Petua Basuh Sayuran Untuk Buang Kandungan Racun Serangga Perosak
Bagaimana untuk melakukan basuhan dengan cara betul pada sayuran yang dibeli di pasar? Seperti
yang anda ketahui, kebanyakan sayuran hijau seperti kobis, sayur sawi, sayur
putih, dan sayuran hijau yang lain mempunyai kandungan racun yang melekat pada
bahagian permukaan sayuran tersebut disebabkan oleh semburan racun serangga
perosak yang dilakukan oleh pekebun komersial tempatan.
Hal ini untuk memastikan tanaman mereka tidak dirosakkan oleh serangga perosak. Semburan racun serangga pada sayuran akan bertahan dalam tempoh yang agak lama untuk memastikan tiada serangga yang memakan sayuran yang telah ditanam.

Semburan racun serangga perosak pada tanaman sayuran
Sebagai pengetahuan umum, semburan racun pada sayuran hijau
mempunyai anggaran sukatan tertentu tetapi sesetengah pekebun akan melakukan
semburan racun serangga yang agak banyak pada sayuran mereka bagi mengekalkan
sayuran tersebut tumbuh dengan subur tanpa diganggu oleh apapun serangga perosak.
Apabila sayuran tersebut dipasarkan di pasar, sayuran-sayuran ini kebanyakannya kelihatan amat subur tanpa diganggu oleh mana-mana serangga perosak disebabkan semburan racun yang banyak.

Bagi kebanyakan pembeli, mereka akan memilih sayauran yang
subur tanpa diganggu oleh serangga perosak tetapi tahukah anda, sayuran
tersebut sebenarnya dipenuhi oleh racun serangga yang boleh membahayakan
kesihatan anda pada jangka masa yang panjang.
Menurut beberapa sumber, memakan sayuran yang mempunyai kandungan racun serangga akan megakibatkan risiko mengalami pelbagai penyakit yang merbahaya di masa yang akan datang.

Petua basuh sayuran untuk buang kandunagn racun
Walau begitu, masih terdapat beberapa cara bagaimana untuk
melakukan basuhan pada sayuran yang dibeli di pasar untuk membuang racun-racun yang melekat pada permukaan
sayuran.
Bagi sayuran hijau misalnya seperti sayur sawi yang dibeli dari pasar minggu atau pasaraya, sebaik anda menggunakan sayuran tersebut untuk makanan keluarga anda, ada baiknya anda perlu membasuh dengan menggunakan tangan anda dengan air bersih setiap helaian sayuran tersebut.

Apabila anda yakin sayuran itu telah bersih sepenuhnya,
potong sayuran tersebut mengikut citarasa anda dan rendamkan dengan air bersih
dengan meletakkan satu sudu kecil garam tetapi ia bergantung jumlah banyaknya sayuran yang anda gunakan.
Sekiranya sayuran yang anda ingin masak sebagai hidangan dalam jumlah yang banyak, anda perlu meletakkan garam dalam jumlah yang agak banyak.

Kenapa perlu garam? Sebenarnya garam yang dicampur pada
sayur yang telah direndam dengan air bersih untuk membolehkan kandungan kimia yang
melekat pada sayuran akan tertanggal.
Proses merendam sayuran ini perlu dilakukan dalam anggaran 5 hingga 10 minit bagi memastikan bahan kimia pada sayuran akan tertanggal sepenuhnya.
Selepas anda melakukan rendaman sayuran seperti masa yang disyorkan, langkah seterusnya, anda perlu membasuh semula sayuran itu dengan air bersih dan barulah anda boleh memasak sayuran tersebut.

Petua ini sebenarnya telah diamalkan oleh ramai orang
sebagai altenatif untuk memastikan sayuran yang dibeli di pasar bebas dengan
kandungan kimia racun serangga perosak.
Jika anda mempunyai tips yang lebih baik atau cara yang lain, anda boleh berkongsi dengan kami disini untuk perkongsian pembaca yang lain bagaimana memastikan sayuran yang dibeli melalui pasar selamat untuk dimakan tanpa efek jangka yang panjang. Sumber photo: Everfresh

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.