Tips Berniaga Mee Goreng Di Pasar Malam
Bagaimana caranya berniaga mee goreng di pasar malam?
Tentunya anda yang membaca artikel ini berhasrat untuk berniaga di pasar malam
tetapi kekurangan idea yang bernas bagi memulakan perniagaan.
Penulis cuba memberikan idea-idea yang boleh diguna pakai sebagai persediaan anda dan idea ini sebenarnya berdasarkan kajian keatas peniaga-peniaga yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan mee goreng di pasar malam.
Penulis cuba memberikan idea-idea yang boleh diguna pakai sebagai persediaan anda dan idea ini sebenarnya berdasarkan kajian keatas peniaga-peniaga yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan mee goreng di pasar malam.
Untuk memulakan perniagaan ini, anda mesti memohon permit
untuk menjaja dan tapak khas yang mana anda boleh perolehi di mana-mana majlis
perbandaran atau majlis daerah berhampiran dengan tempat tinggal anda kerana
tanpa permit dan tapak yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, gerai anda
berisiko untuk disita oleh penguatkuasa.
Baik apabila anda telah menguruskan permit atau lesen untuk
berniaga di pasar malam, apa yang anda perlu sediakan adalah mengenai barang-barang
atau peralatan untuk berniaga. Berikut adalah senarai penting yang perlu anda
sediakan sebelum memulakan perniagaan anda.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Peralatan penting berniaga mee goreng di pasar malam
Sesetengah kerajaan tempatan menghendaki anda membeli kanopi
pasang siap dari mereka misalnya majlis perbandaran kuantan telah mengarahkan
peniaga-peniaga pasar malam dan pasar minggu untuk membeli kanopi dari mereka
untuk keseragaman. Walau begitu tidak semua negeri atau daerah menghendaki para peniaga berbuat demikian. Membeli kanopi
atau khemah untuk perniagaan di pasar malam amat penting bagi mengelakkan anda
dari hujan apabila berlakunya cuaca yang tidak baik.
Genarator/ genset/ enjin penjana kuasa
Sebagai permulaan anda boleh membeli ‘genarator’ kecil untuk
memberikan lampu di kanopi anda untuk menerangi
aktiviti memasak mee goreng. Selain itu wayar, soket dan lampu elektrik
perlu dibeli bersama-sama untuk kelengkapan-kelengkapan ini.
Kuali periuk kawah dan periuk belanga
Jika anda benar-benar serius untuk memulakan perniagaan mee goreng
di pasar malam, sekurang-kurangnya sebiji kuali periuk kawah dan periuk belanga
perlu disediakan untuk digunakan memasak
dan tempat untuk menyimpan mee goreng
yang telah dimasak sebelum dimasukkan ke dalam bekas untuk menyimpan mee goreng
untuk pelanggan. Sudu berukuran besar,
garpu perlu disediakan untuk ketegori kelengkapan ini.
Meja lipat
Sediakan meja lipat yang sesuai dengan ukuran tapak anda berniaga
di pasar malam. Mungkin anda pelu menyediakan dua hingga tiga meja lipat yang
kukuh.
Tong gas dan gas stand untuk dapur gas outdoor
Sediakan sekurang-kurangnya satu atau dua biji gas untuk
persediaan untuk memasak. Selain itu, penyediaan kaki gas atau gas stand untuk
dapur gas outdoor amat sesuai untuk digunakan untuk perniagaan mee goreng di
pasar malam kerana bukan sahaja memudahkan anda memasak tetapi keselesaan anda
semasa memasak untuk pelanggan-pelanggan anda.
Kereta, van atau pickup
Kenderaan amat penting bagi memulakan perniagaan pasar malam
dan sebagai tempat untuk membawa dan menyimpan peralatan perniagaan pasar
malam. Van atau pickup amat sesuai untuk perniagaan mee goreng anda kerana
mampu memuatkan peralatan-peralatan perniagaan anda tanpa sebarang masalah
mengenai ruang yang sempit.
Kelengkapan Menu mee goreng
Apabila anda benar-benar ingin memulakan perniagaan mee
goreng di pasar malam, suda tentunya anda mempunyai kepakaran untuk memasak
menu ini. Plenyediaan kelengkapan ini adalah seperti mee kuning buatan tempatan, bawang putih dan
bawang merah, telur, daging ayam atau daging lembu, minyak masakan, sayuran
hijau, kicap manis, kicap masin, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, garam dan
ajinomoto. Ini adalah persediaan asas dan tentunya anda mempunyai menu yang
tersendiri untuk perniagaan ini.
Bekas polistrin, bekas plastik, kertas pembukus makanan dan
sudu plastik
Anda boleh memilih pembukus mee goreng untuk pelanggan anda
sama ada bekas polistrin, bekas plastik atau kertas pembukus makanan untuk
pelanggan anda. Sudu plastik juga perlu disediakan bagi melengkapi bungkusan
makanan untuk pelanggan.
Strategi menjual mee goreng di pasar malam
Pasar malam adalah tumpuan ramai orang pada waktu malam,
ramai peniaga pasar malam mengelarkan pasar malam adalah sebagai lubuk duit.
Baik, strategi untuk menjual mee goreng anda adalah seperti ini, sediakan awal segala
bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak agar mudah anda mengendalikan sewaktu
memasak.
Masak menu mee goreng dalam jumlah tertentu dan masukkan ke
dalam bekas polistrin untuk pelanggan yang memerlukan dengan cepat. Apabila
pelanggan semakin ramai memenuhi pasar malam, mulakan strategi dengan memasak
menu mee goreng anda dan pastikan anda memasak berdekatan dengan laluan
pelanggan dengan menggunakan gas stand
untuk dapur gas outdoor.
Apabila orang ramai yang lalu lalang melihat anda memasak
dengan menggunakan kuali kawah ditambahi dengan bau yang membuatkan mereka
lapar, orang ramai akan berpusu-pusu untuk mendapatkan mee goreng anda.
Untuk menarik pelanggan-pelanggan ini, kebersihan gerai,
kebersihan diri, dan rahsia mee goreng yang sedap adalah senjata utama untuk menjadikan
mee goreng anda popular dikalangan pelanggan anda. Untuk menjayakan misi ini,
sekurang-kurangnya anda mempunyai dua hingga tiga pembantu untuk menguruskan
perniagaan mee goreng di pasar malam. Selain itu penetapan harga bagi setiap
bungkusan mee goreng juga mempengaruhi pelanggan anda, anda boleh mengenakkan
setiap bungkusan mee goreng berharga RM4 ataupun sebaliknya tetapi pastikan
harga yang anda tetapkan tidak terlalu mahal kerana anda mesti mengingati harga
mee goreng dari pesaing anda yang mungkin mengenakan harga yang lebih murah
dari jualan anda.
Perniagaan mee goreng andalah perniagaan yang amat
menguntungkan jika anda melakukan strategi yang betul bagi menarik pelanggan di
pasar malam. Selain itu, perniagaan ini agak mudah diuruskan kerana anda hanya
tertumpu pada satu menu sahaja. Setiap daerah mempunyai pasar malam yang beroperasi setiap
hari. Anda harus menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin untuk
mengaut keuntungan hasil perniagaan anda. Moga tips ini bermanfaat kepada anda
dan semoga berjaya.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.