5 Persediaan Perlu Diberi Perhatian Semasa Tinggal Di Pulau Labuan
Pulau Labuan adalah satu pulau yang kecil yang berada
berhampiran dengan Menumbok Sabah. Pulau ini didiami oleh kaum Kedayan dan juga
kaum –kaum lain yang datang untuk mencari rezeki seperti Dusun, Kadazan, Murut, Melayu, Cina,
Iban dan banyak lagi.
Kerana sumber pekerjaan yang menawarkan gaji yang agak lumayan disini, ramai yang sanggup tinggal di pulau ini walaupun terdapat beberapa masalah yang akan dihadapi apabila berada di pulau ini.
Bagi anda yang mungkin akan berpindah di pulau ini, beberapa persediaan perlu anda ambil perhatian bagi mengatasi masalah yang mungkin akan berlaku.

1) Persediaan masalah Air
Mana-mana tempat akan menghadapi masalah kekurangan bekalan
air begitu juga dengan bekalan air di pulau ini.
Apabila bekalan air mungkin terputus disebabkan saluran paip pecah di kawasan pulau ini atau salur paip di kawasan bekalan sumber utama air di daerah Beaufort Sabah, ia sesuatu yang amat menyeksakan bagi penduduk yang terjejas kerana ketiadaan sumber air bersih. Hal yang lebih teruk, masalah akan berlanjutan selama beberapa hari.
Walau pun masalah air di pulau ini agak jarang berlaku, tetapi apabila masalah tersebut timbul, ia akan menjejaskan rutin harian penduduk di pulau ini. Sebagai persediaan menghadapi masalah air yang mungkin akan timbul, anda disaran untuk membeli tong air untuk diisi air sebagai bekalan kecemasan.

2) Persediaan cuaca yang panas
Bagi penduduk asal di pulau ini, cuaca panas di pulau ini
tidak memberi masalah besar kepada mereka tetapi bagi mereka yang pertama kali
menetap di pulau ini dan masih sukar untuk membiasakan cuaca yang panas dan
lembab, anda disaran untuk melakukan pemasangan penghawa dingin di kediaman
sendiri dan pastikan kenderaan anda iaitu kereta mempunyai penghawa dingin yang
dapat berfungsi dengan baik kerana cuaca di pulau ini yang menyeksakan.
Penulis telah beberapa kali mengalami masalah penghawa dingin pada kereta di pulau ini, dan penulis akui, agak menyeksakan apabila berada di dalam kereta dengan ‘air cond’ yang rosak ditambahi lagi sinaran matahari yang panas.

3) Sukar untuk keluar waktu malam apabila situasi kecemasan
Ini adalah satu isu yang telah lama menjadi rungutan
penduduk yang tinggal di pulau ini
terutama sekali apabila berlakunya situasi kecemasan seperti berita kematian saudara
atau keluarga, keluarga sakit di kampung,
atau hal-hal penting yang memerlukan anda keluar di pulau ini pada waktu malam.
Kerana ketiadaan jambatan yang menghubungkan ke tanah besar, perkara ini akan berlanjutan sampai bila-bila. Walaupun terdapat pengangkutan bot laju oleh pengusaha bot persendirian, tetapi harga sewa menaiki bot laju untuk ke tanah besar pada waktu malam akan dikenakan tambang yang boleh mencapai beratus ringgit.
Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan persiapan awal dari segi kewangan untuk persediaan-persediaan bagi berita yang tidak dijangka.

4) Persediaan masalah pengangkutan feri
Pada hari-hari yang biasa, sekiranya anda ke tanah besar
untuk membawa kenderaan sendiri, anda tidak akan menghadapai sebarang masalah
untuk keluar kerana terdapat beberapa beberapa buah feri kenderaan (RO-RO) yang
beroperasi setiap hari tetapi masalah akan timbul terutama pada musim-musim
perayaan seperti hari Gawai, Pesta Kaamatan, Hari Raya, Tahun Baru Cina, dan
juga cuti sekolah kerana kesukaran untuk mendapatkan tiket kenderaan.
Bukan sahaja penulis sendiri terpaksa beratur selama berjam-jam lamanya untuk menunggu giliran sekiranya terdapat kekosongan feri untuk kenderaan, tetapi kebanyakan penduduk di pulau ini atau pelawat menghadapi masalah yang sama walaupun terdapat beberapa inisiatif oleh pengusaha feri untuk menambahkan jadual perjalanan tambahan pada musim perayaan, hujung minggu atau cuti sekolah.

5) Harga sewa rumah dan bilik yang terlalu mahal dan sukar
dicari
Mungkin kerana pulau ini kecil dan permintaan rumah sewa dan
bilik sewa yang tinggi oleh golongan
pekerja di pulau ini menyebabkan pemilik sewa rumah, sewa bilik, akan mengenakan
bayaran sewa yang tinggi kepada mereka yang terdesak untuk mendapatkan tempat
tinggal di pulau ini.
Bagi pemilik sewa rumah dan sewa bilik yang masih bertimbang rasa terhadap kadar sewaan, harga mungkin masih boleh diterima oleh golongan berpendapatan sederhana tetapi bagi mereka yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata, terdapat harga sewa rumah yang tidak masuk akal tetapi merka terpaksa menyewa rumah atau bilik tersebut kerana sukar untuk mendapatkan pilihan yang lain.

Kesimpulan
Artikel ini ditulis berdasarkan pemerhatian penulis selama
beberapa tahun tinggal di pulau ini, dan artikel ini mungkin berguna kepada
mereka yang masih baru menetap di pulau ini atau sedang dalam perancangan untuk
tinggal disini.Kehidupan di pulau ini agak memboringkan bagi mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri di pulau ini tetapi sebenarnya, jika anda bijak menyesuaikan diri, terdapat banyak aktiviti yang boleh menghilangkan perasaan tersebut. Misalnya penulis sendiri menghilangkan perasaan tersebut dengan menulis blog. Huhu.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.