Tips Mengiklankan Rumah Anda Untuk Dijual
Bagaimana caranya mengiklankan rumah anda untuk dijual?
Beberapa tips dan panduan ini mengajar anda bagaimana mengiklankan rumah anda
agar cepat terjual serta dibeli oleh pembeli yang benar-benar berminat dengan rumah anda.
Panduan ini juga terpakai kepada mereka yang melakukan bisnes menjual rumah, hartanah atau mereka yang menjual rumah disebabkan ingin berpindah, jual rumah kerana memperbaiki kedudukan kewangan atau mungkin jual rumah kerana ingin membeli rumah baru serta pelbagai sebab-sebab dan alasan yang lain.

Secara teorinya, mengiklankan rumah anda untuk dijual
mempunyai dua hal yang perlu anda ambil
perhatian iaitu beriklan dengan secara offline dan juga melalui online.
Apa itu beriklan secara offline dan online? Iklan offline bererti anda mengiklan rumah anda di dalam dunia yang realiti dan mengiklan melalui online pula melalui dunia alam maya/internet.
Kedua-dua cara ini memiliki potensi pembeli yang tersendiri dan amat berguna bagi misi menjual rumah anda agar cepat terbeli oleh pembeli yang berpotensi.

![]() |
| Gambar Hiasan Credit: Crepa.ca |
Apapun pastikan rumah yang anda ingin jual masih dalam keadaan yang baik tanpa mengalami sebarang kerosakan atau keretakan.
Mengiklankan rumah anda dengan secara offline
Tip-tips penting mengiklankan rumah anda
dengan cara offline meliputi beberapa strategi yang berguna kepada anda.
1. Banner/ kain rentang rumah untuk dijual- Meletakkan papan
tanda ‘rumah untuk dijual’ atau banner/ kain rentang menunjukkan rumah anda
ingin dijual oleh anda sendiri yang perlu diletakkan di hadapan rumah anda.
Anda juga harus meletakkan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh orang ramai atau jika perlu harga rumah itu sekali.
Anda juga harus meletakkan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh orang ramai atau jika perlu harga rumah itu sekali.
2. Beriklan dengan akhbar tempatan- Mungkin anda perlu
mengeluarkan sedikit wang anda untuk membayar iklan melalui akhbar tempatan
untuk mengiklankan rumah anda.
Cara ini amat berpotensi mempunyai pembeli kerana akhbar tempatan yang popular mempunyai pembaca yang ramai dan sudah tentunya mereka akan melihat iklan rumah anda yang ingin dijual.
Cara ini amat berpotensi mempunyai pembeli kerana akhbar tempatan yang popular mempunyai pembaca yang ramai dan sudah tentunya mereka akan melihat iklan rumah anda yang ingin dijual.
3. Memberitahu rakan-rakan anda- Anda juga perlu memberitahu
kawan-kawan atau kenalan anda ingin menjual rumah anda. Mungkin sesetengah kenalan
anda tidak berminat untuk membeli rumah yang ingin anda jual tetapi mungkin
kenalan rakan-rakan anda yang lain ataupun rakan-rakan mereka berminat untuk
membeli rumah anda.
4. Meletakkan iklan di papan kenyataan- Sesetengah bandar, daerah,
kedai-kedai menyediakan papan kenyataan percuma kepada orang ramai untuk
beriklan. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengiklankan rumah anda untuk
dijual.
5. Meletakkan iklan di papan kenyataan berbayar- Di
bandar-bandar atau daerah tertentu, sesetengah pihak berkuasa tempatan (PBT)
akan menyediakan papan kenyataan berbayar untuk membolehkan orang ramai untuk
beriklan. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mengiklankan rumah anda.
Mengiklankan rumah anda dengan secara online
Mengiklankan rumah anda melalui alam maya atau alam siber
perlu diambil kira sebagai altenatif terbaik untuk menjual rumah anda.
1. Beriklan melalui media sosial- Mungkin anda memiliki akaun
media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram atau akaun Whatsapp.
Guna kesempatan ini untuk mengiklankan rumah anda kepada rakan-rakan anda atau kenalan alam maya anda dan mungkin mereka akan berkongsi dengan kawan-kawan mereka yang lain mengenai rumah yang anda ingin jual.

2. Beriklan melalui iproperty.com.my- Web khas bagi menjual
hartanah ini amat popular sejak tahun 2007 lagi hinggakan pernah disenaraikan
oleh alexa.com sebagai antara web paling dilawati oleh pengunjung di Malaysia.
Anda tidak rugi mengiklankan rumah anda melalui web ini.
4. Beriklan dengan mudah.com.my-Aliran trafik ke web ini
tidak kurang hebatnya dan dikunjungi oleh beribu-ribu pengunjung tempatan setiap
hari bagi melihat barangan-barangan yang dijual dengan secara online.
Beriklan kali pertama melalui web ini adalah percuma dan gunakan kesempatan ini untuk mengiklankan rumah anda untuk dijual.
Beriklan kali pertama melalui web ini adalah percuma dan gunakan kesempatan ini untuk mengiklankan rumah anda untuk dijual.
Ini hanya sebahagian tips-tips penting sekiranya anda ingin
mempromosi untuk menjual rumah anda dengan segera.
Cara-cara ini memungkinkan anda akan memperolehi pembeli dengan segera kerana sebagai pengetahuan anda, setiap hari ramai orang akan mencari rumah untuk dijual di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan daerah kelahiran mereka.
Semoga tips ini membantu anda, sekiranya terdapat tips lain yang berguna, anda boleh berkongsi kepada kami disini. Baca juga,Cara Mengetahui Pinjaman Peribadi Intrest Paling Murah SecaraOnline.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.