Tips Dapat Nombor Telefon VVIP Di Celcom
Bagaimana untuk mendapatkan nombor telefon yang cantik di
Celcom? Saya ingin berkongsi anda satu tips cara untuk mendapatkan nombor
telefon VVIP yang mudah serta anda tidak perlu melakukan bayaran yang mahal di
kedai-kedai menjual sim kad yang sebenarnya menguntungkan mereka dengan secara
percuma.
Jika anda lihat nombor telefon sesetengah individu terutamanya golongan yang berpengaruh, nombor VVIP milik mereka mudah untuk diingati dan memberi makna yang tertentu buat si pemakai.
Jika anda lihat nombor telefon sesetengah individu terutamanya golongan yang berpengaruh, nombor VVIP milik mereka mudah untuk diingati dan memberi makna yang tertentu buat si pemakai.
Cara mudah dapatkan nombor telefon cantik di Celcom
Sebenarnya saya juga
sendiri tidak mengetahui cara ini, tetapi satu hari saya telah terfikir untuk
mendapatkan nombor telefon sendiri yang mudah untuk diingati. Saya telah
mengunjungi sebuah shopping kompleks di
Kuantan Prade dan telah pergi ke sebuah kedai
menjual sim kad VVIP.
Semasa saya melihat-lihat nombor-nombor VVIP yang dijual di sebuah kedai, apa yang saya dapati kebanyakan nombor yang dijual berharga bermula RM30 hingga mencapai RM200 ringgit bergantung kepada susunan nombor-nombor tersebut.
Semasa saya melihat-lihat nombor-nombor VVIP yang dijual di sebuah kedai, apa yang saya dapati kebanyakan nombor yang dijual berharga bermula RM30 hingga mencapai RM200 ringgit bergantung kepada susunan nombor-nombor tersebut.
Saya segera memilih satu nombor VVIP Celcom bernombor 013xxx3993 yang berharga
RM80 ringgit dengan jumlah kredit hanya RM10. Saya merasakan nombor ini mudah
untuk diingati serta harganya masih boleh dimiliki walaupun sesetengah dari
kawan-kawan mengatakan harga tersebut adalah mahal. Beberapa hari kemudian saya telah berfikir untuk menukar
plan telefon dari prepaid ke postpaid yang mana plan ini memerlukan kita untuk
melakukan bayaran bulanan setiap pengunaan telefon.
Saya telah menukar plan ini
di pusat Celcom servis Kuantan Pahang. Semasa melakukan penukaran plan di
kaunter tersebut, saya telah bertanya kepada staff Celcom bagaimana untuk
mendapatkan nombor VVIP mengikut
kemahuan kita, staff Celcom mengatakan, jika kita mahu nombor mengikut nombor
pilihan sendiri, kita mestilah mendapatkan plan postpaid, dan bayaran sebanyak
RM500 ringgit.
Sebenarnya, wang RM500
ringgit ini bukan bayaran untuk perkhidmatan ini tetapi wang tersebut akan
dimasukkan ke dalam kredit telefon anda. Bagaimana? Mudah bukan? Ia bermakna
anda mendapatkan plan postpaid daripada Celcom, buat pilihan nombor mengikut
kemahuan anda dan anda akan diberikan sim kad dengan kredit berjumlah RM500.
Sekiranya untuk pemahaman lebih lanjut, berkunjunglah ke mana-mana cawangan
Celcom yang berhampiran dengan tempat
tinggal anda.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.