Cara Mengetahui Kebocoran Enjin Kereta
Perkara yang sering terjadi pada semua kenderaan adalah
terjadinya kebocoran di bahagian enjin kereta. Untuk mengelakkan terjadinya
perkara yang lebih buruk, anda mesti mengenalpasti apakah cecair tersebut dan
berpunca daripada mana. Pada bahagian enjin kenderan anda terdapat beberapa
jenis cecair seperti coolant, minyak brek, minyak power stering, air, minyak
enjin, dan bagi kereta transmisi outo, terdapat minyak minyak gear transimisi automatic.
Mungkin semasa anda membaca artikel ini, anda mungkin telah terlihat mengenai
titisan cecair dibawah enjin kereta anda, persoalannya disini, apakah cecair
itu?
Kenal pasti jenis cecair yang jatuh di bawah enjin kereta
Sebagai langkah pertama, anda mesti mengetahui jenis
bendalir yang jatuh itu. Jika kebocoran pada minyak enjin kereta anda,
selalunya minyak enjin adalah berwarna kuning atau cokelat. Bagi minyak enjin
yang telah lama bekerja pada enjin kereta, minyak ini adalah berwarna
kehitaman.
Bagi minyak transmisi gear outomatik pula, ia berwarna merah
dan bagi minyak transmisi manual ia boleh datang dengan pelbagai warna. Minyak
brek pula adalah berwarna kekuningan dan
jika minyak terlalu lama, ia kelihatan berwarna cokelat kekuningan.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Minyak power stering adalah berwarna kuning cerah dan jika minyak ini terlalu lama
ia adalah berwarna cokelat. Dan bagi warna coolant, ia boleh datang dalam
pelbagai warna seperti kuning, merah, jingga, tetapi secara tradisinya, coolant
adalah berwarna hijau.
Mengenal pasti jenis-jenis bendalir ini penting sebagai
langkah permulaan untuk mengetahui bahagian-bahagian yang berkemungkinan telah
bocor. Seterusnya anda harus mencari punca-punca yang menyebabkan bendalir ini
bocor.
Sekiranya minyak jatuh terus dari bahagian bawah enjin, selalunya
memang terdapat kebocoran pada enjin kenderaan anda, persoalannya dari mana
minyak itu datang? untuk mengetahui dari mana kebocoran tersebut, lihat secara
teliti dari mana punca minyak itu mengalir dan sekiranya perlu anda harus membersihkan enjin anda terlebih
dahulu dengan menggunakan cecair pencuci khas yang mampu membersihkan
kotoran-kotoran minyak yang melekat pada bahagian enjin.
Secara teorinya, kebocoran minyak pada enjin kenderaan anda
berkemungkinan dari gasket-gasket yang telah rosak dan bahagian-bahagian oil seal, rocker cover
gasket, oil sump, enjin oil cap, oil pump, stick oil level gauge dan head
gasket. Bagi mengetahui tahap teruknya kebocoran-kebocoran minyak ini, anda
boleh melihat pada level penyukat minyak enjin dan juga melihat tompokan titisan bendalir yang jatuh di bawah enjin.
Jika kebocoran bukan berpunca dari enjin, anda harus
meneliti saluran-saluran paip pada minyak brek, minyak power stering, minyak
gear tranmisi automatic dan bagi
kebocoran berpunca dari coolant, selalunya kebocoran dari radiator atau dari saluran
paip coolant pada kenderaan anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.