Misteri Hantu Penanggal
Di asia tenggara terutama sekali di Malaysia dan Indonesia amat terkenal dengan cerita-cerita mengenai
hantu mengikut penceritaan masyarakat hinggakan cerita tersebut menjadi bualan
sehingga kini.
Cerita yang agak terkenal adalah mengenai misteri hantu penanggal atau hantu penanggalan dimana hantu jenis ini akan terbang berkeliaran pada waktu malam dengan hanya kepala tanpa tubuh badan untuk mencari mangsa terutama perempuan yang mengandung, perempuan yang baru melahirkan anak atau mencari perempuan yang datang bulan atau datang haid.
Cerita yang agak terkenal adalah mengenai misteri hantu penanggal atau hantu penanggalan dimana hantu jenis ini akan terbang berkeliaran pada waktu malam dengan hanya kepala tanpa tubuh badan untuk mencari mangsa terutama perempuan yang mengandung, perempuan yang baru melahirkan anak atau mencari perempuan yang datang bulan atau datang haid.
Kajian mengenai hantu penanggal di Malaysia
Sebenarnya kajian yang lebih mendalam mengenai hantu
penanggal masih belum dilakukan oleh mana-mana pihak tetapi kebanyakan kajian
hanya berdasarkan penceritaan mengenai hantu mengikut sesuatu kaum.
Mengikut mereka yang lebih arif mengenai hantu penanggal, asalnya hantu penanggal ini adalah manusia biasa tetapi mereka mempunyai amalan-amalan tertentu yang masih misteri hingga kini yang mana pada waktu malam, kepala mereka akan bercerai dari tubuh badan dan kepala tersebut akan terbang berkeliaran untuk mencari mangsa untuk menghisap darah manusia.
Mengikut mereka yang lebih arif mengenai hantu penanggal, asalnya hantu penanggal ini adalah manusia biasa tetapi mereka mempunyai amalan-amalan tertentu yang masih misteri hingga kini yang mana pada waktu malam, kepala mereka akan bercerai dari tubuh badan dan kepala tersebut akan terbang berkeliaran untuk mencari mangsa untuk menghisap darah manusia.
Jika anda meneliti penceritaan dari mana-mana kaum di Negara
ini, cerita mengenai misteri hantu penanggal hampir lebih kurang sama ini
menjadikan kemungkinan hantu ini wujud di dunia yang nyata. Kajian penulis di
negeri Sabah mendapati, hantu penanggal
ini dikenali sebagai hantu Balan-Balan, Tutumongos (dalam bahasa Dusun) dan
dikenali juga sebagai B Kuasa Dua.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Cerita mitos hantu penanggal kaum Kadazan Dusun
Mengikut cerita mitos kaum Kadazan Dusun, cerita hantu
penanggal tercetus dimana pada satu
ketika dahulu terdapat individu yang mengamalkan amalan kebatinan dan pada waktu
malam kepalannya akan bercerai dari tubuh badan serta akan terbang mencari mangsa terutamanya
perempuan yang baru melahirkan anak.
Cerita ini telah menjadi gempar apabila beberapa daerah di
negeri Sabah telah diserang oleh hantu
Balan-Balan (hantu Penanggal) dan menurut cerita ramai yang telah menjadi
mangsa akibat perbuatan oleh hantu penanggal ini. Pada satu ketika, orang ramai
telah mengsyaki perbuatan tersebut telah dilakukan oleh individu yang
mengamalkan ilmu kebatinan berdasarkan perilaku pelik yang ditunjukkan oleh
individu tersebut.
Beberapa orang yang
mengetahui hal tersebut telah mengekori individu ini pada waktu malam dan
menurut penceritaan oleh orang-orang tua di negeri ini, orang yang mengekori
individu yang disyaki sebagai hantu penanggal melihat individu itu telah masuk
ke dalam tandas di sebuah kampung yang
terpencil dan tandas tersebut tidak lagi
digunakan oleh orang ramai.
Mereka mendapati, apabila suspek masuk ke dalam tandas,
mereka melihat sebiji kepala yang mengerikan telah terbang berserta cahaya aneh
keluar dari tandas dan hilang dalam kegelapan malam. Apabila melihat hal
tersebut, mereka yang melihat hal ini telah memanggil orang-orang kampung untuk
membuka pintu tandas dan mereka mendapati hanya tubuh suspek tanpa kepala di
dalam tandas.
Daripada ramai orang kampung tersebut, seorang individu
telah mengesyorkan bahagian leher tanpa kepala harus diperah dengan air limau
nipis untuk membuatkan kepala hantu penanggal tidak akan kembali lagi di badan
individu tersebut. Orang kampung telah
memerah air limau nipis ke leher individu tersebut dan apabila kepala hantu
penanggal datang untuk bersatu ke dalam tubuhnya, hantu tersebut tidak lagi
boleh bersatu semula kerana disebabkan air perahan limau yang menyakitkan.
.
Hal ini membuatkan, hantu penanggal akan berkeliaran tanpa
tubuh badan sampai bila-bila dan hal yang amat ditakuti oleh hantu penanggal
adalah pokok limau, buah limau dan air perahan limau. Jika anda datang ke Sabah
dan melihat perempuan yang baru bersalin, kebanyakan mereka akan meletakkan
buah limau atau ranting limau berserta dengan daunnya diletakkan berhampiran
dengan bayi yang baru lahir dan juga mereka akan menyelitkan ranting limau
berserta daun di sekeliling rumah mereka untuk mengelakkan dari gangguan hantu
penanggal.
Pada zaman dahulu amalan ini adalah wajib dilakukan tetapi
mengikut peredaran zaman, amalan ini hampir dilupakan oleh genarasi sekarang
tetapi masih terdapat individu yang masih mengamalkan amalan ini setiap kali
terdapat anggota keluarga wanita mereka bersalin. Perkara yang masih menjadi
misteri hinggi kini, masih terdapat individu yang melihat cahaya yang terbang
pada waktu malam melepasi pokok-pokok hutan atau di kawasan-kawasan bandar
dimana mereka mengelarkan ia adalah B Kuasa Dua atau hantu penanggal yang
berkeliaran untuk mencari mangsa.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.