Tips Dapat Jawatan Kosong Terkini Swasta
Bagaimana mendapatkan jawatan kosong terkini di sektor swasta?
Tentunya selepas anda menghabiskan pengajian anda tidak kira di peringkat
sekolah menengah, kolej ataupun pengajian tinggi anda mesti berkira-kira untuk
mendapatkan pekerjaan dengan segera.
Pekerjaan yang memerlukan banyak jawatan kosong dengan segera kebanyakannya pekerjaan dari sektor swasta. Walau begitu pada zaman sekarang, terdapatnya banyak persaingan untuk mendapatkan pekerjaan hinggakan anda mesti memasang strategi yang betul agar anda mampu bersaing dengan individu-individu yang turut sama mencari pekerjaan seperti anda.
Pekerjaan yang memerlukan banyak jawatan kosong dengan segera kebanyakannya pekerjaan dari sektor swasta. Walau begitu pada zaman sekarang, terdapatnya banyak persaingan untuk mendapatkan pekerjaan hinggakan anda mesti memasang strategi yang betul agar anda mampu bersaing dengan individu-individu yang turut sama mencari pekerjaan seperti anda.
Strategi dan persediaan untuk memperolehi jawatan kosong yang terkini di sektor swasta
Tahukah anda, setiap hari di negara Malaysia sahaja,
terdapat beribu-ribu orang yang mencari pekerjaan di kawasan kilang-kilang,
supermarket, bahagian cari gali, perkapalan, dan banyak lagi. Hanya satu tujuan
sahaja, mereka memerlukan wang untuk menyara hidup sama seperti anda. Untuk
bersaing dengan individu yang mencari pekerjaan, berikut adalah tips dan
persediaan yang mungkin berguna kepada anda sebelum datang ke tempat yang
menawarkan jawatan kosong.
Ubah penampilan diri anda
Jika sebelum ini anda mempunyai gaya yang agak rock, rambut
yang mengikuti gaya-gaya artis barat, ubalah gaya rambut kepada rambut yang
kelihatan lebih kemas. Jika anda mewarnakan rambut anda dengan warna perang,
hitamkan semula kerana penampilan rambut yang kemas banyak membantu anda semasa
dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Setiap majikan memiliki etika kod
pemilihan individu yang bekerja di syrikat mereka termasuklah rambut anda.
Bagi kaum lelaki, jika anda memiliki subang di telinga, buka
lah subang tersebut, rantai-rantai di leher dan rantai-rantai perhiasan di
tangan kerana sesetengah majikan tidak menyukai anda berpewatakan seperti itu
dan mereka menganggap anda seperti samseng. Bagi kaum wanita pula, belajar lah
menjadikan rambut anda kelihatan kemas. Bagi kaum wanita muslim, pemilihan
tudung yang sesuai harus diberi perhatian.
Pilih pakaian-pakaian yang sesuai
Sebagai persediaan anda untuk datang temuduga, anda tidak
rugi untuk mengeluarkan sedikit wang untuk memilih pakaian-pakaian yang sesuai
bagi tujuan temuduga untuk mendapatkan kekosongan jawatan. Untuk kaum lelaki,
memilih pakaian seperti kemeja berlengan panjang, seluar slack dan juga kasut
hitam amat sesuai untuk pakaian temuduga. Bagi pekerjaan yang lebih profesional
seperti jawatan sebagai manager , pengurus, atau pekerjaan profesional lainnya,
pemilihan pakaian kot dan tali leher mungkin sesuatu idea yang baik.
Bagi wanita, pemilihan pakaian yang lebih kemas dan sopan
perlu diambil kira kerana pakaian yang sopan adalah kreteria yang amat diberi
perhatian bagi kebanyakan majikan untuk memilih calon pekerja bagi syarikat
mereka.
Dokumen, pen dan sijil-sijil yang berkaitan
Sediakan awal dokumen-dokumen, pen untuk menulis dan sijil-sijil yang berkaitan
seperti kelayakan-kelayakan anda, sijil mengenai kemahiran jika ada,
salinan-salinan sijil yang berkaitan, gambar berukuran passport dan yang paling
penting sekali adalah resume anda. Resume adalah satu profile ringkas mengenai
diri anda, pengajian, kemahiran, dan pengalaman dalam kerjaya. Setiap resume anda perlu dibuat sebaik mungkin. Anda boleh merujuk di mana-mana
internet atau kawan-kawan untuk membuat resume anda.
Iklan kekosongan jawatan di sektor swasta
Jika anda telah melakukan segala persediaan seperti yang
dinyatakan diatas, strategi seterusnya adalah melihat iklan-iklan yang
ditawarkan di mana-mana akhbar popular di Malaysia seperti Berita Harian,
Utusan, Sinar Harian dan banyak lagi. Selain itu anda boleh melihat melalui web
Jobstreet.com, jobsmalaysia.gov.my, mudah.com.my atau datang sendiri ke mana-mana kilang industri,
supermarket, pejabat-pejabat syarikat-syarikat swasta, hotel kerana sesetengah
mereka memerlukan pekerja tetapi masih belum mewar-warkan kekosongan jawatan
tersebut ke dalam surat khabar ataupun internet.
Bagi kekosongan jawatan yang ditawarkan di surat khabar,
anda perlu cepat untuk bertindak dengan sampai awal di tempat syarikat yang menawarkan jawatan tersebut
kerana tentunya ramai individu yang sama seperti anda menginginkan pekerjaan
tersebut. Sesetengah majikan, apabila mereka menemukan calon yang sesuai bagi
jawatan yang ditawarkan, iklan jawatan tersebut akan serta merta akan terbatal
dan tidak lagi menerima temuduga dari calon-calon yang lewat.
Kemudahan kereta atau sekurang-kurangnya anda mempunyai
motosikal untuk bersaing dengan individu lain untuk mendapatkan jawatan-jawatan
yang ditawarkan di dalam surat khabar dengan sampai awal di tempat syarikat
yang menawarkan kekosongan jawatan. Jika anda tidak mempunyai kenderaan, ia
tentunya agak bermasalah kepada diri anda dengan bersaing dengan orang lain
yang akan sampai lebih awal dengan anda.
Walau begitu jika
terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi, mungkin anda boleh
bergerak seawal mungkin untuk sampai di tempat yang menawarkan pekerjaan. Pastikan juga kawasan yang menawarkan
pekerjaan itu mudah untuk mendapatkan
bas kerana sekiranya anda diterima untuk berkerja anda tidak mempunyai masalah
untuk ke tempat kerja kerana adanya perkhidmatan bas.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Tips untuk berjaya temuduga
Sebelum anda menginginkan tawaran kekosongan jawatan yang
ditawarkan, anda mesti tahu mengenai pekerjaan yang ditawarkan, misalnya
mengenai jawatan kerani pejabat (admin clerk), asas-asas utama pekerjaan ini
adalah pengetahuan mengenai computer, asas-asas Microsoft exel, word, power
point, tahu menggunakan printer dan sebagainya. Jika anda tidak mengetahui
apa-apa tentang asas-asas ini, bagaimana anda berjaya dalam tawaran pekerjaan ini?
Tips yang paling mudah, walau apa pun kemahiran anda,
pililah jawatan yang menawarkan kekosongan jawatan sesuai mengikut kemahiran
anda atau sesuai mengikut kelayakan yang anda ada. Semasa proses temuduga
dilakukan, perkara yang paling penting jawaplah dengan yakin setiap soalan yang
disoal oleh penemuduga kepada anda. Jika anda tidak tahu soalan yang ditanya
kepada anda, jawablah dengan jujur, sekiranya anda tidak mengetahui mengenai soalan tersebut, kerana
majikan akan menyukai jawapan yang jujur.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.