Benarkah Cicak Tokek Berbisa
Artikel ini memberi penerangan mengenai benarkah cicak tokek
berbisa berdasarkan teori-teori asas mengenai binatang liar ini. Mungkin anda
harus merujuk sepenuhnya kepada pihak hidupan liar ataupun doktor jika anda ingin mengetahui
secara lebih lanjut mengenai haiwan liar ini. Cicak tokek atau dikenali oleh
sesetengat tempat sebagai cicak Pokey ataupun Tokey.
Dalam bahasa inggeris cicak ini dikenali sebagai gecko lizard dan tidak dinafikan cicak ini amat digemari oleh masyarakat barat sebagai haiwan peliharaan mereka dan bagi masyarakat asia tenggara, cicak ini amat popular beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan sesetengah individu mengatakan haiwan ini memiliki harga yang amat mahal kerana ia dikatakan mampu mengubat beberapa penyakit yang merbahaya.

Pendapat-pendapat mengenai cicak Tokek
Sesetengah masyarakat di asia tenggara terutama Malaysia
mengatakan haiwan ini mempunyai bisa yang setanding dengan ular tedung?
Benarkah begitu? Sukar untuk mengetahui adakah haiwan ini berbisa atau sebaliknya kerana belum ada kajian lebih mendalam tentang itu tetapi menurut kepercayaan orang tua-itua di Malaysia, pada zaman dahulu kononnya seekor cicak tokek yang berukuran yang besar telah bertembung dengan seekor ular tedung dan terjadilah perkelahian diantara kedua-dua haiwan ini. Diakhir perkelahian ini, dikatakan ular tedung telah mati akibat bisa gigitan cicak tokek.
Akibat cerita mitos ini, ramai diantara masyarakat takut
untuk menyentuh binatang ini walaupun sesetengah dari mereka berani untuk
menangkap haiwan ini tetapi mereka masih tidak berani memegang dengan
menggunakan tangan. Baik jika anda melihat video-video di Youtube di Negara barat,
haiwan ini dijadikan sebagai haiwan peliharaan dan dijadikan sebagai haiwan
mainan mereka sehari-hari hinggakan ada diantara mereka bertindak memeluk
binatang ini.
Benarkah begitu? Sukar untuk mengetahui adakah haiwan ini berbisa atau sebaliknya kerana belum ada kajian lebih mendalam tentang itu tetapi menurut kepercayaan orang tua-itua di Malaysia, pada zaman dahulu kononnya seekor cicak tokek yang berukuran yang besar telah bertembung dengan seekor ular tedung dan terjadilah perkelahian diantara kedua-dua haiwan ini. Diakhir perkelahian ini, dikatakan ular tedung telah mati akibat bisa gigitan cicak tokek.
![]() |
| Credit: geckotime |
Cicak Tokek dianggap tidak merbahaya di Barat
Persoalannya, kenapa haiwan ini dianggap tidak berbisa di Negara
barat? Di Malaysia pula dianggap sebagai haiwan yang berbisa. Jika kita melihat
kajian-kajian menerusi carian di internet masih terdapat beberapa jenis cicak
yang berbisa tetapi bukannya cicak tokek tetapi agak menyerupai cicak Tokek
misalnya Gila Monster yang mana haiwan ini dianggap sebagai berbisa tetapi
masih tidak merbahaya kepada manusia. Gila Monster adalah sejenis
cicak yang hanya ditemui di barat daya
Amerika Syarikat dan Mexico.
Terdapat cicak yang digelar sebagai Beaded lizard
yang hanya ditemui di Mexico dan sempadan Guatemala dimana cicak ini juga agak
menyerupai dengan cicak tokek tetapi masih belum terdapat kes manusia yang
dicederakan oleh cicak jenis ini. Jika anda melihat video yang di upload di Youtube dari negara Thailand yang mana cicak tokek telah bertembung dengan seekor ular hijau yang tidak berbisa menunjukkan kesudahan cicak Tokek telah dimakan hidup-hidup oleh haiwan ini. Video tersebut telah menyangkal bahawa haiwan ini memiliki bisa berdasarkan apa yang berlaku menerusi video tersebut.
Jika anda melihat gigi pada cicak Tokek, ia hanyalah gigi yang kelihatan halus dan jika ia mengigit manusia, mungkin hanya terdapat sedikit kecederaan yang tidak serius bagi manusia dewasa. Mengikut rekod di Malaysia, masih belum terdapat mana-mana kes yang mengakibatkan kecederaan serius melibatkan haiwan ini apatah lagi melibatkan kematian. Walau begitu, gigitan cicak ini mungkin agak merbahaya bagi kanak-kanak kerana ia adalah cicak yang berukuran yang besar. Selain itu dikhuatiri gigitan cicak ini mengandungi bakteria yag memungkinkan jangkitan yang lebih serius.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.