Cara Memohon Kad Kredit Di Bank Malaysia
Bagaimana cara memohon kad kredit? Dengan kad kredit anda
boleh melakukan pembelian apa-apa barangan yang anda kehendaki di kedai-kedai
yang terpilih tanpa melakukan bayaran melalui wang tunai. Walau begitu
anda akan dikehendaki melakukan bayaran semula penggunaan kad kredit dalam
tempoh 25-30 hari kepada pihak bank.
Jika anda gagal melakukan bayaran, anda akan dikenakan faedah diatas apa yang anda pinjam kepada pihak bank. Artikel ini memberi gambaran awal apakah persedian-persedian yang perlu anda sediakan sebelum memohon kad kredit di mana-mana bank di Malaysia.
Jika anda gagal melakukan bayaran, anda akan dikenakan faedah diatas apa yang anda pinjam kepada pihak bank. Artikel ini memberi gambaran awal apakah persedian-persedian yang perlu anda sediakan sebelum memohon kad kredit di mana-mana bank di Malaysia.
Dokumen Persediaan Sebelum Memohon Kad Kredit
Sebelum anda ingin memohon kad kredit di mana-mana bank,
tentunya anda tertanya-tanya apakah persediaan yang perlu disediakan sebelum
datang di bank ini. Pada kebiasaanya syarat yang ditetapkan oleh pihak bank
adalah, anda haruslah memiliki pendapatan yang tetap, memiliki slip gaji,
bekerja di sektor swasta atau kerajaan dan tidak dibebani oleh hutang yang
melebihi dari kemampuan anda dan juga tidak bankrap@muflis. Berikut adalah
syarat asas yang perlu disediakan sebelum memohon kad kredit:-
- Slip gaji 3 bulan (Pendapatan melebihi RM2,000 sebulan)
- Copy kad pengenalan
![]() |
| Gambar hiasan |
Apabila anda telah menentukan bank bagi memohon kad kredit,
pergi ke kaunter khidmat pelanggan bagi bank tersebut dan selalunya anda
terpaksa mendapatkan nombor giliran terlebih dahulu dan sekiranya giliran anda
telah sampai, pergi ke kaunter tersebut dan serahkan dokumen yang diperlukan. Dalam
proses tersebut mereka akan menilai semula pendapatan sebenar anda, komitmen
kewangan anda seperti sewa rumah, kenderaan, bil air, dan hutang-hutang yang
lain. Sekiranya tapisan awal ini memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak
bank, anda akan dikehendaki mengisi borang permohonan kad kredit.
Apabila anda selesai melakukan permohonan kad kredit, pihak
bank akan menghantar permohonan anda ke pusat bahagian kad kredit dan mereka
akan memproses permohonan anda dalam beberapa minggu. Dalam proses tersebut
pusat kad kredit bagi bank tersebut akan menilai semula pendapatan sebenar anda
dan adakalanya mereka akan menghubungi keluarga terdekat anda dan juga pejabat
tempat anda bekerja bagi memastikan anda benar-benar bekerja di tempat yang
anda nyatakan di dalam borang permohonan serta adakah benar gaji anda seperti
yang tertera di dalam slip gaji.
Sekiranya permohonan anda diluluskan, pihak bank akan
menghubungi anda semula dan akan
menghantar kad kredit di alamat kediaman
anda. Apabila anda telah menerima kad kredit tersebut anda perlu mengaktifkan
terlebih dahulu kad kredit dan barulah kad itu boleh digunakan. Cara untuk
mengaktifkan kad kredit bergantung kepada ketentuan bank masing-masing kerana
prosuder mereka tidak sama. Terdapat bank yang menghantar kad kredit kepada
pelanggan berserta nombor pin pengaktifan dan terdapat juga bank yang akan
menghantar kad kredit tanpa nombor pin pengaktifan. Sekiranya pelanggan
menerima kad kredit tersebut, pelanggan harus menghubungi pihak bank bagi
menghantar nombor pin pengaktifan.
Menggunakan kad kredit mempunyai kebaikan serta keburukan
masing-masing, anda harus mengawal sepenuhnya penggunaan kad kredit anda kerana
sekiranya penggunaan tanpa kawalan, anda akan dibebani hutang serta bayaran
faedah yang tinggi dari pihak bank. Tips paling penting dalam penggunaan yang
berhemah, gunakan kad kredit terhadap hal-hal yang penting sahaja misalnya untuk
mengisi minyak kereta, barang-barang keperluan di pasar raya, tiket penerbangan
dan hal-hal kecemasan.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.