Tips Handphone Masuk Air
Handphone masuk air. Semasa anda berlari mengelakkan hujan
yang turun, tiba-tiba handphone yang anda sayangi jatuh di tempat yang air yang
berlopak. Aduh.. mesti anda akan merasa geram, sakit hati, marah kerana telefon
pintar anda banyak menyimpan gambar-gambar penting, nombor-nombor telefon yang penting dan satu lagi ianya
berharga mahal.
Apa yang harus dilakukan? Jangan panik kerana masih terdapat cara untuk menyelamatkan handphone anda dari rosak. Pengetahuan mudah ini harus anda ketahui bagi menyelamatkan telefon pintar anda.
Apa yang harus dilakukan? Jangan panik kerana masih terdapat cara untuk menyelamatkan handphone anda dari rosak. Pengetahuan mudah ini harus anda ketahui bagi menyelamatkan telefon pintar anda.
Cara menyelamatkan handphone anda dari masuk air
Baik ini adalah beberapa tips yang perlu anda lakukan bagi
menyelamatkan handphone anda dan tips ini berdasarkan panduan-panduan yang
biasa dilakukan oleh ramai orang. Walau begitu sesetengah dari anda tidak
mengetahui cara ini dan inilah sebab artikel ini ditulis sebagai panduan anda.
Matikan segera telefon bimbit anda- Apabila telefon bimbit
anda jatuh di kawasan air, apa yang anda perlu lakukan adalah mematikan segera
telefon anda dengan menekan button ‘switch off’ atau membuka segera bateri
telefon anda bagi mengelakkan aliran elektrik akibat litar pintas yang berlaku pada telefon tidak merosakkan telefon anda.
Lintar pintas akan berlaku semasa telefon anda dimasuki air.
Cuba keringkan telefon anda dengan segera- Sekiranya
handphone anda dimasuki air semasa anda di rumah, cuba keringkan telefon anda
dengan segera dengan menggunakan kipas atau yang lebih baik dengan menggunakan
pengering rambut atau ‘hair dryer’. Dalam keadaan bateri telah ditanggalkan,
halakan angin pengering rambut kearah bahagian telefon yang telah basah.
Lakukan cara ini dari anggaran 15 minit hingga 30 minit bergantung kepada
pemerhatiana anda adakah ianya benar-benar kering atau sebaliknya.
Biarkan telefon anda dalam beberapa jam- Apabila anda telah
benar-benar yakin handphone anda telah benar-benar kering, jangan hidupkan
telefon anda dahulu, anda dinasihatkan untuk membiarkan telefon anda dalam
beberapa jam lagi atau anggaran yang paling lama adalah sehari. Membiarkan
telefon dalam beberapa jam untuk memastikan handphone anda yang telah basah
benar-benar kering. Apabila anda benar-benar yakin telefon yang basah telah
kering dari air, cuba masukkan semula bateri pada telefon dan hidupkan telefon
anda dengan menekan button switch on. Selalunya handphone anda akan dapat
dihidupkan semuala jika anda cepat melakukan tindakan seperti yang disyorkan
dalam artikel ini.
Memasukkan handphone ke dalam beras- Ini adalah idea yang
agak pelik tetapi ramai yang mengesyorkan idea ini apabila mengalami handphone
dibasahi oleh air. Apabila difikirkan secara logic, beras sebenarnya mengandungi
habuk kanji beras yang berupaya masuk ke dalam secal-celah lubang telefon dan
ia secara tidak langsung mampu mengeringkan bahagian-bahagian yang basah
ditambahi haba beras yang agak panas.
Hantar handphone anda ke kedai membaiki telefon- Apa-apa pun
cara yang terbaik adalah menghantar telefon bimbit anda ke kedai membaiki telefon bimbit selepas
anda mengamalkan cara seperti yang disyorkan diatas. Kedai membaiki telefon
bimbit adalah arif mengenai telefon yang dimasuki air. Mereka mempunyai cara
yang lebih bagus bagi menyelamatkan telefon bimbit anda sayangi.
Handphone dimasuki air laut- Ini adalah berita yang
mendukacitakan bagi telefon yang dimasuki oleh air laut. Sekiranya telefon anda
dimasuki oleh aur masin, agak sukar untuk menyelamatkan telefon anda kerana
logam di dalam telefon akan berkarat selepas beberapa hari telefon anda
dimasuki oleh air masin. Tiada cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini
walaupun anda menghantar handphone anda di kedai repair handphone kerana mereka
juga akan mengatakan telefon pintar anda tidak boleh dibaiki semula.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.