Tips Potong Hujung Seluar Jeans Di Kedai Jahit
Seluar jeans pada asalnya digunakan oleh pelombong-pelombong
emas di Amerika untuk memenuhi ketahanan seluar untuk kerja-kerja yang sukar dalam
perlombongan. Pengasas utama jeans adalah seorang lelaki yang berketurunan
Bravian iaitu Levi Strauss dan juga Hendry David Lee.
Dalam anggaran tahun 1860 seluar Levi Straus menjadi pakaian seharian terutama kepada kaum petani, gembala ternakan atau yang lebih dikenali sebagai ''Cowboy'', dan juga pelombong .
Dalam anggaran tahun 1860 seluar Levi Straus menjadi pakaian seharian terutama kepada kaum petani, gembala ternakan atau yang lebih dikenali sebagai ''Cowboy'', dan juga pelombong .
Pada tahun 1880, seluar jeans Levi dijual secara komersial
dan besar-besaran dan mendapat reka bentuk yang lebih teliti, misalnya jahitan
utama menggunakan benang oren berserta tanda dagangan ‘’arcuate’’ pada semua bahagian poket belakang,
penggunaan rivet, bar tracking, poket kecil atau dikenali sebagai watch poket
(poket jam) dan lambang dua kuda pada patch kulit bahagian belakang, tinggi
pinggang yang dikenali sebagai 501s dan banyak lagi.
Itu adalah serba
sedikit mengenai sejarah seluar jeans
biru yang kini menjadi begitu popular sekali di serata dunia hingga seluar
jeans tidak akan mati ditelan oleh zaman, dan pada masa kini terdapat pelbaagai jenama
jeans yang direka oleh
pengilang-pengilang besar di serata dunia, walau bagaimanapun, seluar jeans
jenama Levi’s kekal menjadi seluar nombor satu dunia sehingga kini kerana
ketahanannya.
Baik berbalik kepada tujuan asal penulisan artikel ini adalah berkongsi mengenai tips untuk memotong hujung seluar jeans di kedai jahit agara sentiasa kekal pada reka bentuk yang asal.
Baik berbalik kepada tujuan asal penulisan artikel ini adalah berkongsi mengenai tips untuk memotong hujung seluar jeans di kedai jahit agara sentiasa kekal pada reka bentuk yang asal.
Tips Potong hujung
Seluar Jeans Di Kedai Jahit
Apabila anda berkira-kira untuk membeli seluar jeans di
mana-mana kedai atau kompleks membeli belah, satu kesilapan bagi kebanyakan
orang adalah memotong terus hujung
seluar melalui pihak pekedai kerana mungkin mereka memotong hujung seluar
disebabkan ianya terlalu panjang dan perlunya memotong sedikit hujung seluar
jeans bagi membolehkan ukuran benar-benar sesuai dengan saiz ketinggian.
Tahukah anda, cara ini akan menghilangkan keaslian seluar jeans yang baru anda beli? Lebih-lebih lagi anda membeli seluar jeans daripada jenama Levi’s yang memiliki harga yang mahal?
Tahukah anda, cara ini akan menghilangkan keaslian seluar jeans yang baru anda beli? Lebih-lebih lagi anda membeli seluar jeans daripada jenama Levi’s yang memiliki harga yang mahal?
Baik anda dicadangkan semasa membeli seluar jeans, jangan
segera memotong secara tergesa-gesa hujung seluar anda melalui pekedai kerana
mereka akan memotong terus hujung seluar mengikut saiz ketinggian anda tanpa
mencantumkan semula hujung seluar yang asal.
Memotong hujung seluar tanpa mencantumkan hujung seluar yang asal akan menyebabkan hilangnya keaslian seluar jeans tersebut kerana salah satu ketahanan seluar jeans adalah melalui hujung seluar yang direka dan dijahit dengan baik pada bahagian tersebut.

Yang sebaiknya apabila anda membeli seluar jeans untuk
keperluan anda, ambil masa anda sendiri dan bertanya kepada rakan-rakan dimana
lokasi kedai jahit yang baik atau mungkin anda boleh mencari sendiri kedai
jahit tersebut.
Sebaik anda menjumpai kedai jahit yang menurut anda adalah bagus, bertanya dahulu kepada pihak kedai jahit adakah mereka melakukan perkhidmatan melakukan ubah suai seluar serta jahitan penyambungan hujung seluar yang asal kerana tidak semua tukang jahit akan melakukan jahitan seperti ini.

Selalunya harga bagi proses jahitan penyambungan adalah berjumlah RM 30 sepasang tetapi ianya bergantung kepada harga yang diminta oleh pihak tukang jahit, jika terdapat harga yang lebih murah, mungkin anda memang bernasib baik.
Bagi proses pemotongan hujung seluar tanpa menyambungkan kepada hujung seluar yang asal, harga yang akan dikenakan adalah hanya berjumlah RM5 sepasang dan ianya mengambil masa lima minit untuk siap.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.