Kereta Jimat Minyak Keluaran Malaysia
Kereta Jimat Minyak . Kebanyakan bandaraya di banyak tempat
di seluruh Malaysia mengalami kesesakan oleh kenderaan pada waktu awal pagi,
waktu petang, musim perayaan dan semasa adanya anjuran aktiviti festival yang
dianjurkan oleh badan-badan ngo mahupun kerajaan.
Hal ini tentunya amat menyeksakan bagi mereka yang terperangkap di kesesakan jalan raya lebih-lebih lagi pada masa kini harga minyak kereta yang semakin mahal, sudah tentunya anda mula berfikir untuk mencari altenatif untuk mencari kereta pendua yang jimat minyak.

Penulis cuba berkongsi kereta yang paling jimat minyak
keluaran Malaysia untuk sebagai panduan kepada rakyat di Negara ini berdasarkan
pengalaman sendiri memandu kereta daripada keluaran Perodua yang amat terkenal
dengan kereta yang jimat minyak.
Kenapa kereta-kereta ini jimat minyak? Menurut pandangan penulis sendiri, kereta keluaran perodua seperti Viva, Axia, Kancil, Kenari dan Perodua Kelisa dicipta sebagai kereta mini kompak, memiliki rangka yang ringan sesuai dengan keupayaan enjin 660, 850 dan 1.0.

![]() |
| Sumber photo: Perodua.com.my |
Sebenarnya, design kereta-kereta mini kompak keluaran
Perodua mengikut design berdasarkan
kereta daripada Jepun misalnya kereta Viva yang mana pada asalnya kereta ini mengikut bentuk
daripada Daihatsu Mira dan menggunakan enjin Daihatsu DVVT DOHC 13. Tidak
dinafikan, kereta Viva amat terkenal kerana kereta ini amat jimat minyak,
bayangkan jika anda memandu kereta Viva cc850 dalam jarak 100KM pada kelajuan
90 hingga 100KM sejam, anda hanya memerlukan kos minyak petrol sebanyak RM20.
Kereta terbaru keluaran Perodua seperti Axia juga dikatakan
mempunyai keupayaan enjin yang terbaik dan kekuatan enjin adalah 1.0cc yang
mana kereta ini juga amat jimat minyak. Jika anda inginkan kereta yang jimat
minyak, penulis syorkan anda membeli kereta kompak keluaran Perodua kerana
bukan sahaja kereta ini amat jimat minyak tetapi mudah mendapatkan alat ganti
di pasaran Malaysia serta harga yang masih boleh diketegorikan sebagai harga
yang mampu milik.
Jika anda tidak berminat dengan kereta keluaran Perodua,
mungkin anda boleh memilih kereta jimat minyak dari keluaran Honda, Suzuki,
Toyota, dan Mitsubishi, tetapi pastikan ada memilih kereta yang mempunyai
keupayaan enjin 1.3 kebawah, bentuk yang
kompak sesuai dengan keupayaan enjin kerana selalunya kereta ini mempunyai
prestasi yang jimat minyak.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.