Misteri Batu Geliga Ular
Geliga ular adalah satu misteri yang masih belum dirungkai
sepenuhnya oleh dunia sains dan belum terdapat mana-mana kajian yang direkodkan
mengenai misteri ini.
Di Malaysia sahaja terdapat ramai golongan yang tertentu yang mencari geliga ular sehingga mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memperolehi geliga ini kerana dikatakan mampu memberikan kuasa yang ajaib bagi si pemakai.
Walau begitu, geliga ular yang asli amat sukar untuk diperolehi kerana hanya golongan yang tertentu sahaja mampu menentukan dan mencari geliga ular yang asli.

Kegunaan batu geliga ular di Malaysia
Di Malaysia, kebanyakan rakyat di negara ini masih meminati
unsur-unsur yang mistik dan mereka mempercayai geliga ular ini mampu memberikan
kuasa sakti bagi sesiapa yang memiliki geliga ini.
Antara kuasa mistik adalah seperti memperolehi kekebalan dan tidak akan lut oleh mana-mana senjata selain dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang merbahaya, golongan ini juga percaya, terdapat tenaga mistik semula jadi yang terdapat pada batu geliga tersebut.

Menurut beberapa penjual ubat, untuk memperolehi geliga ini
hanya dapat diperolehi dikawasan hutan belantara dan hanya kaum asli sahaja
yang memiliki geliga ini.
Geliga ular asli memiliki ukuran yang kecil dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai batu cincin. Walau begitu anda harus berhati-hati sekiranya terdapat individu yang ingin menawarkan batu geliga kepada anda kerana ia sememangnya belum dipastikan lagi keaslian mengenai batu tersebut.

Jika anda bernasib baik, sesetengah penjual ubat yang
mendakwa memiliki geliga ular akan melakukan pertunjukan bagi mengenal pasti keaslian
geliga ular yang asli dengan menggunakan jarum atau pisau yang amat tajam
terhadap tangan anda atau tangganya sendiri dimana tangan yang dicucuk dengan
jarum atau dihiris dengan pisau harus menggengam geliga ular di tapak tangan.
Selalunya pertunjukan ini berakhir tanpa anda mengalami sedikit pun luka akibat tusukan jarum atau luka akibat dihiris oleh pisau.
Apa yang pasti jarum tersebut akan menjadi bengkok akibat tekanan semasa proses mencucuk jarum pada bahagian kulit yang kebal disebabkan kuasa dari batu geliga tersebut.

Kegunaan batu geliga ular di India
Jika and melakukan kajian di beberapa negara tertentu
misalnya, negara India, geliga ular bukan untuk digunakan sebagai kekebalan
kepada seseorang tetapi ia adalah senjata rahsia utama bagi menjinakkan ular
dan altenatif bagi mengeluarkan racun akibat gigitan ular berbisa.
Percaya atau tidak negara tersebut memiliki paling banyak ular berbisa seperti ular tedung jenis King Cobra, mengikut statik dari sumber qz.com, setiap tahun sebanyak 45,000 kes kematian akibat dipatuk oleh ular berbisa di negara India.

![]() |
| Geliga ular King Cobra yang diletakkan di atas jam tangan Sumber Asal: Youtube |
Mengikut beberapa artikel dari negara tersebut, geliga ular
hanya boleh diperolehi dari ular tedung yang telah dewasa dan boleh ditemukan
pada bahagian kepala ular tedung tersebut.
Mereka mengatakan batu geliga itu terbentuk hasil dari sisa bisa yang tidak digunakan oleh ular dan membentuk sebagai pepejal pada bahagian kepala ular tersebut.
Ramai masyarakat India percaya bagi sesiapa yang memperolehi geliga ular tersebut yang digelar oleh mereka sebagai Naag Mani, seseorang itu boleh terselamat sekiranya digigit oleh ular berbisa kerana batu geliga tersebut boleh mengeluarkan semula bisa ular dengan meletakkan geliga ular pada kesan gigitan ular tersebut.

| Proses mengeluarkan geliga ular melalui kepala King Cobra di India Sumber asal: Youtube |
Walaupun masih belum ada kajian mengenai kejaiban batu ular
mampu mengeluarkan racun dari ular berbisa tetapi terdapat ramai masyarakat India menganggap ia
adalah rahsia mereka bagi menjinakkan ular dan mengelakkan dari terkena gigitan
ular tedung.
Jika anda perhatikan anak-anak India di kawasan penempatan yang miskin, anak-anak mereka memegang ukar King Cobra tanpa dipatuk oleh ular tersebut.
Mungkin rahsianya terletak pada batu geliga ular itu?

Mungkin kajian lebih mendalam harus dilakukan bagi mengesahkan kepercayaan-kepercayaan ini.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.