Misteri Taring Babi Tunggal
Babi tunggal adalah seekor babi hutan jantan yang hidup liar
di hutan belantara. Dikatakan menurut kepercayaan orang-orang terdahulu dan
juga pengamal ilmu mistik, taring babi tunggal ini memiliki nilai mistik yang
amat ampuh hinggakan dicari-cari oleh ramai pengamal ilmu kebatinan.
Walaubegitu, taring ini amat jarang serta sukar untuk ditemukan kerana babi tunggal ini hidup secara sendirian di hutan rimba serta tidak bergaul dengan kawanan babi yang lain, ia hanya ditemukan bersama kawanan babi lain apabila tiba musim mengawan sahaja.

Cara mengenal pasti babi tunggal
Babi tunggal memiliki bentuk badan yang amat besar sekali berbanding
dengan babi jantan yang lain serta memiliki beberapa taring yang melengkung ke
belakang dan taringnya amat tajam menghala ke depan bagi taring yang belum
matang sepenuhnya.
Babi tunggal ini bergerak secara sendirian untuk mencari makanan di dalam hutan dan amat agresif sekali apabila bertembung dengan manusia dan berkeupayaan untuk membunuh apabila dicederakan.
Babi tunggal ini bergerak secara sendirian untuk mencari makanan di dalam hutan dan amat agresif sekali apabila bertembung dengan manusia dan berkeupayaan untuk membunuh apabila dicederakan.
![]() |
| Taring Babi Tunggal |
Manfaat taring babi tunggal
Taring babi tunggal amat dicari-cari oleh golongan-golongan
tertentu kerana ia berkeupayaan untuk
menangkis serangan dari ilmu hitam. Pada masa dahulu, kaum Dayak Kalimantan
Indonesia menggunakan taring babi tunggal yang dibacakan dengan mantera serta dipakaikan di kedua-dua lengan kerana
ia dipercayai memberikan tubuh si pemakai kebal dari sebarang senjata tajam.
Selain itu sekiranya seseorang yang menggunakan taring babi
tunggal sukar terkena dengan ilmu sihir kerana dikatakan segala ilmu sihir atau
ilmu hitam tidak akan lut atau tidak berkesan dengan si pemakai taring babi
tunggal.
Bagi mengenal pasti taring babi tunggal yang memiliki nilai
mistik yang ampuh, dikatakan taring tersebut haruslah bertemu diantara satu
dengan lain. Maksudnya disini, hujung taring tersebut telah bertembung dengan
pangkal taring itu sendiri dan kelihatan membentuk seperti sebuah gelang.
Cerita benar si pemakai taring babi tunggal
Seorang rakan penulis sendiri menceritakan beberapa tahun
yang lepas dia memiliki taring babi tunggal yang sentiasa dibawa ke mana
sahaja. Satu hari di sebuah pasar minggu, dia telah melihat pertunjukkan jurus
menggunakan tangan oleh seorang penjual
ubat yang mana gelas kaca yang dijadikan sebagai objek jurus penumbuk telah
pecah berkecai dengan hanya sekali tumbukan angin sahaja.
Rakan penulis menceritakan, semasa dia melihat-lihat penjual
ubat tersebut untuk mempromosikan ubat yang dijualnya, penjual ubat tersebut
memulakan aksi pertunjukan yang seterusnya dengan melakukan jurus tangan keatas
sebuah gelas kaca yang berada benar-benar di hadapan rakan penulis.
Apabila melihat rakan penulis tidak berganjak dari tempat dia berdiri, penjual ubat tersebut mengarahkan rakan penulis untuk beralih ke tepi kerana impak dari jurus tangan amat kuat dan bahaya.
Apabila melihat rakan penulis tidak berganjak dari tempat dia berdiri, penjual ubat tersebut mengarahkan rakan penulis untuk beralih ke tepi kerana impak dari jurus tangan amat kuat dan bahaya.
Pada masa itu rakan penulis telah mengetahui keampuhan
taring babi tunggal yang dipakainya dan
ingin mencuba sejauh mana keberkesanan taring babi tunggal tersebut apabila
berhadapan dengan jurus tangan.
Disebabkan rakan penulis enggan berganjak, si penjual ubat telah melakukan jurus tangan bagi memecahkan gelas tersebut tetapi ilmu jurus tangannya tidak lagi menjadi walaupun beberapa kali telah mencubanya. Si penjual ubat yang memiliki ilmu kebatinan jurus tangan telah mengatakan rakan penulis memiliki ilmu penangkis tetapi dinafikan oleh rakan penulis.

Penjual ubat mengatakan kepada rakan penulis, sekiranya
rakan penulis tidak memberitahu apakah penangkis yang dipakai olehnya, ia akan
hilang dalam seminggu. Kerana tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh penjual
ubat itu, sekembalinya di kediamannya, rakan penulis telah menyimpan taring
babi tunggal di sebuah peti yang berkunci.
Seminggu kemudian, rakan penulis telah membuka semula peti dimana ia menyimpan taring tersebut, yang menghairankan taring tersebut telah tiada lagi di dalam peti tersebut sedangkan hanya dia sahaja yang memegang kunci peti itu.

Siapa yg berminat dgn benda nie?boleh bincang tpi tidak mo org tgh,pembeli sendiri yg kena tgk sendiri...pm whatsup 0134142491
ReplyDelete