Rumah Untuk Disewa Di Pulau Labuan Terlalu Mahal?
Penulis tertarik untuk menulis mengenai rumah sewa di Labuan
yang mana telah menjadi rungutan bagi kebanyakan penduduk yang berhijrah di
pulau ini untuk mendapatkan pekerjaan kerana kadar sewa yang terlalu mahal.
Benarkah kenyataan ini? Penulis menetap di pulau Labuan pada tahun 2012 dan sebelum ini menetap di negeri pantai timur Semenanjung dalam anggaran sepuluh tahun.
Benarkah kenyataan ini? Penulis menetap di pulau Labuan pada tahun 2012 dan sebelum ini menetap di negeri pantai timur Semenanjung dalam anggaran sepuluh tahun.
Sebelum berhijrah di Labuan, penulis cuba melakukan carian
di internet mengenai kadar rumah sewa di pulau ini. Apa yang penulis dapati
kadar sewa bulanan rumah pada tahun 2012 di kawasan blok M perumahan Mutiara telah berharga RM 7,00 sebulan.
Keluasan rumah bagi perumahan blok ini memiliki tiga bilik, dua tandas dan satu bilik stor. Manakala perumahan Mutiara bagi Blok L pula, keluasan rumah ini agak sempit sedikit dan kadar sewa pada masa itu dalam anggaran RM 6,00 hingga RM 7,00 sebulan.

Bagi rumah sewa di kawasan perumahan rumah teres yang baru
dibina, anggaran sewa yang dikenakan dalam anggaran RM1,500 keatas dan rumah
teres semi D pula, ianya dalam anggaran
RM 1,800 hingga RM2,500. Bagi rumah banglow pula, kadar sewa yang dikenakan
dalam anggaran RM 5,000 keatas. Pada masa itu penulis telah merasakan kadar
rumah sewa di pulau ini agak mahal berbanding dengan negeri-negeri lain.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Setiap tahun, kadar sewa rumah di pulau ini meningkat dan pada
tahun 2016 di kawasan perumahan Taman mutiara bagi Blok M sahaja, kadar sewa
dalam anggaran RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.
Kebanyakan perumahan dan apartment di kawasan pulau ini dimiliki oleh individu persendirian dan mereka telah menaikkan kadar sewa rumah tanpa kawalan kerana permintaan rumah sewa yang tinggi dari pekerja cari gali (offshore) di pulau ini ditambahi pula dengan kediaman yang terhad.

Kerana kediaman di pulau ini agak terhad, orang ramai
terpaksa menyewa rumah di pulau ini
walaupun dikenakan kadar sewaan yang mahal. Sebenarnya masih terdapat rumah
yang agak murah di pulau ini iaitu dimiliki dan dikawal selia oleh pihak Perbadanan
Labuan tetapi ianya mengikut pengiliran.
Apa yang penulis dapati, rumah-rumah sewa yang disewakan
oleh penduduk di kawasan-kawasan kampung di sekitar pulau ini agak murah
berbanding dengan kawasan taman perumahan tetapi rumah yang disewakan amat
sukar untuk diperolehi kerana hanya golongan-golongan yang tertentu sahaja yang
mengetahui rumah untuk disewakan di kawasan ini.
Bagi anda yang berkira-kira untuk menetap di pulau ini anda
mesti memerlukan persediaan kewangan yang mencukupi bagi kehidupan di pulau ini
serta mengambil kira bayaran sewa bulanan rumah anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.