Panduan Penting Sebelum Kerja Di Luar Negara
Peluang kerjaya di luar negara amat diimpikan oleh golongan
yang berjiwa perantau lebih-lebih lagi jika jawatan kosong ditawarkan berada di
negara maju seperti, Singapura, Australia, Arab Saudi, New Zealand, Kanda, Jepun,
atau negara-negara yang menawarkan gaji dalam bentuk mata wang dollar atau nilai mata wang lebih tinggi dari
mata wang Malaysia.
Bekerja di negara yang mempunyai nilai mata wang tinggi apabila ditukarkan di dalam mata wang Malaysia, sudah tentulah anda akan memperolehi lebih banyak wang apabila ditukarkan ke dalam mata wang Malaysia.
Walau begitu, sebelum anda bekerja di luar negara beberapa persedian penting perlu anda ambil perhatian.

Pemilihan Negara Untuk Bekerja
Pada pandangan anda, negara manakah menjadi tempat impian
anda ingin bekerja? Kerja petik buah di Australia? New Zeland? Singapore?
Kanada? Apa pun negara pilihan anda, pastikan anda memilih negara yang aman
atau negara yang tidak bergolak.
Ini kerana sekiranya anda menginginkan bekerja di negara-negara bergolak seperti, beberapa negara negara di Timur Tengah, Afrika Utara, Selatan Philippine, Selatan Thailand, serta negara-negara yang bergolak yang lain, ini sudah tentunya situasi yang boleh membahayakan keselamatan anda.
Pada masa ini, kebanyakan rakyat Malaysia memilih bekerja di negara seperti Australia, Amerika, Kanada, England, Francis, New Zeland, Brunei, Singapura,Jepun, Arab Saudi, serta negara-negara aman yang lain.

Berhati-hati dengan ejen pekerjaan
Pernahkah anda mendengar ditipu oleh ejen pekerjaan semasa
mencari kerja di luar negara? Untuk perhatian anda, terdapat ramai sekali ejen
pekerjaan yang menipu ramai rakyat Malaysia terutama sekali bagi mereka yang
mencari pekerjaan di luar negara,terdapat juga kes yang ditipu oleh ejen
pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan sedangkan pekerjaan yang ditawarkan
bergaji rendah.
Kes ini banyak berlaku di negara Malaysia sendiri misalnya pekerjaan yang ditawarkan oleh ejen pekerjaan umpamanya bekerja di sektor perindustrian di Singapura, tetapi apabila sampai di negara tersebut, pekerjaan yang ditawarkan hanyalah kerja sebagai pelayan di kedai makan atau lebih teruk lagi tanpa mempunyai apa-apa pekerjaan sedangkan, wang telah banyak habis dibayar kepada ejen pekerjaan tersebut.

Oleh itu, semasa ditawarkan pekerjaan di luar negara dengan gaji
lumayan, pastikan anda memahami sepenuhnya apakah pekerjaan anda,
dokumen-dokumen yang perlu ditandatangi, perjanjian anda dengan ejen pekerjaan,
serta lokasi tempat anda ditawarkan bekerja.
Pengetahuan ini amat penting kepada anda untuk mengelakkan ditipu oleh ejen pekerjaan yang hanya semata-mata mencari keuntungan.
Sekiranya boleh, bertanya kepada rakan-rakan yang lebih tahu tentang pekerjaan tersebut atau anda boleh bertanya kepada Jabatan Tenaga Kerja Semananjung, Sarawak, dan Sabah.
Ini kerana setiap ejen pekerjaan yang berada di Malaysia harus memiliki lesen atau permit dan ianya harus berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja.

Bagi ejen pekerjaan yang berada di negara yang menawarkan
pekerjaan kepada anda, selalunya mereka akan menguruskan segala dokumen yang
anda perlukan misalnya urusan Visa Pekerja (Visa woker).
Selalunya visa pekerja ini dikeluarkan oleh pihak imigresen bagi sesebuah negara umpamanya di Malaysia, pihak Imigresen akan mengeluarkan visa pekerja kepada pekerja yang berasal dari luar negara seperti pekerja dari Indonesia, walau begitu visa tersebut dipohon sendiri oleh majikan yang menawarkan pekerjaan kepada mereka.
Visa pekerja ini selalunya dilekatkan di bahagian halaman passport.

Jika anda ingin bekerja ke mana-mana negara tanpa apa-apa
tawaran pekerjaan dari mana-mana majikan, anda masih boleh datang ke negara
pilihan anda dengan menggunakan passport Antarabangsa Malaysia tetapi pastikan anda memohon visa pekerja
apabila memperolehi pekerjaan di negara tersebut, ini kerana bekerja tanpa visa
permit, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak imigresen dan
pihak polis di negara berkenaan kerana bekerja tanpa permit yang sah.
Persediaan Dokumen Perjalanan
Sekiranya anda yakin dengan ejen pekerjaan yang menawarkan
anda pekerjaan di luar negara, adalah paling penting sekali mengenai passport
anda.
Anda boleh memohon passport antarabangsa di mana-mana Jabatan Imigresen yang berhampiran tempat tinggal anda, walau begitu sekiranya anda ke negara-negara tertentu, misalnya ke negara eropah, anda akan ditemuduga terlebih dahulu dengan wakil dari negara tersebut untuk memastikan anda benar-benar fasih dengan bahasa Inggeris untuk memastikan anda tidak mengalami kesukaran semasa berada di negara yang anda tujui.
Walau begitu, tidak semua negara mewajibkan pengunjung untuk ditemuduga untuk masuk ke negara mereka.

Pengetahuan lokasi duta negara Malaysia (Malaysian Embassies)
Ini adalah perkara
paling penting sekali semasa anda berada di luar negara iaitu mengetahui lokasi
pejabat kedutaan negara Malaysia.
Bagi negara-negara yang mempunyai pertalian yang erat dengan Malaysia, negara ini telah menempatkan duta di setiap negara yang mempunyai hubungan diplomatik bagi memudahkan urusan dengan negara itu selain menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang berada di negara itu sendiri.
Pengetahuan ini penting sekiranya anda menghadapi masalah semasa berada di negara luar dengan merujuk kepada pejabat kedutaan, misalnya anda telah kehilangan passport, dianayai, bantuan kecemasan semasa terjadinya bencana atau pergolakan.

Bekerja di luar negara memerlukan anda mengambil keputusan yang tepat kerana anda akan berjauhan dengan keluarga, dan tanah air.
Bagi individu yang masih bujang, anda tidak mengalami masalah besar semasa bekerja di luar negara tetapi bagi mereka yang telah berkhawin, meninggalkan keluarga adalah satu perkaara yang sukar kerana anda akan berjauhan di dalam tempoh yang lama melainkan anda membawa keluarga anda bersama.
Jika anda mempunyai tips yang boleh dikongsi bersama, anda dialu-alukan untuk berkongsi dengan kami disini. Baca juga, Tips Dapat Jawatan Terkini Swasta Di Malaysia.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.