Cara Buat Resepi Jeruk Mangga
Bagaimana cara buat resepi jeruk mangga? Pertanyaan ini
sering ditanya oleh kebanyakan wanita kerana resipi ini memang diminati oleh
golongan berkenaan.
Sebenarnya resepi ini amat mudah sekali untuk disediaakan kerana ia hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan kebanyakan bahan hanya diperolehi dari dapur anda.
Membuat jeruk mangga terdapat banyak caranya tetapi, saya akan mengajar anda dua cara yang sering menjadi pilihan orang ramai.

Resepi ringkas buat jeruk mangga
Cara ini sering digunakan
oleh kebanyakan rakyat di Malaysia kerana ianya amat mudah disediakan.
Berikut adalah bahan-bahan yang perlu
disediakan;
- 2 Biji mangga
- Beberapa biji asam boi (li hing mui)
- 3 Sudu besar gula (teaspoon)
- 5 Biji Cili dihiris nipis atau ditumbuk hancur
- Garam sesedap rasa
Cara Penyediaan
Buka kulit 2 biji mangga dan hiris mengikut cara anda, selain itu anda boleh
menggunakan apa juga jenis mangga seperti mangga epal, mangga air, mangga madu
atau mangga jenis yang lain tetapi pastikan buah tersebut adalah mangga yang
masih mudah atau yang telah matang. Hirisan mangga ini perlu diletakkan di
pinggan yang sesuai.
Taburkan tiga sudu besar gula ke atas mangga yang telah
dihiris tadi dan gaul sehingga sebati. Bagi anda yang memang meminati cili,
anda boleh meletakkan 5 biji cili yang dihiris nipis atau anda boleh
menghancurkan cili tersebut dengan menumbuk sehingga hancur menggunakan lesung
batu, cili ini perlu digaulkan keatas mangga sehingga sebati.
Langkah seterusnya, ambil beberapa biji asam boi dalam
anggaran 5 hingga 6 biji dan masukkan ke dalam pinggan yang berisi mangga itu
tadi dan kacau dan gaul dengan menggunakan sudu.
Langkah terakhir, campur sedikit garam mengikut kesesuaian atau sesedap rasa anda dan gaul dengan menggunakan sudu.
Apabila anda telah selesai menyediakan resipi ini, seterusnya anda perlu memasukkan jeruk mangga anda ke dalam peti ais dan biarkan dalam anggaran 2 hingga tiga jam dan bersedia untuk dihidangkan.

Resepi jeruk mangga cara barat
Resepi penyediaan jeruk mangga yang kedua adalah resepi yang
sering diamalkan oleh masyarakat barat tetapi sesetengah masyarakat di Negara ini
juga mengamalkan penyediaan resepi ini kerana ianya mudah untuk disediakan.
Bahan-bahan
- 5 Biji mangga
- 1 Cawan besar cuka beras
- 10 Sudu besar gula (Teaspoon)
- 2 Sudu besar garam
- 1 Paket li hing mui (Asam boi)
Langkah seterusnya, masukkan 1 paket asam boi ke dalam balang dan langkah terakhir campuran cuka beras, gula dan garam yang telah disejukkan itu tadi dimasukkan ke dalam baling yang berisi mangga. Biarkan dalam beberapa jam sebelum bersedia untuk dihidangkan.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.