Cara Oder Makanan Di Dalam Pesawat
Bagi anda yang baru pertama kali menaiki kapal terbang,
mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk oder atau melakukan pesanan makanan semasa
berada di dalam pesawat. Tips ini berpandukan pengalaman sendiri penulis dan ia
mungkin amat berguna kepada anda sebagai panduan. Walau begitu, sekiranya anda
ingin berjimat cermat, anda dinasihatkan untuk makan awal sebelum menaiki
pesawat kerana harga makanan di dalam pesawat agak mahal.
Cara oder makan bagi pesawat MAS
Sekiranya anda memilih untuk menaiki pesawat MAS untuk
sampai ke mana-mana destinasi yang anda tujui, anda tidak perlu melakukan
pesanan untuk makanan anda kerana harga tiket yang anda beli telah sekali
dengan makanan anda di dalam pesawat.
Walau begitu, jika penerbangan anda memerlukan masa yang agak cepat misalnya daripada KLIA ke Kuantan Pahang, anda akan diberikan hidangan minuman serta Kacang ataupun roti sahaja kerana jangkaan penerbangan hanya memerlukan kurang sejam untuk sampai ke Airport Kuantan.
Walau begitu, jika penerbangan anda memerlukan masa yang agak cepat misalnya daripada KLIA ke Kuantan Pahang, anda akan diberikan hidangan minuman serta Kacang ataupun roti sahaja kerana jangkaan penerbangan hanya memerlukan kurang sejam untuk sampai ke Airport Kuantan.
![]() |
| Credit: Dailymail.co.uk |
Bagi penerbangan yang agak jauh misalnya dari KLIA ke
Kuching Sarawak, anda akan dihidangkan makanan selepas pesawat benar-benar
berada di atas udara. Apabila krew MAS menghidangkan makanan kepada
penumpang-penumpang di dalam pesawat, apa yang perlu anda lakukan adalah membuka 'plane tray tables' atau meja untuk penumpang yang berada di kerusi di hadapan anda atau sesetengah
pesawat, tray ini berada di tepi sisi anda.
Cara oder makanan bagi pesawat AirAsia
Bagi anda yang memilih penerbangan tambang murah di Malaysia
iaitu AirAsia, anda sebenarnya boleh melakukan tempahan awal makanan anda
semasa melakukan 'booking ticket' secara online melalui web rasmi AirAsia. Ini
bermakna, apabila anda telah berada di dalam pesawat, krew kapal akan terus
memberikan pakej makanan yang anda tempah tanpa melakukan apa-apa bayaran.
Sekiranya anda tidak melakukan tempahan awal, anda boleh membeli apa-apa
makanan semasa krew kapal menghidangkan
makanan kepada penumpang. Makanan-makanan ini anda harus bayar dengan
menggunakan wang anda semasa berada di dalam pesawat dan harga bergantung
kepada makanan yang anda pesan.
Sama seperti pesawat MAS, anda perlu membuka 'tray tables' untuk
penumpang yang berada di hadapan anda atau di tepi sisi anda untuk meletakkan
makanan yang anda tempah untuk memudahkan anda untuk menikmati hidangan.
Sekiranya anda tidak melakukan tempahan makanan, krew kapal tidak memaksa anda
untuk melakukan pembelian. Apabila selesai menikmati hidangan,
biarkan sahaja bekas makanan di meja kerana krew kapal akan datang sendiri
untuk mengambil bekas makanan tersebut. Sekiranya krew kapal terlepas
pandang untuk mengambil bekas makanan,
anda hanya perlu menekan button lonceng yang berada di atas kepala anda untuk
membolehkan krew mengambil bekas makanan tersebut. Baca juga artikel Cara Naik Kapal Terbang.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.