Perlukah Membawa Kereta Semasa Bercuti Di Pulau Labuan
Bagi mereka yang berkira-kira untuk datang bercuti di Pulau
Labuan dengan menggunakan kenderaan sendiri, penulis akan memberikan tips sama
ada perlu membawa kereta sendiri semasa memasuki pulau ini atau sebaliknya bagi
mengira segala kos adakah berbaloi datang di pulau ini dengan membawa kereta
sendiri.
Bagi pandangan penulis yang tinggal di pulau ini, jika anda
datang di pulau ini bersama-sama dengan keluarga atau kawan-kawan untuk tujuan
untuk bercuti, anda harus mengetahui tambang atau kadar bayaran keatas
kenderaan anda semasa menaiki feri kenderaan(ro-ro).
Bagi kenderaan biasa tambang yang akan dikenakan adalah sebanyak RM40 untuk sekali perjalanan dan untuk kereta komersial/ single/ double cabin/ pacuan empat roda/ van persendirian, kadar tambang adalah sebanyak RM60.
Bagi kenderaan biasa tambang yang akan dikenakan adalah sebanyak RM40 untuk sekali perjalanan dan untuk kereta komersial/ single/ double cabin/ pacuan empat roda/ van persendirian, kadar tambang adalah sebanyak RM60.
Caj pendaratan dan perkapalan yang dikenakan oleh Jabatan
Pelabuhan dan Dermaga Sabah di Menumbok adalah RM2 bagi basikal dan motosikal,
motokar adalah RM14 dan untuk van,
pickup,4WD caj yang dikenakan adalah sebanyak RM16 ringgit.
Selepas anda mendapatkan tiket kenderaan anda untuk menaiki feri kenderaan dan membeli tiket bagi penumpang anda harus ke kaunter Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah untuk melalukan pembayaran cukai pendaratan. Bagi cukai penumpang pula, cukai yang dikenakan adalah RM1.50 seorang.
Selepas anda mendapatkan tiket kenderaan anda untuk menaiki feri kenderaan dan membeli tiket bagi penumpang anda harus ke kaunter Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah untuk melalukan pembayaran cukai pendaratan. Bagi cukai penumpang pula, cukai yang dikenakan adalah RM1.50 seorang.
Itu adalah kos-kos yang anda perlu bayar jika anda memasuki
Labuan dari Menumbok dengan menaiki feri kenderaan(ro-ro). Jika anda tidak
membawa kereta anda dan ingin menaiki feri kenderaan, anda hanya perlu membayar
tambang sebanyak RM 2.50 seorang di kaunter tiket feri dan RM1.50 bagi cukai
caj penumpang di kaunter Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah di Terminal
Menumbok.
Jika anda ingin menaiki speed bot, kadar tambang yang
dikenakan adalah sebanyak RM7.50 seorang bagi sekali perjalanan ke Pulau
Labuan. Contoh kos misalnya anda ingin datang ke Labuan dengan kereta Proton
Saga berserta tiga rakan anda, tambang
feri adalah sebanyak RM40 untuk sekali perjalanan dan jika perjalanan
sehala, anda perlu membayar RM80, RM14 caj cukai pendaratan dan tambang RM7.50
bagi tiga penumpang (rakan anda) serta
caj penumpang bagi Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah adalah RM4.50
bagi tiga penumpang. Kos keseluruhan yang anda perlu bayar untuk memasuki
Labuan adalah sebanyak RM106 ringgit.
Itu adalah gambaran sebenar kos yang anda perlu bayar semasa
memasuki Pulau Labuan dengan kenderaan anda sendiri. Sama ada anda ingin
membawa kereta anda atau sebaliknya, terpulang kepada anda kerana keputusan
bergantung kepada kedudukan kewangan anda sendiri. Bagi pandangan penulis, jika
anda tidak menghadapi sebarang masalah mengenai kos tambang feri, ada baiknya
anda membawa kenderaan sendiri untuk melawat tempat-tempat yang menarik di
pulau ini. Jika anda berhasrat tidak membawa kereta anda, perkhidmatan teksi
dan kereta sewa banyak di pulau ini.
Penulis merujuk kepada tambang-tambang terkini feri
kenderaan, caj yang dikenakan oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, caj
tambang bagi penumpang feri kenderaan dan caj bagi menaiki speed bot. Walau
begitu, anda perlu merujuk kepada pihak yang berkenaan bagi mengesahkan kadar
caj terkini kerana caj dan tambang mungkin telah berubah mengikut perubahan
dasar yang dikenakan oleh pihak kerajaan atau pihak pengusaha bot dan feri di
Menumbok Sabah.

Kabin Proton Saga 2019 akan mengambil banyak kejutan, memberikan kesan teknologi moden dan berteknologi tinggi Skrin infotainment skrin sentuh berukuran 7.0 inci, kluster instrumen baru dengan paparan pelbagai maklumat LCD dan lampu peta LED.
ReplyDelete