Buah Tangan Patut Anda Beli Semasa Melancong Di Sarawak
Negeri Sarawak memiliki pelbagai tempat yang menarik yang
patut anda kunjungi, penulis berpeluang berkunjung ke Kuching Sarawak pada
September tahun 2004 hingga pertengahan tahun 2005.
Apa yang ingin penulis ketengahkan disini mengenai beberapa barangan yang amat popular di Sarawak serta kebanyakannya barangan ini buatan sendiri penduduk pribumi Sarawak hinggakan ianya disebut-sebut oleh kebanyakan pelancong tempatan terutamanya dari Semananjung dan Sabah.
Barangan yang saya nyatakan ini adalah cadangan penulis sendiri agar anda memiliki kenangan semasa berkunjung di negeri berkenaan.

Kain batik Sarawak
Kain batik Sarawak memiliki keunikan yang tersendiri dan
amat berbeza dengan kain batik dari negeri-negeri lain.
Kain batik ini dikatakan buatan sendiri rakyat di negeri berkenaan da ianya amat unik kerana kain batik ini melambangkan identity tradisional Penduduk Sarawak. Kain batik yang amat terkenal seperti, batik sarong, batik songket, batik songket orang ulu dan kain ini amat diminati terutama sekali bagi kaum Melayu.
Menjungi negeri Sarawak misalnya ibu negeri tersebut misalnya Kuching, anda mampu mendapatkan kain batik dengan harga serendah seratus kebawah.

Tikar Sarawak
Tikar Sarawak yang amat popular hinggakan ia menjadi satu
punca rezeki bagi penduduk tempatan yang menjual tikar ini.
Tikar ini dianyam dengan menggunakan cara manual iaitu menggunakan tangan. Tikar ini diperbuat dari pokok rotan dan juga daripada kayu.
Apa yang uniknya ianya sukar untuk diperolehi dari negeri-negeri lain serta corak tikarnya yang amat menarik.
Bagi anda yang berkesempatan untuk datang ke Sarawak, jangan terlepas peluang untuk membeli tikar ini untuk diletakkan di ruang tamu atau bilik anda sebagai kenang-kenangan.

Kek Lapis
Kek lapis Sarawak adalah kek yang tidak asing lagi bagi penduduk Sarawak
dan juga pelancong yang datang berkunjung di negeri tersebut.
Ia nya menjadi satu kemestian bagi setiap pelancong untuk membeli kek ini sebagai buah tangan harus dibeli kepada kawan-kawan ataupun untuk keluarga sekembalinya mereka bercuti di Sarawak.
Bukan sahaja kek lapis ini memiliki pelbagai warna yang menarik tetapi ianya amat sedap untuk dimakan.

Kulit kambing
Mungkin buah tangan ini amat sesuai bagi mereka yang
beragama muslim kerana kulit kambing yang dijual di Sarawak dan amat banyak dijual
di kawasan Serikin diukir dengan seni khat khaligrafi dan ianya direka amat
cantik sekali serta harga yang mampu
dimiliki.
Gambir Sarawak
Gambir Sarawak amat terkenal bagi kaum lelaki kerana
keunikannya bagi mengatasi masalah kelakian serta digunakan sebagai alat
altenatif mujarab untuk mengatasi sakit gigi.
Jika anda mengunjungi bandar Satok, amat mudah sekali untuk mendapatkan gambir yang banyak dijual dengan harga serendah RM3 satu.
Cadangan penulis, beli lah agak banyak sedikit untuk keperluan-keperluan anda di masa-masa yang akan datang.

Pakaian tradisional etnik Sarawak
Negeri Sarawak memiliki pelbagai etnik yang berbeza seperti
kaum Iban, Bidayuh, Melanau, dan banyak lagi.
Mungkin anda boleh mendapatkan salah satu pakaian tradisional bagi etnik ini untuk dijadikan sebagai kenangan semasa anda mengunjungi negeri berkenaan.

Kraftangan Sarawak
Seperti anda ketahui, negeri Sarawak memiliki pelbagai
alatan kraftangan buatan tangan, unik serta menarik misalnya, gelang tangan,
rantai leher, beg, topi, key chain, serta bermacam-macam lagi dan tentunya
kraftangan ini tidak ada dijual di negeri-negeri lain.
T-Shirt Sarawak
Perkara ini memang menjadi satu kewajipan bagi sesiapa yang
berkunjung di negeri yang dilawati oleh mereka dengan membeli t-shirt yang
mengambarkan tempat yang dilawati.
Sekiranya anda berkunjung di Kuching Sarawak, beli lah beberapa helai baju yang memiliki tulisan ‘Kuching Sarawak’ untuk dijadikan kenangan dan mungkin anda boleh membelikan sebagai buah tangan kepada keluarga anda.

Ikan terubuk masin
Kenapa ikan terubuk masin Sarawak amat terkenal sekali ? Apa
yang penulis ketahui, terubuk masin keluaran Sarawak amat terkenal kerana ianya dicampur dengan
adunan garam sebelum dikeringkan dan adunan garam ini benar-benar cukup-cukup
rasa iaitu tidak terlalu masin atau tawar.
Terubuk masin ini walaupun memiliki agak banyak tulang tetapi ianya amat sedap apabila digoreng kering serta dicampur dengan sambal cili.
Kerana permintaan yang tinggi dari pelanggan, harga pasaran bagi ikan terubuk masin agak mahal tetapi mungkin ianya tidak menjadi masalah kepada anda untuk mencuba sendiri keenakan ikan terubok masik keluaran Sarawak yang pasti amat menyelerakan anda!

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.