Manfaat Susu Soya Untuk Ibu Mengandung
Saat yang paling indah di dalam hidup bagi ibu adalah
menyambut kelahiran si kecil setelah menjaga di dalam kandunga selama sembilan
bulan.
Memang saat itu adalah hari yang ditunggu-tunggu buat semua keluarga bagi mengalu-alukan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka. Tentunya anda sebagai ibu ingin mencari pemakanan yang baik kepada janin semasa dalam kandungan terutamanya minuman susu.
Memang saat itu adalah hari yang ditunggu-tunggu buat semua keluarga bagi mengalu-alukan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka. Tentunya anda sebagai ibu ingin mencari pemakanan yang baik kepada janin semasa dalam kandungan terutamanya minuman susu.
Antara minuman terbaik yang dicadangkan adalah susu soya
yang diperolehi dari kacang soya. Walau begitu adakah susu soya selamat diminum
oleh ibu yang mengandung? Susu soya dikatakan mengandungi sembilan asid amino
penting yang terhasil dari kandungan protein di dalam soya tersebut. Sungguhpun
demikian, pengambilan susu soya harus dikawal kerana masih terdapat kesan yang
tidak baik.
Manfaat kesihatan susu soya untuk ibu-ibu mengandung
Susu soya mengandungi banyak kandungan asid folik yang mana
mengandungi nutrient yang amat
diperlukan semasa semasa proses kehamilan. Tahukah anda setiap ibu mengandung
harus mengambil asid folik bagi mengoptimumkan perkembangan janin anda serta
mampu meningkatkan sel-sel saraf.
Kandungan sumber vitamin yang banyak didalam susu soya
seperti Vitamin B1,A dan juga E memenuhi keperluan janin di dalam kandungan.
Vitamin E mampu memberikan anda tenaga yang mencukupi bagi mengekalkan anda
sentiasa kekal sihat.
Susu soya mengandungi protein yang amat baik bagi organ yang
berbeza di dalam tubuh badan anda serta berupaya untuk membangunkan
perkembangan bayi dan juga organ-organnya. Antara susu soya yang terbaik dan
mengandungi lemak sayuran yang diperlukan oleh bayi semasa dalam peroses
kehamilan adalah seperti lysine,
threonine, isoleucine, arginine, dan juga glycine. Kandungan karbohidrat di dalam kandungan juga berupaya
memberikan tenaga yang baik bagi setiap ibu semasa dalam proses kehamilan.
Kesan negatif pengambilan susu soya
Apa yang diketahui susu soya ini mengandungi isoflavones
yang amat menyerupai dengan estrogen. Beberapa kajian-kajian yang dijalankan
keatas haiwan yang mengambil kandungan dos susu soya yang tinggi mendapati
terdapatnya perkembangan tumor serta mengalami kecacatan fizikal keatas bayi di
dalam kandungan.
Tidak semua ibu hamil sesuai meminum kacang soya kerana
mengikut rekod yang ada, terdapat wanita yang hamil mengalami sesak nafas,
muntah, pening kepala, ruam dan bengkak kerana pengambilan susu soya yang
banyak. Terdapat beberapa kes yang telah direkodkan tetapi ianya amat jarang
berlaku dimana pengambilan soya boleh menyebabkan anafilaksis.
Sebenarnya, masih belum terdapat mana-mana laporan yang dimuktamadkan bagi
pengambilan soya tidak baik untuk
kesihatan. Walaubegitu, anda disarankan untuk menghadkan pengambilan susu soya
kerana pengambilan soya yang berlebihan dalam diet setiap hari dikhuatiri bayi
anda mengalami kecacatan. Beberapa kajian juga mengatakan kandungan isoflavon yang
terdapat pada soya boleh menyebabkan migrin.
Apakah dos yang sesuai meminum soya untuk ibu mengandung?
Seperti yang anda ketahui, susu soya mengandungi banyak nutrient
yang berguna kepada anda serta kandungan anda. Disarankan supaya anda melakukan
pengambilan yang sederhana bagi mengelakkan kemudaratan kepada bayi dalam
kandungan anda. Pengambilan dalam anggaran empat hidangan setiap hari dikira
masih dalam keadaan terkawal dan selamat iaitu dalam anggaran segelas susu soya
jika anda tidak mengalami apa-apa alahan mengenai poengambilan susu ini.
Walaubagaimanapun anda disaran untuk meminta nasihat dari doktor
kerana semasa anda mengandung, keadaan sistem imun badan anda adalah lemah.
Dikhuatiri penggunaan yang salah akan menyebabkan penyakit bawaan dari diri
anda dan juga bayi tersebut.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.