Beli Kereta Tanpa Lesen Memandu?
Bagaimana cara beli kereta tanpa lesen memandu? Pertanyaan ini
sering ditanya oleh kebanyakan individu yang masih belum memiliki lesen kereta
tetapi pada yang sama mereka ini sebenarnya telah mahir memandu kereta.
Penulis faham mengapa anda masih gagal untuk mendapatkan lesen memandu kerana anda merasakan prosuder yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan lesen agak merumitkan anda ditambahi dengan masa anda yang terhad untuk mengikuti kelas-kelas memandu yang wajib anda hadirkan diri.

Dalam prosuder yang ada di Malaysia, membeli kereta tanpa
lesen agak sukar untuk dilaksanakan kerana prosuder pihak bank mewajibkan
mana-mana individu yang melakukan loan atau pinjaman kereta mesti memiliki
lesen memandu.
Kenapa pihak bank mewajibkan lesen memandu? Sebagai pengetahuan anda, pihak bank sebenarnya harus memastikan peminjam-peminjam sewa beli kenderaan dengan mereka mesti memiliki lesen memandu bagi menjamin mereka tidak akan mengalami kerugian sekiranya terjadi kemalangan.

Semasa anda membeli kereta baru atau kereta terpakai, lesen memandu adalah
perkara yang paling penting sebagai syarat wajib. Sekiranya anda tidak memiliki
lesen, sudah tentunya permohonan anda untuk membeli kereta tidak akan
diluluskan oleh pihak bank.
Jika anda benar-benar ingin membeli kereta tanpa lesen, anda
masih boleh melakukannya dengan cara membeli kereta tersebut dengan secara cash
atau tunai dengan melakukan bayaran keseluruhan harga kereta tanpa hutang lagi.
Tetapi yang akan menjadi masalahnya apabila anda ingin melakukan pembelian
insuran keatas kereta anda dan pada masa yang sama, kereta yang anda telah beli
sukar untuk melakukan proses tukar nama pada geran.
Walaupun sesetengah ejen mengatakan mereka boleh membantu
anda menyelesaikan masalah ini, perkara yang akan menjadi masalah nanti apabila
sekiranya anda akan melakukan tuntutan insuran misalnya, tuntutan insuran
kemalangan. Pihak insuran mempunyai hak menolak tuntutan anda kerana anda tidak
memiliki lesen memandu.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.