tersebut adalah seorang yang rajin dan jujur. Pemilihan
pekerja harus dipilih dengan teliti kerana dengan pekerja lah yang mencorakkan
hala tuju perniagaan anda sama ada berjaya ataupun sebaliknya.
Tips untuk berjaya dalam bisnes perniagaan cuci kereta
Motivasi kepada pekerja- Pekerja anda diumpamakan nadi kepada perniagaan anda kerana tanpa
mereka bisnes anda tidak boleh beroperasi. Anda harus memberikan motivasi
kepada pekerja anda untuk melakukan pekerjaan mereka dengan sebaik mungkin dan katakan
kepada pekerja anda, tanpa perkhidmatan yang terbaik, gaji mereka mungkin tiada
kerana kerana kekurangan pelanggan datang disebabkan mutu perkhidmatan yang
kurang baik.
Anda mungkin boleh memberikan komisyen kepada pekerja anda bagi
setiap kereta yang dicuci, misalnya komisyen berjumlah RM1 bagi setiap kereta
yang dicuci tidak termasuk gaji dan kerja lebih masa. Prinsip ini dikatakan
sebagai ‘menang-menang’ dimana anda memperolehi keuntungan dan pada masa yang
sama pekerja anda mendapat sedikit komisyen hasil usaha mereka sepanjang hari.
Situasi ini sudah tentunya akan menaikan motivasi perkerja anda untuk
memberikan perkhidmatan terbaik untuk mencuci kereta.
Pemantauan pekerja- Untuk menjadikan perniagaan anda berjalan dengan lancar,
anda harus sentiasa memantau perniagaan anda dan sekali sekala harus turut
serta untuk mencuci kereta untuk melihat sendiri prestasi perkhidmatan yang
diberikan oleh pekerja kepada pelanggan di kedai anda. Melantik seorang
ketua yang berpengalaman dan jujur bagi memantau pekerja yang lain mungkin
harus diambil kira bagi menambahkan lagi kelancaran perniagaan anda.
Perkhidmatan terbaik- Apa yang paling penting dalam bisnes ini adalah perkhidmatan
yang terbaik harus dilakukan semasa mencuci kereta pelanggan-pelanggan yang
datang untuk mencuci kereta. Perkhidmatan terbaik merangkumi, kepuasan
pelanggan terhadap kereta yang dicuci, masa menunggu tidak terlalu lama, ruang
menunggu yang selesa, dan harga perkhidmatan mencuci kereta yang bersesuaian.
Jika perkhidmatan ini diamalkan oleh pekerja anda sebaik mungkin, sudah
tentunya ramai pelanggan yang datang untuk mencuci kereta di kedai anda dan
tidak mengherankan pelanggan ini akan datang semula ke kedai anda untuk mencuci
kereta mereka.
Anggaran Keuntungan- Cuba anda bayangkan, apabila anda memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada pelanggan, dalam sehari kedai anda dikunjungi banyak pelanggan
untuk mencuci kereta. Misalnya dalam sehari terdapat 100 buah kereta yang
datang di kedai anda. Berapa keuntungan anda?jika anda akan mengenakan kadar
bayaran RM 10 bagi setiap kereta yang dicuci luar dan dalam kereta, keuntungan
kasar anda dalam sehari adalah RM1,000 dan jika di darabkan dalam sebulan
pendapatan kasar anda adalah sebanyak RM31,000. Ini tidak termasuk perkhidmatan
polish dan wax dimana kadar bayaran ini berbeza dengan kadar bayaran bagi
cucian biasa. Bagaimana? Perniagaan ini sangat menguntungkan jika dilakukan
dengan cara yang betul.
Rangka kerja- Ini adalah asas-asas atau gambaran penerangan ringkas bagaimana
memulakan perniagaan perkhidmatan kedai cuci kereta yang boleh menguntungkan
anda. Rangka kerja haruslah dilakukan dengan penuh teliti sebelum memulakan
perniagaan ini kerana ramai yang cuba berjinak-jinak dengan bisnes ini telah
mengalami kerugian kerana kekurangan ilmu yang betul menjadikan bisnes mereka tidak
menjadi seperti yang diharapkan ditambahi pula dengan persaingan dari
perkhidmatan cuci kereta yang lain. Semoga info ringkas ini bermanfaat dan
semoga berjaya dengan perniagaan anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.