Tips Penting Semasa Mendaki Gunung
Apakah tips-tips penting semasa mendaki gunung? Bagi
individu yang memang meminati aktiviti-aktiviti yang lasak seperti mendaki
gunung, beberapa perkara yang perlu anda
ambil perhatian semasa mendaki untuk dijadikan sebagai panduan penting.
Mendaki gunung mempunyai risikonya tersendiri terutama sekali melibatkan kecederaan pada bahagian anggota badan sekiranya anda mengabaikan keselamatan diri anda dan juga kurangnya persediaan latihan stamina dan fizikal anda serta persediaan peralatan-peralatan yang perlu dibawah sebelum mendaki gunung.

Latihan stamina penting sebelum mendaki gunung
Apabila anda merancang untuk mendaki gunung, perkara yang
paling penting sekali yang perlu anda titikberatkan adalah mengenai persediaan latihan stamina, fizikal dan mental.
Ini kerana sekiranya anda tidak melakukan persediaan latihan awal, besar kemungkinan anda sukar untuk mendaki gunung disebabkan tahap ketahanan tubuh anda yang disifatkan kurang cergas lebih-lebih lagi anda merancang ingin mendaki gunung yang paling mencabar sekali di Asia Tenggara seperti Gunung Tahan.
Sebagai persediaan ini, anda dinasihatkan untuk berjoging setiap hari dan cubalah mendaki di kawasan mana-mana bukit berhampiran tempat tinggal anda dengan membawa beg galas belakang yang memiliki berat sekurang-kurangnya 20 kg hingga 30 kg.
Latihan ini penting bagi membiasakan diri anda suasana sebenar semasa mendaki gunung yang lebih mencabar.

Peralatan yang mencukupi
Beberapa hari sebelum tarikh sebenar rancangan pendakian
gunung, peralatan-peralatan untuk dibawah semasa mendaki gunung perlu
disediakan seperti khemah pasang siap,
beg galas belakang, kamera, gallon air, periuk, lampu sulu, Camping Gas Stove,
pisau, macis, ubat-ubatan, barang makanan dan peralatan pakaian.
Jika anda mendaki gunung secara berkumpulan, perlunya anda melakukan perjumpaan denga kumpulan anda bagi membincangkan peralatan-peralatan yang perlu dibawa dan setiap barangan yang perlu disediakan harus diagih-agihkan kepada kumpulan anda untuk menjadikan peralatan akan menjadi ringan dan mudah dibawah semasa mendaki gunung.

Bagi persediaan barang makanan, anda anda harus memikirkan
bahan makanan yang boleh bertahan lama umpamanya makanan tin, kentang, halia,
bawang, beras, minyak masak,minuman
dalam paket, dan sebagainya.
Membawa makanan yang mudah rosak akan merugikan anda untuk membawanya melainkan anda merancang untuk memasak makanan itu pada hari pertama pendakian gunung.

Mendaki secara berkumpulan
Pada hari pendakian, perkara penting yang perlu dilakukan
adalah melakukan senaman panas badan terlebih dahulu bagi menarik otot-otot
untuk mengelakkan anda dari mengalami kecederaan.
Sekiranya anda mendaki gunung secara berkumpulan, elakkan mendaki secara bersendirian dan elakkan juga jarak yang amat jauh dari rakan-rakan yang lain. Ini bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini keatas anda misalnya terjadi kemalangan dan rakan-rakan yang lain tidak dapat melakukan bantuan.

Mendaki mengikuti masa anda sendiri
Semasa mendaki gunung, anda tidak perlu laju semasa mendaki tetapi gunakan masa anda sendiri dan mengikut
kemampuan serta langkah yang teratur.
Teknik mendaki yang baik adalah melakukan perjalanan dalam anggaran 20 meter hingga 30 meter dan berhenti dalam anggaran 20 hingga 30 saat kemudian bergerak semula. Lakukan pendakian ini dengan secara konsisten dan anda akan mampu bertahan mendaki dalam tempoh yang lama.

Bagi pergerakan langkah anda, kaki anda semasa memijak tanah harus dalam
kedudukan menapak atau hujung jari kaki serta tumit selari dengan permukaan
tanah, pergerakan langkah dengan menggunakan hujung jari kaki sahaja akan menyebabkan anda cepat
letih semasa mendaki gunung kerana
keseluruhan beban berada pada hujung jari kaki.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.