Misteri Geliga Lipan dan Manfaatnya
Geliga lipan memiliki misteri dan memiliki keistemewaan yang
tersendiri hinggakan ramai individu yang
mengimpikan memiliki geliga ini. Dalam bahasa ingeris ia digelar sebagai centipede
stone atau centipede pearl yang mana geliga ini boleh diperolehi menerusi
haiwan berbisa iaitu lipan dan selalunya geliga ini dijumpai di bahagian mulut
haiwan tersebut.
Walau begitu, ianya amat sukar untuk ditemui dan hanya individu yang bernasib baik akan menemui geliga ini. Apakah keistemewaan geliga ini hinggakan raai yang mencari geliga ini? Baik berikut adalah beberapa manfaat yang dikatakan anda miliki sekiranya anda mempunyai geliga ini.
Walau begitu, ianya amat sukar untuk ditemui dan hanya individu yang bernasib baik akan menemui geliga ini. Apakah keistemewaan geliga ini hinggakan raai yang mencari geliga ini? Baik berikut adalah beberapa manfaat yang dikatakan anda miliki sekiranya anda mempunyai geliga ini.
Geliga lipan mampu melihat menembusi dinding
Menurut bagi pencari geliga
ini, dikatakan sesiapa yang memiliki geliga lipan asli mampu melihat alam ghaib
serta berkeupayaan melihat hingga menembusi dinding dengan melalui
ritual-ritual tertentu dengan meletakkan geliga tersebut pada bahagian bawah
lidah anda. Ada diantara mereka percaya memiliki geliga ini mampu menjadikan
mereka menjadi kebal dengan sebarang senjata tajam serta berkeupayaan untuk menjadi
halimunan. Sukar untuk mengesahkan kesahihan
cerita ini kerana saya sendiri belum mencuba hal tersebut.
Digunakan sebagai Perjudian
Geliga lipan juga dianggap sebagai geliga yang membawah
tuah, lambang kepada kekayaan dan paling popular sekali adalah dikatakan
memberi nasib yang baik kepada permainan yang berisiko seperti perjudian.
Dikatakan sekiranya anda bermain judi poker, anda mampu melihat hingga
menembusi kad pihak lawan atau
sesetengah orang mengatakan anda mampu meramal apakah kad pada pihak lawan
hingga anda memenangi perjudian tersebut.
Mampu mengubati pelbagai penyakit
Para pencari geliga ini juga percaya, geliga ini mampu
mengubati pelbagai penyakit tertentu dan juga penyakit misteri misalnya
penyakit berpunca dari ilmu hitam.
Sesetengah orang terutamanya bomoh yang
merawat bagi rawatan kebatinan memiliki
geliga ini bagi merawat pesakit mereka.
Cara mengenalpasti keaslian geliga lipan
Bagi mereka yang berpengalaman dan berpeluang untuk
memperolehi geliga lipan yang asli mengatakan, geliga lipan yang asli adalah
berwarna kemerahan dan hanya bersaiz sekecil sebutir beras. Sekiranya anda
meletakkan geliga tersebut pada bahagian tapak tangan anda dan menutup dengan
tapak tangan yang satu lagi, anda akan merasa denyutan disebabkan tenaga yang
ada pada geliga tersebut. Adakalanya anda akan merasakan tenaga tersebut
mengalir hingga ke lengan anda.
Penipuan penjualan mutiara lipan palsu
Apa yang diketahui, geliga ini amat sukar untuk ditemui
kerana selalunya geliga ini ditemukan pada mulut atau di bahagian badan lipan
yang telah pun mati, mungkin dalam seribu orang hanya seorang sahaja yang berhasil
menemukan geliga ini. Apa yang dilihat sekarang, ramai yang menjual geliga
lipan yang mana mereka mendakwa ianya geliga asli dan agak meragukan ada
diantara mereka yang menjual geliga lipan dengan secara online.
Sekiranya seseorang yang mendakwa memiliki geliga lipan yang
asli, pastikan ianya benar-benar asli kerana ramai yang cuba menipu dengan
menggunakan kaca, plastic, bijiran silica, batu dan sebagainya. Mereka sanggup
melakukan hal ini kerana tawaran harga
yang tinggi dari pembeli.
Pengalaman bertemu geliga lipan
Beberapa tahun lepas, seorang penjual ubat di kota raya Kota
Kinabalu telah mendakwa memiliki geliga lipan yang disimpannya di sebuah uncang
yang berwarna kuning bersama-sama dengan kapas yang berwarna putih. Apa yang
saya perhatikan geliga tersebut adalah berwarna merah dan berjumlah sebanyak
dua butir. Saya tidak mengesahkan ianya benar-benar asli kerana tidak
berkesempatan untuk memegangnya kerana pelanggan yang terlalu ramai pada masa
itu.
Cerita mengenai geliga lipan
Saya mempunyai seorang rakan yang menceritakan pengalamannya
pernah bertemu dengan lipan serta ulat gonggok berkaki merah di dalam hutan
yang mana kedua-dua haiwan ini berkelahi bagi merebut sebutir geliga kecil yang
berwarna merah. Apa yang menghampakan, geliga tersebut telah terpelanting
semasa rakan saya cuba mengambil dengan menggunakan ranting kayu semasa geliga
itu berada diantara kedua-dua lipan dan gonggok yang berkelahi. Rakan saya
mengatakan, dia cuba mencari semula geliga tersebut tetapi gagal ditemukan.


Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.