Roh Arwah Balik Rumah Selepas 3 Hari Kematian
Masyarakat nusantara mempunyai banyak cerita mistik dan
seram yang masih diperturunkan dari satu genarasi-ke satu gearasi yang lain.
Antara kepercayaan yang paling popular adalah mengenai roh si mati atau roh
arwah yang akan datang ke rumah selepas beberapa hari kematiannya.
Kerana kepercayaan ini, ramai individu yang merasa takut pada waktu malam semasa kematian orang yang dikenali. Saya mempunyai rakan yang telah mencuba sendiri adakah benar roh arwah akan balik ke rumah selepas kematian ibunya. Cerita ini adalah diyakini benar kerana yang mengalami situasi tersebut terdapat beberapa orang. Saya tidak menyebutkan nama rakan saya itu bagi menjaga privasi dirinya.
Kerana kepercayaan ini, ramai individu yang merasa takut pada waktu malam semasa kematian orang yang dikenali. Saya mempunyai rakan yang telah mencuba sendiri adakah benar roh arwah akan balik ke rumah selepas kematian ibunya. Cerita ini adalah diyakini benar kerana yang mengalami situasi tersebut terdapat beberapa orang. Saya tidak menyebutkan nama rakan saya itu bagi menjaga privasi dirinya.
3 hari selepas kematian arwah
Menurut rakan saya, selepas kematian arwah ibunya yang ke 3 hari dan dikuburkan di sebuah
kampung mereka di pedalaman Sabah. Kebanyakan saudara-saudara yang lain telah mula
meninggalkan rumah rakan saya itu dan hanya yang tinggal di rumahnya hanyalah dua orang kakaknya, isteri serta
ayahnya yang telah tua. Rakan saya menceritakan, selepas hari ketiga apabila
saudara-saudara yang lain telah meninggalkan rumah mereka, terasa teramat sunyi
dan pilu sekali kerana dia masih terkenangkan arwah ibunya yang telah pergi.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Selepas mereka menikmati makan pada waktu malam, rakan saya
telah pergi berehat di ruang tamu di tingkat satu bersama-saman dengan keluarga
mereka yang lain sambil bercerita mengenai hal-hal keluarga. Kerana asyik
bercerita, jam di dinding ruang tamu telah menunjukkan 1040 malam. Pada masa
itu rakan saya telah mengatakan kepada kedua-dua kakaknya mengenai idea roh
arwah akan balik ke rumah selepas
kematiannya pada hari ketiga.
Pada mulanya, idea ini dibantah oleh salah seorang kakaknya
tetapi akur dengan kehendak rakan saya yang ingin mencuba adakah benar mengenai
kepercayaan tersebut. Oleh kerana kakak-kakaknya telah bersetuju, anggaran jam
1050 malam, mereka telah menutup kesemua lampu di dalam rumah menyebabkan
keadaan rumah mereka menjadi gelap gelita dan mereka tidak dibenarkan bercerita langsung dan duduk secara senyap di
kawasan ruang tamu itu tadi.
Bunyi pelik di kawasan dapur
Suasana gelap pada masa itu amat sunyi sekali kerana
ditambahi kedudukan rumah mereka berhampiran dengan hutan. Rakan saya menceritakan, semasa dia sedang
menghisap rokok daun, tiba-tiba kedengaran pintu di bahagian dapur telah dibuka
dan ditutup semula. Hal ini didengari oleh kedua-dua kakaknya serta juga
isterinya. Pada masa itu rakan saya menyangkakan mungkin terdapat anjing liar
yang memasuki melalui pintu dapur kerana mungkin pintu dapur itu lupa ditutup.
Melalui beranda berhampiran ruang tamu, rakan saya telah
menyuluh dengan menggunakan lampu picit terus ke pintu dapur tetapi pintu dapur
dalam keadaan yang berkunci dan telah memaklumkan hal itu kepada kedua-dua
kakaknya. Melihat pintu dapur dalam keadaan berkunci, dia segera duduk semula ke
ruang tamu dan mendiamkan diri. Anggaran dalam 15 minit kemudian, mereka
mendengar pula air pada singki telah dibuka. Rakan saya mengatakan kepada kedua-dua
kakaknya adakah pili air telah ditutup kerana jelas kedengaran air mengalir di
singki di bahagian dapur.
Kakaknya mengatakan, pili air telah ditutup selepas mereka
menikmati makan malam. Kerana merasa
pelik dengan hal tersebut, rakan saya
telah menyuluh dengan lampu picit pada bahagian singki yang boleh dilihat
menerusi beranda rumah. Agak menghairankan kerana air pada singki tidak mengalir
dan tidak kedengaran lagi bunyi air di singki tersebut.
Rakan saya kemudian
duduk semula di ruang tamu dan menyalahkan rokok daunnya semula. Dalam anggaran
20 minit kemudian, tiba-tiba kedengaran kuali dan pinggan mangkuk berbunyi di
kawasan dapur, kerana risaukan kucing yang ingin mencuri makanan, rakan saya
segera menyuluh dengan lampu suluh terus ke dapur tetapi dia melihat, kuali
yang menempatkan makanan masih dalam keadaan baik dan tidak terusik. Pada masa
itu, mereka merasakan terdapat sesuatu
yang telah datang ke rumah mereka berdasarkan peristiwa pelik yang
mereka alami.
Walau begitu mereka tetap mendiamkan diri semula di ruang
tamu dan menunggu apakah yang terjadi seterusnya. Dalam anggaran 5 minit sahaja
selepas kuali dan pinggan mangkuk berbunyi di bahagian dapur, tiba-tiba
kedengaran bunyi orang berjalan di lantai papan di kawasan dapur tetapi
berhampiran dengan ruang tamu dan yang paling mengejutkan sekali terdapat
erangan kesakitan yang sama seperti suara arwah ibu mereka semasa mengalami
kesakitan akibat penyakit di masa hidupnya.
Kerana terkejut dengan hal itu, rakan saya segera memasang
lampu suluhnya dan mengarahkan terus kearah bunyi itu tadi. Apa yang
menghairankan, mereka tidak menjumpai sesiapa pun di kawasan itu. Kerana tidak
menemui apa-apa, mereka mendiamkan diri semula di ruang tamu. Dalam anggaran 30
minit kemudian, pada masa itu rakan saya mengatakan dia terasa amat mengantuk
sekali tetapi dikejutkan oleh dua orang kakaknya kerana kedengaran bunyi orang
berjalan di bahagian dapur menghala ke ruang tamu.
Pada masa itu mereka hanya mendiamkan diri dan kedengaran
bunyi suara erangan kesakitan seperti suara arwah ibu mereka dan kedengaran
seperti berjalan menaiki tangga ke ruang tamu tempat mereka duduk. Apabia suara
erangan menghampiri pintu ruang tamu, tiba-tiba salah seorang kakaknya telah
menangis teresak-esak kerana ia adalah suara arwah ibu mereka yang mana
kedengaran amat jelas sekali.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.