No Next Labuan Group Paling Popular Di Sabah?
No next Labuan? Bagi sesetengah dari anda mungkin tidak
mengetahui apakah no next Labuan itu. Baik, no next Labuan adalah satu group
facebook tertutup yang amat popular
sekali di pulau Labuan hinggakan pada masa artikel ini ditulis, ahli bagi group
ini telah mencecah 77,657 ahli.
Sebelum ini juga admin pernah menulis mengenai group ini di dalam bahasa inggeris tetapi menulisnya semula dalam bahasa Melayu sebagai pemahaman mudah kepada pembaca yang rata-rata berasal dari Malaysia.
Sebelum ini juga admin pernah menulis mengenai group ini di dalam bahasa inggeris tetapi menulisnya semula dalam bahasa Melayu sebagai pemahaman mudah kepada pembaca yang rata-rata berasal dari Malaysia.
Penulisan ini mungkin serba sedikit mempromosikan group ini
tetapi admin tidak memperolehi apa-apa bayaran mengenai artikel ini tetapi
hanya sebagai pengetahuan anda semua sahaja. Baik, melalui pemerhatian penulis,
group ini ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Fizan Zainie dan pertambahan bilangan
ahli ini telah bertambah setiap hari menjadikan sebagai group yang paling ramai
ahli di Wilayah Perseketuan Labuan.
Walaupun group ini bukanlah satu group facebook yang paling
ramai ahli di Sabah, tetapi group ini antara yang paling ramai ahli yang mana
rata-rata ahli ini terdiri dari penduduk negeri Sabah dan Labuan. Group ini
juga mempunyai ahli yang berasal dari negeri-negeri Semenanjung, Sarawak dan
sedikit dari Negara Brunei.
Apa yang istemewa mengenai group no next Labuan ini?
Sebenarnya, group ini adalah group berjual beli mengenai apa sahaja seperti,
gadget telefon, computer, rumah sewa,tanah untuk disewa dan dijual, kereta dan
motor dijual, menu-menu istemewa, peralatan elektrik, dan macam-macam hal lagi
yang dibincangkan di dalam group ini. Bagi pandangan admin, group ini sebagai
medan membeli-belah secara online, perbincangan mengenai isu-isu di dalam
Labuan khususnya bagi golongan warga Labuan itu sendiri.
Pada asalnya group ini dikatakan sebagai group untuk kereta di
Labuan tetapi kerana pertambahan bilangan ahli yang mendadak, menjadikan ahli
ini sebagai group menjual apa sahaja. Apabila melihat peluang ini, ramai
pendudukyang tinggal di Pulau ini
mengambil tindakan berani dengan mendapatkan barangan seperti pakaian
kanak-kanak, gadget dan asesori telefon melalui harga borong dan menjual secara
dalam talian di group no next.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.