Beza Madu Asli Dan Tiruan
Apakah beza madu asli dan tiruan? Pertanyaan ini sering
menjadi persoalan bagi kebanyakan orang
dan ramai yang telah tertipu disebabkan membeli madu tiruan dari individu yang
tidak bertanggungjawab dengan mengatakan ianya madu asli.
Sebenarnya, madu asli memiliki harga yang amat mahal kerana manfaat madu asli yang digunakan sebagai masakan, rawatan bagi kesihatan, penyakit dan penurunan berat badan. Selain itu juga madu asli amat kaya dengan sumber mineral yang tertentu umpamanya vitamin dan mineral serta keupayaannya sebagai anti kulat dan anti radang.
Sebenarnya, madu asli memiliki harga yang amat mahal kerana manfaat madu asli yang digunakan sebagai masakan, rawatan bagi kesihatan, penyakit dan penurunan berat badan. Selain itu juga madu asli amat kaya dengan sumber mineral yang tertentu umpamanya vitamin dan mineral serta keupayaannya sebagai anti kulat dan anti radang.
Jika anda perhatikan, madu tiruan dicipta sebagai satu jalan
atau altenatif bagi madu yang mampu milik atau erti kata lain madu yang kurang
mahal, umpamanya, jika anda mengunjungi mana-mana pasar raya, madu yang dijual
untuk masakan amat murah kerana madu tersebut telah dicampur dengan bahan-bahan
tertentu.
Kategori madu ini terbahagi kepada madu asli, madu kurang asli, dan madu tiruan. Maksudnya disini, madu kurang asli adalah madu yang tidak tulen yang mana madu asli ini telah dicampur dengan bahan-bahan tertentu misalnya mengandungi kandungan gula .
Kategori madu ini terbahagi kepada madu asli, madu kurang asli, dan madu tiruan. Maksudnya disini, madu kurang asli adalah madu yang tidak tulen yang mana madu asli ini telah dicampur dengan bahan-bahan tertentu misalnya mengandungi kandungan gula .
Bagi madu tiruan pula, madu ini diperbuat menerusi sirap jagung
atau pun gula serta dicampur dengan bahan-bahan lain seperti bahan pengawet dan
bahan pewarna tertentu. Menjadi mimpi ngeri bagi anda jika anda benar-benar
ingin mencari madu asli tetapi memperolehi madu tiruan. Bagi mengelakkan anda
tidak tertipu untuk membeli madu tiruan, berikut beberapa tips yang mungkin
berguna bagi anda untuk mengenalpasti madu asli atau madu tiruan.
Cara membezakan madu asli dan madu tiruan
- Letakkan sedikit madu di jari telunjuk anda dan dengan bantuan menggunakan ibu jari anda picit madu tersebut hingga anda merasakan kelicinan madu tersebut. Madu asli mempunyai teksur yang amat baik dan tidak akan melekit, jika anda merasakan ianya melekit, madu tersebut mengandungi gula dan pemanis.
- Cuba anda sediakan sehelai kertas tisu ataupun sehelai kertas putih, letakkan diatas meja dan cuba titiskan sedikit madu pada tisu atau kertas putih tersebut. Jika madu itu benar-benar asli, titisan madu tidak akan menyebabkan kebocoran pada tisu atau kertas dalam tempoh yang lama kerana madu asli tidak mengandungi air. Selalunya, jika madu itu adalah madu tiruan anda akan melihat kebocoran pada tisu atau kertas yang diletakkan titisan madu itu tadi kerana madu tiruan mengandungi air.
- Jika anda melihat kawanan semut di rumah anda, cuba letakkan setitis madu berhampiran kawanan semut itu tadi. Sekiranya madu itu benar-benar asli, semut tidak akan menjumpai atau menyentuh madu itu kerana madu yang asli diperolehi dari manisan bunga-bungaan dan beberapa bahan yang tertentu bagi melindungi dari serangan semut , parasite dan kulat.
- Letakkan sedikit madu di atas pinggan plastic, masukkan pinggan yang mengandungi madu di peti sejuk anda di rumah. Madu yang benar-benar asli tidak akan membeku kerana tidak mengandungi kandungan air melainkan ianya adalah madu tiruan yang akan membeku kerana mengandungi gula dan air.
- Sediakan sebiji gelas dan masukkan air putih separuh dari gelas tersebut. Langkah seterusnya adalah, anda harus memasukan sedikit titisan madu ke dalam gelas. Cuba anda goyangkan gelas itu secara perlahan-lahan dan anda akan mendapati sekiranya ianya madu asli, titisan madu di dalam air pada gelas tidak akan mencair tetapi akan menjadi satu tompokan kecil yang tidak becerai dari tompokan tersebut. Madu tiruan akan menyebabkan titisan madu pada gelas akan mencair kerana diperbuat dari bahan gula, air dan pewarna.
- Letak sedikit titisan madu di pinggan kaca dan cuba bakar dengan menggunakan batang macis. Madu asli akan segera terbakar kerana madu asli tidak mengandungi kandungan air dan manakala madu tiruan pula sukar untuk terbakar kerana kandungan air pada madu tiruan.
- Anda juga boleh melakukan cara menyapu madu keatas sepotong roti yang mana jika ianya madu asli, roti tersebut akan mengeras tetapi madu tiruan akan menyebabkan roti akan menjadi basah akibat kandungan air pada madu tiruan.
- Sediakan sebiji telur, pecahkan telur tersebut dan letakkan di atas pinggan dan kemudian ambil hanya kuning telur sahaja. Kuning telur itu harus dicampur dengan madu dan kacau dengan menggunakan garpu. Sekiranya ianya madu asli, anda akan mendapati telur tersebut seolah-olah kelihatan telah masak.
- Dengan hanya memerhatikan pada botol madu sahaja anda akan mengetahui ianya madu asli atau tiruan sebenarnya. Jika anda melihat dengan teliti, madu asli kelihatan seperti Kristal tetapi madu tiruan akan kelihatan seperti sirap.
- Letakkan sedikit titisan madu pada pinggan oven dan panaskan madu tersebut dengan menggunakan oven. Anda akan mendapati sekiranya madu asli melalui suhu yang amat tinggi, madu asli akan berbuih dan menghasilkan warna keperangan tetapi jika madu tiruan anda akan mendapati ianya berbuih tetapi tidak menghasilkan warna keperangan.
Amat sukar untuk mendapatkan madu asli di kawasan-kawasan
bandar pada masa kini, jika anda menginginkan madu yang benar-benar asli,
datang lah ke kampung-kampung kerana anda boleh mendapatkan madu yang
benar-benar asli di kawasan ini. Moga tips ini membantu anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.