Cara Pakai Tali Pinggang Kapal Terbang
Bagaimana cara pakai tali pinggang keselamatan di kapal
terbang? Artikel ini memberi panduan kepada individu yang baru pertama kali
menaiki kapal terbang dan tidak mengetahui cara untuk memakai tali pinggang keselamatan
semasa berada di dalam pesawat.
Melalui kajian, ramai individu yang tidak mengetahui cara ini oleh itu jika anda membaca artikel ini diharap anda tidak ragu-ragu untuk memakai tali pinggang keselamatan semasa berada dalam pesawat untuk mengelakkan anda ditertawakan oleh penumpang lain.
Melalui kajian, ramai individu yang tidak mengetahui cara ini oleh itu jika anda membaca artikel ini diharap anda tidak ragu-ragu untuk memakai tali pinggang keselamatan semasa berada dalam pesawat untuk mengelakkan anda ditertawakan oleh penumpang lain.
Cara memakai seatbelt dalam kapal terbang
Semasa menaiki pesawat apa yang anda perlu lakukan adalah
bertenang dan cuba menunjukkan reaksi seperti biasa seperti penumpang lain walaupun anda baru
pertama kali menaiki pesawat. Memasuki ruang tempat duduk penumpang, cari
number seat atau nombor tempat duduk anda seperti mana yang tertera di tiket
kapal terbang anda.
Apabila anda telah menjumpai nombor tempat duduk anda, duduk
secara rileks dan pakai tali pinggang keselamatan anda yang berada di tepi sisi
tempat duduk kiri dan kanan anda. Untuk
peringatan, jangan memakai tali pinggang keselamatan seperti tali pinggang
kereta kerana cara pemakaiannya adalah tidak sama.
Cara pemakaiannya adalah seperti gambar yang tertera di bawah.
Cara pemakaiannya adalah seperti gambar yang tertera di bawah.
Jangan risau, cara menggunakannya adalah amat mudah dan tali
pinggang ini adalah boleh diubah / boleh dilaraskan mengikut saiz pinggang anda.
![]() |
| Prosuder pemakaian tali pinggang pesawat |
Jika anda masih ragu-ragu, sebenarnya sebelum pesawat
berlepas Pramugari atau Pramugara akan
menunjukkan cara-cara pemakaian tali pinggang keselamatan dengan betul dan
prosuder keselamatan yang perlu dilakukan semasa dalam pesawat sekiranya
terjadi situasi kecemasan.
![]() |
| Kedudukkan pemakaian tali pinggang Kapal terbang |
Apabila pesawat hendak berlepas, kru-kru kapal akan
memastikan semua penumpang memakai tali pinggang dengan betul dan sekiranya
anda memakai tali pinggang dengan cara yang salah, kru kapal akan menunjukkan
cara pemakaian yang betul.
![]() |
| Kedudukan seatbelt dalam pesawat |
![]() |
| Bentuk Sebenar Seatbelt Kapal Terbang |
Kebanyakan pesawat di seluruh dunia menggunakan seat belt
yang sama. Jika anda masih tidak memahami penerangan ini, apabila berada di
dalam pesawat sebelum berlepas, jangan ragu dan malu meminta tunjuk ajar kepada
kru kapal kerana mereka akan membantu anda sebaik mungkin. Baca juga,




Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.