Cara Masak Bubur Nasi Untuk Bayi
Cara masak bubur untuk bayi atau ‘baby’ anda tidak jauh
berbeza dengan memasak bubur biasa tetapi perlunya memasak dengan berhati-hati
agar bubur yang telah dimasak telah benar-benar lembut sepenuhnya supaya bayi
anda boleh memakan bubur tersebut tanpa mengalami masalah.
Panduan menu penyediaan ini hanya disyorkan bagi bayi yang telah mencapai enam bulan keatas kerana dikhuatiri bayi yang kurang dari enam bulan masih tidak mampu menghadam bubur yang telah dimasak.
Panduan menu penyediaan ini hanya disyorkan bagi bayi yang telah mencapai enam bulan keatas kerana dikhuatiri bayi yang kurang dari enam bulan masih tidak mampu menghadam bubur yang telah dimasak.
Cara penyediaan bubur nasi
Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut, ada baiknya anda
mengetahui bahan-bahan yang perlu disediakan agar dapat memahami gambaran
sepenuhnya cara penyediaan bubur nasi yang cukup simple dan senang disediakan
tanpa menggunakan banyak bahan.
Bahan-bahan
1. 1 cawan beras
2. Beberapa hiris isi ayam
3. Sedikit lobakmerah
4. Sedikit sayur brokoli hijau
5. Sedikit sayur brokoli putih
6. Air secukupnya
7. 2 ulas bawang putih
8. Blender
Masukkan beras yang telah dibasuh berserta dengan air bersih secukupnya ke dalam
periuk dan dengan menggunakan api yang sederhana, biarkan sehingga mendidih.
Kacau bubur tersebut sehingga ianya benar-benar telah lembut. Tambahkan air
jika perlu.
Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil berserta sayur
brokoli hijau dan putih, lobak merah dan juga 2 ulas bawang putih. Biarkan
sehingga masak sepenuhnya bahan-bahan yang dimasukkan itu tadi.
Apabila bubur yang telah dimasak telah masak sepenuhnya
berserta bahan-bahannya sekali, matikan api dan masukkan kesemua bubur ke dalam
blender atau mesin pengisar.
Dengan menggunakan blender, kisar semula bubur yang telah dimasak tersebut untuk menghancurkan bubur, ayam dan sayuran supaya ianya benar-benar menjadi lembut dan selamat dimakan oleh anak atau bayi anda.

Apabila telah selesai, masukkan bubur ke dalam bekas atau mangkuk yang sesuai untuk bayi anda.
Biarkan seketika untuk membolehkan bubur menjadi agak sejuk dan ianya bersedia
untuk dihidangkan kepada 'baby' anda untuk menu makan yang berkhasiatnya.
Cara penyediaan ini amat sesuai untuk bayi anda kerana bubur ini amat mudah dicerna oleh perut bayi anda serta memiliki kandungan nutrisi yang baik untuk anak anda. Sekiranya anda mempunyai cara yang lain, berkongsi dengan kami disini untuk kebaikan pembaca.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.