Cara Beli Tiket Untuk Menaiki Bas Pertama kali
Bagaimana cara beli tiket bas untuk menaiki bas pertama kali? Bagi kebanyakan dari anda
yang masih belum pernah menaiki mana-mana perkhidmatan bas, artikel ini mungkin
sebagai panduan berguna kepada anda.
Sebagai pengetahuan anda, cara untuk membeli tiket bas tidak sama bagi kebanyakan perkhidmatan bas yang ada di Malaysia tetapi anda masi boleh mengamalkan beberapa panduan sebelum menaiki bas ke mana-mana destinasi yang anda tujui. Sebenarnya ia tidaklah sesukar mana seperti yang anda fikirkan jika anda mengetahui cara yang betul.

Panduan sebelum membeli tiket bas dan menaiki bas
Pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah, ketahui
dimana hala destinasi anda dan ketahui juga adakah kawasan tempat tinggal anda
memiliki perkhidmatan bas yang secara
terus ke tempat yang anda tujui.
Bagi sesetengah negeri, terdapat perkhidmatan bas yang akan terus ke mana-mana negeri di semenanjung tanpa melakukan pertukaran bas, bagi negeri Sabah dan Sarawak anda harus melihat dimana anda tinggal serta melihat juga jadual perjalanan bas yang terdapat di negeri tersebut kerana tidak semu tempat mempunyai perjalanan bas ke destinasi yang anda tujui.

Hal yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang sebelum
membeli tiket dan menaiki bas adalah
melakukan carian menerusi internet, walau begitu jika anda baru pertama kali
menaiki bas dan berkeinginan untuk membeli tiket bas, anda dinasihatkan untuk
bertanya kepada rakan-rakan atau orang ramai mengenai perjalanan bas mengenai
destinasi yang anda tujui.
Sekiranya terdapat perkhidmatan bas di kawasan tempat tinggal
anda dan perjalanan bas tersebut akan terus ke destinasi yang anda tujui, anda
segera lah untuk membeli bas tersebut dengan awal kerana dikhuatiri tiket bas
tersebut penuh lebih-lebih lagi perjalanan anda jatuh pada hari-hari perayaan
seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan Hari Deepavali, cuti sekolah.
Untuk membeli tiket bas caranya mudah sekali, anda hanya
perlu ke terminal bas utama di kawasan tempat tinggal anda, dan anda boleh ke
mana-mana kaunter serta bertanya kepada pekerja kaunter tersebut mengenai
perjalanan dan waktu bagi bas dimana hala tuju anda.
Anda dinasihatkan jangan membeli tiket bagi mana-mana orang selain melalui kaunter perkhidmatan bas kerana harga yang dikenakan agak mahal berbanding dengan harga tiket biasa.
Anda dinasihatkan jangan membeli tiket bagi mana-mana orang selain melalui kaunter perkhidmatan bas kerana harga yang dikenakan agak mahal berbanding dengan harga tiket biasa.
Walau begitu sekiranya anda berada di Sabah, kadang-kadang
tiket bas dijual oleh konduktor bas itu sendiri jadi anda tidak mempunyai
masalah sekiranya membeli tiket berkenaan. Harga tiket bas akan berbeza-beza bagi
setiap perjalanan dan destinasi yang berbeza.
Sekiranya anda telah membeli tiket bas tersebut, simpan tiket bas secara rapi dan simpanlah di tempat yang mudah dicapai misalnya di dompet anda. Bagi syarikat perkhidmatan bas yang besar, pada tiket anda akan tertera jam akan berlepas dan nombor tempat duduk, and harus memberi perhatian tentang hal ini.

Apabila anda telah membeli tiket bas anda, anda dinasihatkan
untuk datang sejam lebih awal di kawasan terminal utama untuk mengelakkan anda
terlepas dari menaiki bas anda kerana mereka selalunya tidak menunggu anda
disebabkan masa perjalanan bas tersebut mengikut ketetapan yang ditentukan oleh
mereka.
Bagi anda yang membawa beg yang besar atau hand carry
beroda, anda boleh menempatkan di ruang yang dikhaskan untuk barangan di bahagian
sisi bawah bas. Seelok-eloknya beg anda harus lah dikunci dengan menggunakan kunci
mangga yang berukuran kecil bagi mengelakkan barangan anda tidak dibuka oleh
orang lain.
Panduan mudah semasa menaiki bas, lihatlah pada tiket anda kedudukan
nombor tempat duduk dan juga merujuk nombor yang tertera pada tempat duduk yang
boleh dilihat di sebelah tepi atas tempat duduk penumpang.
Sekiranya anda masih tidak memahaminya, penumpang lain atau konduktor bas akan menunjukkan tempat duduk anda. Untuk kedudukan tempat duduk, anda sebenarnya boleh memilih sendiri tempat duduk anda semasa mula-mula anda membeli tiket di terminal bas.

Pihak konduktor bas juga akan bertanyakan dimana lokasi anda turun sama ada sebelum terminal ataupun di kawasan terminal perhentian.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.